Showing posts with label Mama. Show all posts
Showing posts with label Mama. Show all posts

Friday, July 22, 2011

** ADA KEEE??? **

Sejak dah boleh nak hupdate cerita ni, memacamm je nak cerita. Ni pun bosan dlm kereta OTW nak balik rumah. Jem yg teramattttt kat sini.. ALMAKLUMLAH... Jumaat kan?

Ni cerita baru, masih segar! Hahaha.. Dah beranak 3 pun masih confuse dgn keputusan ni... 2 kali test, ginilah ghupanya....

Adakah???? :D

TQ

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

** MEETING YG BORING **


Saya tgh bosan dengan meeting ini.

Sekian terima kasih :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 19, 2011

** SITI SARAH KAWIN DAH **

As Salam,

Last weekend balik Penang kejap. Jadi, sempat juga singgah ke majlis resepsi kawan lama masa 1 opis dulu di Kulim. Now dah jadi financial advisor :) Sarah! Ye, dulu dia risau juga sbb kawin lambat, tp berkat usaha, sabar dan berdoa padaNYA, akhirnya jodohnya sampai.

Takda gambar full, just gini je... Jadilah kan. Lagipun kami sampai jam 4 petang sbb duk selesaikan kerenah anak2 dulu... Biasalah, ada anak2 kecil ni kan?




Ok tu je :) Sarah! Saya gembira belihat kamu gembira!!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 22, 2011

** REWARD UNTUK DIRI SENDIRI **

Hi semua...


Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan olehNYA untuk terus menikmati keindahan dunia ini, diberikan kesihatan yg baik, diberikan rezeki yang tak pernah putus, diberikan keluarga yang bahagia dan dikuriniakan Ayah dan mama yang cukup prihatan dengan kami ini. Terima kasih YA TUHAN KAMI!


Hari ni (22 Jun 2011) ulang tahun ku yg ke 30an... hahahh udah cecah 30 lebih lebih lebihhh dah sebenarnya. Tp bila org jumpa kata tak caya umur 30an... sbb kocik bonar macam Form 3 :) Petua? Makan ulam, senyum dan happy2 selalu.. heheh... (konon ku perasan) Terima kasih kepada semua rakan taulan yang telah wish kepada saya!


Jadi, saya telah merewardkan diri saya dengan barang2 ni. Saya puas hati! Terima kasih di atas rezeki MU ya TUHAN ku.


Tahun depan duk verangan nak merewardkan diri dengan LV (LV lah sangatttt kannnn???? mampukah????) hahahahah

Moh Verangan!!!!!

Sunday, June 19, 2011

** KENAPA MALASSSS JE NAK KERJA??? **

As Salam semua,


Lama tak update blog. Kalau nak cerita mmg berlambak. Skng ni mood nak g keja sungguh malas.. Malasss yg teramat sangat! Rasa nak tukar kerja!!! TOLONGGG!!!





Bosan nak datang kerja. Bosan nak buat kerja! BOSAN! BOSAN! BOSAN!


YA ALLAH, KAU TENANGKANLAH HATI KU INI. AMIN.



Terlalu banyak perkara yang membuatkan diri ni bosan, malas dan dah demotivated nak ke kerja. Time2 gini terasa nak duduk di rumah, main dengan anak2 lagi bagus kan? Tp masa belum mengizinkan...

Kenapa aku harus menunggu lagi,

Sedangkan ku tahu apa yang bakal terjadi,

Kelak akan memusnahkan kerjaya ku ini,

Tapi aku tiada pilihan,

Terpaksa ku redah sahaja

Demi sesuap nasi

Kerana ini pilihan ku dari dahulu

Dan ini juga cubaan, dugaan dan cabaran dariMU

Kepada hamba2 MU yang lemah ini


Moga KAU tabahkan hati ku ini.... AMIN...

Thursday, March 10, 2011

** SEDETIK LEBIH **

Morning!

Tengah buat kerja ni dengar lagu "Sedetik Lebih" ni berulang kali... Haih dah sampai lebam aku putar ini lagu! YES! Sure ramai yg minat lagu ni kan? Sureeee punyaaaaa...
Dan pada ketika dengar lagu ni pada mulaaaaa dulu.. tak fikir lain dah... "Boleh nyanyi time show.. terutama sekali Wedding Show... and Yes! Time Potong kek... atau Time Pengantin berjalan masuk menuju ke pelamin... Emmm... Arrghhh!!! Aku berangannnnnnnnn pepagi ni..
And rasanya mmg masa2 tu yg sesuai... Insyaallahh.. So ada sesapa nak hire me? Hahahahaha (Mode : Perasan sekejap!)
And bawah ni gambar diambil dari web OH BULAN... Cuba korang nyanyi lagu Sedetik Lebih ni dan feelllllll skali ngan gambar ni...
APA YG KORANG GAMBARKAN???
TO HUBBY... EN MEGAT NOORSHANI...
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya



Jiwangggggg kejap!

Tuesday, February 8, 2011

** LAMA SANGAT TAK UPDATE **

Salam,

Lama sangat tak update.. banyak je cerita sebenarnya... lately bz... sangat bz... so skng ni cuba untuk menghapdate cerita... takde apa pun. Banyak kisah anak2 :)
Ok jumpa lagi dengan cerita2 ku nanti... Insyallah... :)

*Gambar sbg pembakar semangat je.. hahahah

Sunday, November 28, 2010

** MARI MINUM TEH SETIAP PAGI **

Baca tajuk je macam bunyi bawa penyakit je kan? Tp jangan salah sangka, entry ni kepada tuan punya blog ni yg kurang gula dalam badan! OMG! Saya kurang gula??? Rasanya macam dah makan benda manis2 dah selalu.. tp bacaan 2.9 je.. Siap doc suh makan gula2 banyak2...Patut lah sentiasa macam nak pitam je.. haihhh...
Jadi skng ni mmg pepagi amalkan minum teh je. Kalau tawar / pahit akan ku suh si pembuat air tu maniskan air Teh tu...

*Gambar sekadar hiasan

Pepagi breakfast teh tarik dengan nasi / english breakfast!

Thursday, November 4, 2010

** CIDA... THE WEDDING PLANNER **

Salam,
Pada 31.10.2010 bebaru ni kami sekeluarga g jumpa Cida @ Djariartz di Kajang bagi pihak ayah dan mama ku juga sbb adik bongsu kami akan melangsungkan perkahwinan insyaallah tahun depan. Tp ni tanya je dulu.
Cida & Sham mmg best! Penerangan mereka sangat terang & jelas & nyata... Cida pula jenis lebih kurang. Sebelum ni pun banyak perkara berkenaan perkahwinan mmg dirujuk padanya.. kiranya SIFU lah juga ni selain Untie Murni Mak Andam kesayangan ku itu.
Kenal dengan Cida pun melalui PCM saja. Dari situ kami sentiasa berhubung. Dan sempat juga kenalkan Cida dengan 1 PA System & DJ.. and so far alhamdulillah.. semua ok...
Lepas sembang nak balik, Cida nak dukung Iman.. and Muadz???? hehehe jeles ok.. siap nangissss... hahahah last2 dukung skali 2.. baru Muadz senyap :)
Cida, ada rezeki kita meet again ya!


Sekian :)

Saturday, October 30, 2010

** WITH LOVE **

Salam...


Kali ni entry dengan beloved hubby... Ni masa makan2 di hotel... Lepas opis siapkan kerja yg kena ikut dateline, kami zassssssss ke hotel berhampiran. Time ni kami berdua je.. Terima kasih juga pada pengasuh sbb tunggu anak2 (hari2 pun pengasuh tunggu anak2 sampai jam 9 malam)

Tapi... kenapa plak nampak lain je hubby ku itu? Errrkkk...



I LOVE YOU!

Sunday, August 15, 2010

** MASAK LAGI **

Masak :D Heheh bila terbit nak masak tu mmg asyik masakkkkk je la.. tp bukan selalu.. Ujung minggu je..
Heheh sempat cuba "Apple Strudel"resepi BOSS ku.. Bos siap beli bahan2 suh buat.. Apa lagi.. petang tu juga trus buat..
Ini hasilnyaaaa... simpleeee & senanggg bangatt!! 10 biji juga ku buat petang tu... heheh

TQ BOSS


Lazatsss....

Friday, August 6, 2010

** MASAK **

Salam kembali,

Sempat juga masak2 bawa ke opis... Hahah.. tetiba teringin plak nak bawa lauk masakan sendiri ke opis. Ni kira 2nd time juga lah bawa lauk masak sendiri ke opis. Maklumlah, mama yg bekerja ni hanya mampu masak weekend saja. Weekdays? Memang tak lah.. sbb???

Hari2 sampai di rumah dari pejabat pun jam 9 malam.

Rasanya lebih baik lah luang kan masa bergurau senda & bermain dengan anak2. Mujur lah pengasuh (anak2 panggil Mak Ana) akan beri anak2 makan. Alhamdulillahhh syukur sangat dapat pengasuh yang sangat baik hati.

Jadi, menunya.. kari daging..... taraaaaaaaaa................... Bawa lauk & roti sekali... :)


Then.. tak sangka pula.. hahah semuanya kata sodap.. Hai.. entah apa yg sodap pun tak tau... masaknya biasa je... siap ada yg suh buat lagi... hahah Insyaallahhh...

Thursday, August 5, 2010

** FUNCTION **

Bertemu kembali,

Walaupun dah beranak 3 heheheh... bab2 show nih mmg tak lepas gak lah. Tp bukan selalu pegi pun. Kadang2 je bila berkelapangan. Time2 ni mmg release tension lah skit. Sbb boleh luahkan segala perasaan dalam lagu... sedih ke, happy ke, merana ke... semua boleh diluahkan.. Kiranya nyanyi dengan feeeelllll lah nihhh...

Selalu mmg attach dengan Uncle Ghani lah. Kalau org2 nak penyanyi dia mmg kena call Uncle Ghani lah, bukan call penyanyi tu terus... hahaha macam pro je bunyi. Sikit2 tu boleh laaa..
So, ini team kami.. AURA ENTERTAIMENT. Segala bentuk function kami terima. Semua siap! Siap ada sound man skali. Sound man ni mmg setting baik punya. Time tengah nyanyi pun dia akan btolkan sound system sampaiii lah soundnya best!
So, AURA ENTERTAIMENT ni provide DJ, sound system, 3 org penyanyi, karaoke dll. Kiranya semua pakej lah nih. Everytime kalau ada function mmg sangat seronok. Hilang duka lara... hahaha macam lah aku nih sentiasa berduka.. Anak2? Minta tolong pengasuh jaga

Apa2 pun, kami mmg sangattttttt enjoyysssssss!!!

Our team, tp sorang lagi tukang snap gmbor nih.


Sangat enjoyssssssss!!!! Kalau korang nak DJ Uncle Ghani ni call trus 012 355 2864

Wednesday, July 7, 2010

** "NEW" LOOK **

Ni cerita saja - saja je...
Ok ke kalau rambut ku gini???

Hahahah masa amik gambar ni kat umah Kak G / Filza... Lepas snap trus MMS kat ayah & mama sbb masa tu depa g jenjalan... Ayah sampai tak kenal anaknya... hahahhah..

Komen?? Sekian...

Wednesday, July 15, 2009

** BERBUKA DI KLCC **

Salam,

Tadi berbuka di KLCC. Tak plan pun. Sebenarnya memula tu nak belanja ADIK & RENN sempena mereka hari ni dan esok kat pizza. Pastu tetiba En. Megat ajak ke KLCC makan steak plakk... huh! Apa lagii.. lajuuuuu je lah kan :D
Makan kat San Francisco Steak House. Mmg best lah. Lembuttt je dagingnya...
TO ADIK & REEN, HAPPY BIRTHDAY YA! MOGA PJG UMUR & MURAH REZEKI. JGN TINGGAL SOLATSSS!!!

Ni dalam keta to KLCC


Kat KLCC dah. Lihatlah adikku lebih besarrr dariku.. hehehe


Ni tgh makan. Imelda ngamok nak tidooo.. Mujur Dina ok.

Ok tu je. Tak dapat nak snap bnyk. Sampai je kat trus order. Order sampai IMELDA mula melalak... Jadi takde apa yg sempat nak rakam lagi.. huhuhu..
Mama pun makan cecepat sementara papa tggu imelda. Then papa plak makan... Pastu papa singgah toysrus. Huh! Anak ngamok, tp nak juga ke toysrus tuh... Tp imelda tak ngamok lama, kejap je. Buggy jalan je dia senyap & tido....
Thatssss all....

** ALHAMDULILLAH **

Syukur alhamdulillah, selamat dah posa 2 hari bulan REJAB. Hari ni masuk hari ke-3. Sungguh mengantokkkk... sbb? pagi dalam 4 pagi dah bangun then tak tido2 dah. Pastu sahur dan bersiap kekerja. 7 kena gerak dah. kalau tak parking full!
Pastu skng ni dah ngantokkk... Karang time lunch kena lelapkan mata. Katau tak mmg lah kepala akan pening...

Sejak kebelakangan ni tetiba plak ghajin nak bertouchup skit sebelum ke opis. Ye lah, brg2 mmg ada cuma kadang tu mcm kemalasan pun ada...Sebelum ni touch up juga tp tak banyak la. Kiranya ni banyak la touch up nye... hehehehe. Ok lah kan? Tp taklah pandai sgt pun... sikit2 tu boleh lah.... Pastu sejak touch up ni ramai lak tegur mata ku ini... adeiii... kalau tegur biasa takpe, ni boleh siap belekkk lagi mataku ini dedekat! Teringat plak dulu ada skali boss tegur... "Azura, why your mata so cantik?" Hahahahaah gelak aku.. padahal pakai celakkk je...
So, Ok ke ginih???

**Hahah ni kes teruja nak update tetiba bila baca blog si shiemz tuuuuuu... heheeh

Friday, July 3, 2009

** RAWATAN 1 BADAN **

Salam kembali,

Aduhhh... lately badan sesakit. Belasahh badan buat kerja tak ingat donia... hahaah... Pastu semalam dah tak larat sangat nak menahan kesakitan ini, maka dengan itu saya telah meminta En. Megat membelanjakan saya untuk memanjakan badan ini di Euro Sense Hub di Wangsa Maju. Alahhh... berdepan dengan Restoran Amy Search tu lah... HUB ni tepi sekali. Masuk2 dari bulatan kecik tu mmg nampak lah HUB nih...Jadinya, En. Megat telah membelanjakan daku untuk berurut di sini sebanyak 8 kali. 1 sesi RM100 selama 1 jam (standard lah tuh kan) tp dia ada buat promotion....Fuh! Best! Smalam 1st urut dan rasa segarr skit...... Kalau korang nak memanjakan diri boleh ke sana ya. Tel : 03 41423236/7

Sementara menunggu bilik disiapkan

Minum Tea dulu... Ni coffee bar nya...
Ni laluan nak ke bilik mengurut.

Gambar bilik tak sempat snap. Tak larat dah sbb nak urut sesangat dah niiiii....To my husband.......

TQ darling sbb bawa g urut semalam. I LOVE YOU FOREVER!

Monday, June 22, 2009

**SELAMAT ULANG TAHUN**

Salam,

Hari ni hari lahir ku. Alhamdulillahhh... Moga TUHAN murahkan rezeki kami sekeluarga serta diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaMU. AMIN...

birthday Pictures, Images and Photos

Moga kami sekeluarga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki...

AMINNN...