Salam kembali...
Hai lah... esok dah Jumaat. Kejap je masa berlalu. Minggu ni minggu yang paling seronok perjalanan pergi nak balik ke pejabat sbb jalan sangatlah lengang. Keluar rumah 7.20 masih sempat sampai ke pejanat 8.20. Kalau tak cuti sekolah, keluar jam 7 pagi pun belum tentu jam 8.15 dah sampai. Mmmg amat parah jalan kat KL ni. Tambahan kereta makin banyak dan ada juga pemandu yg tak ikut peraturan...
Jadinya minggu depan dah mula sekolah. Maknanya, kena keluar rumah 6.30 pagi. Kesian anak2, seawal 6 pagi dah bangun utk dihantar ke taska. Mujurlah taska area rumah ni terima hantar anak2 before 7. Pernah survey area ni juga, ada sesetengah tu mmg tak terima kalau dihantar before 7 sbb Taska hanya dibuka jam 7 pagi. Fuh! Mmg haru juga masa mula2 nak cari Taska.Ni lah keadaan anak2 waktu pagi. Papanya akan "loading" anak2 ke dalam kereta utk. mamanya hantar ke Taska...

.jpg)
Cuti sekolah, maka pejabat pun sangatlah lengang. Mail pun takde yg masuk. Kerja pula dah beres. Selalunya bila cuti sekolah ni, mmg lah keadaan opis tu bertambah bosan. Surammm je. Ye lah, ramai yg cuti kan? Hahah jadinya, bila tak ramai org. ditambah pula kerja dah siap, asyik duk layan blog2 kawan2 je lah. Naik tepu dibuatnya baca pelbagai blog.Bukan takat baca blog, duk cari2 web 2nd hand lah, cari web cupcakes lah.. semua lah. Yang boleh menghilangkan rasa bosan ni. Silalah menjamu mata.... Banyak lagi design di sini...
I LOVE CUPP A CAKES 
Hah! Dalam minggu ni juga, sempa berjumpa dengan kawan lama... lamaaaaaaaa sgt tak jumpa & lamaaaaaaaa sgt tak dengar cerita. Member lama yang pernah menetap di Jepun call utk keluar lunch sama2. Maklum lah, hampir 5 -6 tahun kami tak jumpa. Alih2 dia dah balik dan kerja di Malaysia rupanya. Jadiya dikesempatan itu, kami berjumpa dan bercerita. Member cuti Isnin - Rabu (Kerja 4 hari, cuti 3 hari... mcm besttttt je kan?) Jadinya time lunch lah masa yg paling tepat utk berjumpa dan berborak. Tak jauh pun kami lunch, area opis ni juga.
Ni 4-5 tahun lepas, di sebuah pasaraya di Jepun...

Sekarang ni... gini.... sama je ke? (huh! nampak gambar ni haku tinggiii jerk.. hahahah)

Takpe lah... camna gaya pun ok je. Alhamdulillah, masih sihat lagi kawan ku itu... :D Dah muka pun macam org Jepun. Tu lah, duk Jepun sungguh lama... tp akhirnya balik juga ke Malaysia...
Minggu ni sungguh best sbb sgt. free skit rasa kat opis ni. Free buat kerja & tiada banyak gangguan sbb ramai yg coti. So, asal lunch je kuar makan. Pastu gatai nak cuba spek besor si Sara ni. Ni lah ghopernye... adeiii... huduhhh je rasa...
Ok itu je coretan kali ini... Mata dah tersangat mengantok. Sementara anak2 dah tido ni, mama nya bolehlah update skit blog ni.
Ok. Daaaa...