Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Sunday, July 12, 2009

**THE UNIQUE WEDDING PHOTO CONTEST**


The Unique Wedding Photo Contest
TEMPOH : 1 July 2009 hingga 27 July 2009



Syarat-syarat

1. Terbuka kepada semua blogger tegar

2. Uolls diwajibkan menjadi Follower blog e-caR NazRin aka ibuEiymann serta add link blog ini dalam blog list uolls - Done!

3. Sila tempek gambar di atas sebagai banner di sidebar blog masing2..banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini
gune link ni: http://ecarnazrin.blogspot.com/2009/07/unique-wedding-photo-contest-sticky.html - Done!


4. Sila buat special entry contest ini dan upload 1 keping gambar perkahwinan anda yang ter UNIK / UNIC / UNIQUE.. pada gambar tersebut sila nyatakan:-

Nama uolls & suami/isteri: (full/nick name) : Megat & Azura
Tarikh Tunang : 21hb Ogos 2004
Nikah : 16hb Apr 2005
Bersanding : 17hb Apr 2005


5. Sila jawab 2 soalan wajib:

i) kenapa uolls rasa gambar yang dipilih itu UNIK/UNIC/UNIQUE..??
Sbb momment yang di"capture" masa ni menunjukkan kami memanggil seseorang. Tp sungguh tak sangka photographer boleh snap aksi nih. Mata kami tepattttt plak tuh... Mmg kami tak berapa nak makan sangat time tu sbb sibuk mata duk nengok sapa yang hadir. Kalau ada member nak balik, kami akan gamit supaya datang pada kami untuk berjumpa. Maklumlah, time makan tu mmg tetamu segan nak kacau.

ii) kenapa uolls suka membaca blog e-caR NazRin aka ibuEiymann??
Dapat blog e-car Nazrin aka ibuEiymann ni pun gara2 terjah juga. Hehehe bila jumpa blog ni lagi rasa best sbb Ibu Eiymann ni berusaha dengan sungguh untuk bf anak2 nya itu. Sbb saya juga salah seorang ibu yang bf anak2 ku itu sampai 2 tahun saja. All the best! Suka bila ada ibu yang berusaha BF anak2 selama mungkin.

6. Pastikan di dalam entry uolls ada dinyatakan link2 tersebut (no link back will be disqualified):link blog ini: http://ecaRNazRin.blogspot.com/link contest ini: http://ecaRNazRin.blogspot.com/2009/07/unique-wedding-photo-contest-sticky.html - Done!


7. Setelah siap entry tersebut, sila tinggalkan URL-link-contest-uolls di ruangan comment pada entry ini sebagai tanda uolls SAH menyertai contest ini..ini juga memudahkan para juri membuat edisi terjah ke blog uolls - Done!

Ok tu je....

Tuesday, June 30, 2009

**TAHNIAH - KEPUTUSAN PERADUAN TEKA UMUR**

NI STICKY MODE

SESIAPA YANG MENANG TU PLS KASI ADD BY 4th JULAI 09 NI YA
KALAU TAK KIRA TAK DAPAT LAH...
Haih! Nak kasi hadiah nih. Tak mau kah???


Salam all,

Terror juga korang teka ek? Walaupun tiada yang dapat meneka dengan tepat untuk kedua-dua putri kami itu, maka En. Megat telah memilih peneka yang paling hampir lah. Walaubagaimana pun, sayang sangat sbb ada di antara peneka-peneka yang mmg meneka palingggggggg hampir, tp...... tak cukup syarat pula. Maka kira batal lah ya. Dah cakap dah kan kat korang heheeheh...

Ok, berikut adalah pemenangnya. TAHNIAH pada kalian. Saguhati pula En. Megat dengan sukahatinya memilih posting yang ke 6 & 22( yang cukup sayarat juga)... katanya sempena birthday ku pada 22 June... hehehe....SO, jangan lupa untuk copy & paste banner ni kat blog korang eh tanda kemenangan...


Yang tak menang, jangan marah ya. Semua ni suka2 saja. Terima kasih juga diucapkan kepada korang yang sangatttt sudi join peraduan ni. Sporting ah korang! Cayyyyoookkkk!!!!

*Nota : Kepada semua pemenang & penerima saguhati, minta mail pada zura alamat & no hp korang ke cutenye226@gmail.com

**HOT MAMA CONTEST**



HOT MAMA CONTEST ni anjuran QIS (PCM)

Wokeh! Join je sbb dlm bulan June (Birthday ku, mana tau menang)

Tarikh : 22 jun 09 hingga 7 July 09
Hadiah : Telekong bersulammm (Qis! Zura (shaniPCM)nak 1!!

Ni gambarnya...

Photobucket

Masa ni sedang mengandungkan Imelda, putri ke 2 ku. Ni tgh sarat sangat ni. 6 hari lepas gambar ini dirakamkan, aku pun bersalin dengan selamtnya :D

Kejadian di hari bersalinkan Imelda ni mmg takkan ku lupa sbb pada hari tersebut, ku gagahkan juga ke pejabat dengan memandu. Then dalam jam 10 pagi tu mmg ada rasa sakit selang 15 / 10 / 5 minit. Tu kiranya tanda awal lah tu. Eeemmm... tp jam 1 t/hari baru balik. Alhamdulillah, sepanjang pemanduan dalam 30 min tu, tak pula rasa sakit.

Sampai rumah, berehat jap. Sakit tu hilang plak. Then terasa nak tido, but b4 that ke bilih air dulu. Dah turun tanda rupanya. So, aku pun mandi dulu, makan then terus ke hospital.

Sampai di hospital doc check dah 4cm rupanya. Aku leh gegelak lagi time tuh. Warded then aku nak jalan ke ward, tp doc marah suh guna kursi roda... hahaha. 4.15 ptg tu masuk ward. Then 7.30 mlm selamat bersalin kan Imelda....Alhamdulillah syukur...

Itulah kisahku... Haih, panjang la plak...

Friday, June 26, 2009

** PERADUAN - TEKA UMUR **

PERADUAN NI TELAH DITUTUP YA....

KORANG JANGAN LUPA BUAT STICKY MODE YA..


SKNG DLM PROSES SEMAK JAWAPAN. TP SAYANG SBB ADA JAWAPAN YANG HAMPIR TEPAT (DAH BOLEH MENANG TAU) TP TAK TEPATI SYARAT...
KALAU SYARAT TAK CUKUP, KIRA BATAL YA (WALAUPUN JWPN BETOL)


Salam all,

Huh! Tiba-tiba bersemangat je nak buat "Peraduan" ni sejak melihat blog Mama Tisya buat contest. Oleh itu, bersempena dengan hari lahir ku pada 22 Jun ni, saja nak kasi korang hadiah (patutnya aku yg dapat hadiah kan?) Jadi mudah je, hanya teka umur Putri Irdina Sofea & Putri Imelda Sofea ni berpandukan gambar yang disertakan. Senangggggg bangat!

**TQ KEPADA SHIEMZ ATAS BANNER INI.**

Tempoh Peraduan : 6hb Jun 2009 hingga 26hb Jun 2009

Tarikh tutup : 26hb Jun 2009 @ 6 petang

Keputusan : 28hb Jun 2009

Juri : En. Suami (heheheh, tq sbb sponser hadiah)


Seperti biasa, peraduan ni juga ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Syarat2nya adalah seperti berikut (kalau syarat2 tak dipatuhi kira batal ya... heheeh):

1. Add blog Azura777 di bloglist anda dan menjadi FOLLOWER Azura777 (kiranya kenalah ada blog juga nih, ekekekek)

2. Upload banner peraduan ini di blog anda sebagai "STICKY MODE" (kalau takde stciky mode tak aci.... ekekek)Boleh belajar cara2 nak buat "STICKY MODE" di sini.

3. Pada "STICKY MODE" itu pastikan anda mention dan link ke Azura777 (no link back will be disqualified).

4. Then teka umur Putri-putri ku di bawah ni di ruang "comments" (kiranya korang tekalah umur anak2 ku itu ketika gambar itu diambil). Sorang peserta boleh teka 1 kali sahaja pada 1 comments sahaja. Maknannya korang takleh lah nak comments banyak-banyak kali. Kasi peluang pada org lain plak :D (macam teka kacang la plak kan?)

Sebagai contoh :
Irdina : 1 tahun 3 bulan (boleh juga dlm bulan sepenuhnya)
Imelda : 1 tahun

Jangan lupa tinggalkan valid e-mail dan juga nama selepas meneka untuk memudahkan urusan pemberian hadiah jika dipilih sebagai pemenang.

5. Hanya 2 Pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan tekaan yang tepat atau yang paling hampir. Bagi memeriahkan lagi peraduan ni, hadiah saguhati juga turut diberikan kepada yang bertuah.

6. Hadiah utk pemenang adalah merupakan sumbangan dari En.Suami.... taraaaaaaaa ni hadiahnya....




Gambar-gambar ini adalah pilihan En. Megat
(papa Irdina & Imelda)

Jadi, teka umur anak2 saya ketika gambar ini dirakamkan...
1) Putri Irdina Sofea (comey lagi Irdina time ni)
2) Putri Imelda Sofea (yang selalu je senyum)

Jadi, usah tunggu lagi. Jom ramai-ramai teka. Tak susah pun, teka je :D Rebutlah peluang ini. Bukan senang tau "birthday girl" nak kasi hadiah pada korang sempena birthday nya sendiri (walaupun hadiah tu sumbangan dari En. Suami)

ALL THE BEST!!!

*Nota kaki : Peraduan ini hanyalah suka-suka sahaja selain mengeratkan lagi silaturahim antara kita walaupun ada di antara kita yang mmg pun belum pernah berjumpa... Have FUN ya!

Thursday, June 25, 2009

**MODEL BERTUDUNG**


Gilerrr contest. Akan ku join contest segala ni sepena b'day ku bulan JUNE NI.

Contest yang di anjurkan oleh ummie mirahaziq.

Contest ni mula pada 17hb June 2009 hingga 30hb June 2009 (2pm)

Kalau nak tau details, korang klik kat side bar sebelah tu ya. Kalau menang kiranya hadiah kat aku gak lah sempena b'day ku bulan 22hb June hari tu... Ok, kita Enjoyyyyy...
Ni modelnya...(hahaha ada gaya kah :P)



Sekian.

Tuesday, June 23, 2009

**PELBAGAI CONTEST**


Salam,

Ya Allahhh banyak la plakkk contest-montest nih! Seronok plak rasa. Skng ni tgh nak join 2 contest nih... Kalau korang minat, klik kat banner kat side bar tu ya...

Aku nak hadiah Tudung & Telekung Sulam tuuuuu!!!!!
Jom laaaa....