Tuesday, November 30, 2010

** HARI-HARI USHA **

Eeemmm... hari-hari usha blog ni http://www.mykiddyplace.com/ tp setakat usha je la.. Geram plan negngok bebaju dia.. Bukan apa skng ni mmg tak membeli belah kat mall dah untuk anak2, hanya online je. Mmg tak sempat dah nak ke mall dengan askar2 ni... kang baju ke mana, anak2 kemana.. baik lah bli online je. Ni duk usha2 sbb baju basahan anak2 pun dah lusuh2 semua.. eeeemmmm...
Ni antara yg berkenan di hati... semua dalam web tu cantik2 je...
RM45, RM49, RM39 & RM52 (ikut turutan gambar)

Tp paling berkenan yg bawah skali ni... sabarrr ye.. nanti2 lah membeli...

Sunday, November 28, 2010

** MARI MINUM TEH SETIAP PAGI **

Baca tajuk je macam bunyi bawa penyakit je kan? Tp jangan salah sangka, entry ni kepada tuan punya blog ni yg kurang gula dalam badan! OMG! Saya kurang gula??? Rasanya macam dah makan benda manis2 dah selalu.. tp bacaan 2.9 je.. Siap doc suh makan gula2 banyak2...Patut lah sentiasa macam nak pitam je.. haihhh...
Jadi skng ni mmg pepagi amalkan minum teh je. Kalau tawar / pahit akan ku suh si pembuat air tu maniskan air Teh tu...

*Gambar sekadar hiasan

Pepagi breakfast teh tarik dengan nasi / english breakfast!

Friday, November 26, 2010

** IMAN DAH DUDUK **

Yeay.. Iman dah boleh duduk... tp jangan salah sangka ya. Iman duduk pun dalam bumboo seat ni. Alhamdulillah, masih elok lagi. Seat ni kami bli masa Irdina... now near 4 years! Dan masih elok untuk digunakan :)
Seat ni kira memudahkan juga sbb kadang mmg lengoh juga nak pegang Iman ni :) Lihat lah aksinya...
Ni dia Iman yg sihat!Ops!
"Mama ni.. malu la Iman"
Perkara yg tak boleh lupa bila kami nak angkat Iman.. mestiiiiiiiiiiiiii seat tu terangkat sekali.. paha Iman tersangkuttttt daaaaa...
Takpe, asalkan Iman sihat!

Monday, November 22, 2010

** IMAN YG TERUJA **

Salam,

Kaler PINK lagi... hehehe.. skng ni Iman dah pandai main2.. Jadi ini lah masanya utk Iman main exersaucer. Benda ni kami bli masa Imelda dulu and YES! ia amat berguna sekali.
Lihat saja gambar ni, iman mmg leka sangat dengan mainan di sekelilingnya itu sambil dilayani oleh Kakak & Imelda (yg kami panggil adik) Bila Iman penat baring, mama akan letak dalam ni...

Selamat bermain Iman....

Monday, November 8, 2010

** BEG & BUNGA **

Salam,
Kali ni kisah beg.. PINK adalah pilihan kakak :) Beg ni papa bli skali ngan purse skali (gila mahal beg nih! ye lah dulu time mamanya mana ada beg2 gini) gara2 papa dah berjanji dengan Irdina nak bli beg (sbb masa raya ari tu dapat duit raya tp takde beg nak simpan.. heheh.. pastu Kakak bising..

"Papa, kakak takde beg. Canna nak letak duit? Hah? Hah?"

Eeemmm lebih kurang gitu lah dialognya... so papa dah janji nak bli...Tp kali ni bli 1 je dulu sbb Imelda pun kecik lagi. Sejak membeli beg ni, kakak asyik sandang je beg nih... ala2 sling gitu. Dan ke mana saja, kakak tak akan lupa beg nya ni. Kayuh beskal pun sandang beg ni... adoiii...

Bunga ni? Bunga hiasa ku di rumah. Satu - satunya bunga hiasan dalam rumah ku...
Pink pemberian Untie Murni.. mak andam ku...
(Tu gambar arwah ayah mertua ku & sebelahnya mak mertuaku ketika muda)
Sekian :)

Saturday, November 6, 2010

** BASIKAL BARU **

Salam kembali,


Kisah anak2 lagi. Korang jangan bosan pula ya.. Mmg kisah anak2 lah yg buat kita sentiasa senyummmm.. hilang kekusutan :D


Kali ni kisah anak2 dara ku dengan beskal barunya. Semenjak abang kat rumah pengasuh ada beskal, kesian pula nengok anak2. Asyik duk pinjam beskal abang je. Jadi papanya pun membeli lah. Tp mama ingatkan terus pada papa kalau nak bli basikal, kena beli 2, kalau tak berebut. Kakak mmg stail tak boleh pinkam barang dia skit lah. Boleh nak pinjam, tp nanti dia akan sebut je.. "Itu kak nyeeeee" gitu lah. Jenuh juga sebenarnya skng ni nak bli barang, mesti nak bli dua... Tak pe, itulah pun duit kami bekerja dari pagi sampai malam, utk anak2 & kehidupan :)


Jauh juga kami cari beskal ni. Dari Rawang tp beli kat Selayang... Mujur harga ok & abang yg jual pun sangat ok.. Tq lah abang.. Macam biasa kakak nak "PINK" dan kakak pilih adiknya "PINK" juga. Tak kisah lah.. esok iman dah besar, guna je lah beskal pink nih.. hahaha


So, balik rumah petang tu mmg terus jalan lah beskal tu. Tengah hari buta pun kakak kayuh juga beskal... teruja... takpe.. biarkan lah. Penat dia berhenti lah tu... Petang pun sambung kayuh gak. Adik? Yes! Adik dah pandai kayuh. alhamdulillah, walaupun adik kayuh separuh2, tp takpe, lelama reti lah tu.


Ni gaya belah malam, nak juga kayuh beskal.. (mujur tak bawa ke tpt tido je beskal2 ni... hahaha) Irdina & Imelda kayuh dalam rumah dengan beskal baru mereka. Papa??? tgh layan burger.. hahahah





Apa2 pun nak ku ucapkan ribuan TQ kepada papa kerana berusaha juga mencari kedai beskal & beli utk anak2.. Skng ni Irdina & adik pun dah kayuhnya laju je... Irdina pegang sebelah tangan je.. huhuhuhu..

Thursday, November 4, 2010

** CIDA... THE WEDDING PLANNER **

Salam,
Pada 31.10.2010 bebaru ni kami sekeluarga g jumpa Cida @ Djariartz di Kajang bagi pihak ayah dan mama ku juga sbb adik bongsu kami akan melangsungkan perkahwinan insyaallah tahun depan. Tp ni tanya je dulu.
Cida & Sham mmg best! Penerangan mereka sangat terang & jelas & nyata... Cida pula jenis lebih kurang. Sebelum ni pun banyak perkara berkenaan perkahwinan mmg dirujuk padanya.. kiranya SIFU lah juga ni selain Untie Murni Mak Andam kesayangan ku itu.
Kenal dengan Cida pun melalui PCM saja. Dari situ kami sentiasa berhubung. Dan sempat juga kenalkan Cida dengan 1 PA System & DJ.. and so far alhamdulillah.. semua ok...
Lepas sembang nak balik, Cida nak dukung Iman.. and Muadz???? hehehe jeles ok.. siap nangissss... hahahah last2 dukung skali 2.. baru Muadz senyap :)
Cida, ada rezeki kita meet again ya!


Sekian :)

Tuesday, November 2, 2010

** IMAN DI SUATU KETIKA **

Salam kembali,


Kali ni kisah Iman pula. Boy mama selain papa.. heheh... Iman demam masa ni. Jadi kami sekeluarga ke klinik lah menghantar Iman... time ni (19.09.2010) Iman berusia 5 bulan.. dan beratnya 8kg sudah.. heheh Imelda yg masuk 2 tahun pun 10kg, susut gara2 demam panas sebelum ni. Dan skang ni Imelda susah nak naik badan nya tambahan dia dah lasak...

Papa dengan Irdina..Imelada??? Heheh buat muka nakal la plakkk.. Hahah comei je mama nengok!

While Iman mama yg pangku.. mukanya serious je.

Lihatlah rambut Imelda.. heheh lain benor dengan kakaknya...


Walaupun Iman demam panas, alhamdulillah tak meragam. Malam tido je... sampai mamanya terlena betul lah. Alih2 terasa bahang je.. rupanya panas Iman naik! Fuh! bahya btol mamanya ni. Lena tak ingat donia... Ye lah, mmg lena habisan lah sbb Iman sikit pun tak merengek time panas kuat tu.

Sama juga reaksinya ketika di rumah pengasuh. Walau suhunya tinggi, Iman maintain senyum & gelak sepanjang masa... But now Iman dah sihat.. Alhamdulillah.. syukur

Terima kasih yang tak terhingga kepada Pn. Rohana Shair Mohd sekeluarga (pengasuh anak2 ku) kerana telah banyak berkorban masa & tenaga untuk menjaga anak2 ini. Semoga sentiasa dilindungi olehNYA dan sentiasa dimurahkan rezeki!

TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA PN. ROHANA SHAIR MOHD !