Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

** IMAN DI SUATU KETIKA **

Salam kembali,


Kali ni kisah Iman pula. Boy mama selain papa.. heheh... Iman demam masa ni. Jadi kami sekeluarga ke klinik lah menghantar Iman... time ni (19.09.2010) Iman berusia 5 bulan.. dan beratnya 8kg sudah.. heheh Imelda yg masuk 2 tahun pun 10kg, susut gara2 demam panas sebelum ni. Dan skang ni Imelda susah nak naik badan nya tambahan dia dah lasak...

Papa dengan Irdina..Imelada??? Heheh buat muka nakal la plakkk.. Hahah comei je mama nengok!

While Iman mama yg pangku.. mukanya serious je.

Lihatlah rambut Imelda.. heheh lain benor dengan kakaknya...


Walaupun Iman demam panas, alhamdulillah tak meragam. Malam tido je... sampai mamanya terlena betul lah. Alih2 terasa bahang je.. rupanya panas Iman naik! Fuh! bahya btol mamanya ni. Lena tak ingat donia... Ye lah, mmg lena habisan lah sbb Iman sikit pun tak merengek time panas kuat tu.

Sama juga reaksinya ketika di rumah pengasuh. Walau suhunya tinggi, Iman maintain senyum & gelak sepanjang masa... But now Iman dah sihat.. Alhamdulillah.. syukur

Terima kasih yang tak terhingga kepada Pn. Rohana Shair Mohd sekeluarga (pengasuh anak2 ku) kerana telah banyak berkorban masa & tenaga untuk menjaga anak2 ini. Semoga sentiasa dilindungi olehNYA dan sentiasa dimurahkan rezeki!

TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA PN. ROHANA SHAIR MOHD !

Friday, September 24, 2010

** RAYA 2010 **

Salam,

Ni je lah gambar raya kami tahun ni 2010..Sadissss sungguh rasanya sbb tak sempat pun nak snap2. Busy dengan anak2. Tahun ni kami balik kampung en. suami...

Gambar raya yang tak semenggah... adoiiii
hentam sajalahhhh...
Iman pun entah ke mana je tu..
Irdina pejam mata plakkk
Papa? Adeii muka sposen plak dia buat...


Irdina payah sungguh nak minta bergambar. Mesti pandang ke lain... So gambar Imelda saja... Tata

Thursday, August 12, 2010

** BIRTHDAY AYIP (ADIK) **

Alhamdulillahhh sempat lah juga ber dinner kecilan dengan adik yg bongsu ni sempena birthday nya ye. Tp malam tu dia dah makan dengan kawan2 nya. Husband plak teringan nak makan kat San Fransisco sambil makan "donat besor"..

Jadinya, kami "rak" kan juga adik supaya datang.. Masa tu adik minum je sambil jamah "donat besor" dan melayan anak2 buahnya.....

Ini adalah birthday boy nya... Adik Ayip
(adik besor pada kakak heheh)


Irdina wajib duduk dengan Papa
Minum pun kongsi ngan papa je..


Imelda yg makin pandai bergaya bila di acuh camera.


Enjooysss
*Gambar dari HP je.. entak bila nak ada kamera... adeiii

Thursday, May 13, 2010

** ANAK-ANAK MAMA & PAPA **

Salam,

Saja nak update gambar anak2. Snap hari ni...


Ni Imelda
Skng ni kalau pegang HP je dia akan senyummmm
Maknanya kena snap 1 utk dia...
Ni pula Irdina
Skng mmg payah nak amik gambar dia.
Mesti nak tutup muka.
Tp yg ni ok plak...

Ni Iman.
Tido je... biasa lah... Baby...
Alhamdulillahhh... tak berjaga malam.
Tido je... kalau pampers penuh pun dia tidoooooooooo je...


Ni papa & anak2 nya...
Irdina, Imelda & Iman...

Ok itu je...

Sunday, May 9, 2010

** ALHAMDULILLAH... DAH SELAMAT **

Salam kepada semua,
Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi dari blog ni, hari ni ada cerita gembira. Pada 21hb April 2010 yang lepas, dah selamat pun bersalin utk sekian kalinya.. heheh alhamdulillah, kali ni BOY lah...
Proses bersalin kali ni lain benor. Maklumlah induce sbb khuatir baby besar dan tak boleh bersalin normal. Kalau boleh dr. tak mau bedah-bedah nih. So, pada 20hb April tu serah diri je kat dr. untuk di induce.
Lepas induce jam 4 petang 20hb April tu mmg tak rasa sakit pun. Tp husband mmg setia menunggu di labour room tu. Tau2 je lah, dlm labour room tu ada kerusi saja. So, mmg husband tidor duduk je. Tp tak sanggup nak ngok husband gitu, dalam jam 2 pagi gitu mmg suh husband balik je lah sbb tak rasa nak bersalin lagi rasanya.
Esok nya... 21hb April, dr datang dan pecahkan air ketuban dalam jam 9 pagi gitu. Sakit yg boleh control mula jam 11 pagi. Time tu mmg masih boleh control.. di selang - seli minum air Zam-zam yg dibekalkan oleh mama. Tp mula jam 12 mmg contraction yg "power" datang lah kan.... minum lagi air zam-zam jadinya kekerapan contraction tu ada. Jam 1.14 ptg selamat melahirkan...
Tp mmg benarrrr lah... sakit induce ni lain macam btol. Masa Imelda dulu tak lah sesakit gini... boleh releks je ketawa2...tp kali ni mmg totally lain.... tambah plak ni boy. Jadinya mmg terasa "seketul" je keluar dari perut.... huhuhu...
Alhamdulillah, semuanya selamat. Syukur kepadaNYA... Jadi, BOY kami ni di beri nama MEGAT IMAN SHAH BIN MEGAT NOORSHANI

Dikesempatan ini, nak ucapkan Jutaan terima kasih kepada my beLOVEd husband yang telah banyak bersusah-payah sepanjang proses kelahiran IMAN.. tq and I LOVE U FOREVER!!!
Selain itu diucapkan juga ribuan terima kasih kepada kedua Ibubapa serta mertua dan adik-beradik di atas doa kalian.
Pada rakan2 juga tidak dilupakan. Terima kasih di atas doa dan ucapan tahniah dari kalian semua...
TQVERY MUCH TO ALL!!!
Ini MEGAT IMAN SHAH (3.39kg - masa lahir)

Ok itu saja...

Saturday, February 13, 2010

** KOLAM MANDI **

Salam,
Kisah hujung minggu & kolam mandi. Dulu masa Irdina sorang, mmg kolamnya kecik je lah kan. Dah bocor pun kolam tu... Ni time Irdina duluuuuuu... heheh montel benor dia time nih!



Tapi sekarang ni, papanya belikan kolam yg BESAR PUNYA sbb Imelda boleh main sama. Besok2 pun ada adik Imelda pula boleh join. Heheheh... Memang sangat puas hati lah kolam nih. Siap segala benda mainan lagi. Bila dah terjun dalam kolam nih, kadang-kadang memang susah nak stop kan... Tambahan pula skng ni musim panas, so rasa nak berendammmm je lah...
Mandi kolam ni papa akan layan lah ujung minggu (thank you! love you!) waktu pagi atau petang. Mamanya di dapur masak lah kan... sbb lepas mandi kolam ni sureeeeeeeeeee lapooooo....
So, mandi kolam ni pun kena pakaikan swimming suit utk mereka. Kena ajar juga. Tak boleh togel2 gitu je... hahahaha. Bila nengok gambar2 ni seronok nengok sbb mereka sangat lah happy.

Mamanya tak join lah. Nengok2 je. Hai lah, nak bawa ke taman tema leceh plak rasa. Takpe lah, buat masa skng ni, kita mandi kolam ni ya dulu :D
Thats all...

Tuesday, October 6, 2009

**GAMBAR RAYA**

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua pengunjung blog. Masih tidak terlambat lagi kan? Mana2 yang dah berpuasa 6 tu syabas diucapkan :D Insyaallah mudahan diterima olehNYA.


Saja nak kongsi gambar raya yang tak seberapa ni. Letak sikit je lahhhh :D


SELAMAT HARI RAYA!!! YEAYYYYY...

Saturday, September 5, 2009

** PART 3 : HOLIDAY KAT MELAKA **

Next day.. Pagi kami breakfastttt.. Wajib lah... Time ni Imelda & Irdina tak mandy lagi.. heheh.. masyemmm... Lepas breakfast tak sure nak g mana. Kami mmg tak plan nak jalan2 sbb cuaca panasssss terikkkkk... Irdina pula tak kebah dari demamnya...
Tp sbb dah plan lama holiday ni, so kena "on" juga lah... Oh ya, on 2nd day ni pun pepagi Atok & CT dah berangkat ke Terengganu sbb ada urusan kerja. So tinggal kami adik beradik je...


Bersambunggg.....

Tuesday, September 1, 2009

** PART 2 : HOLIDAY KAT MELAKA **

Salam,

Sambung balik part 2. Bila dah sampai Melaka trus check in dan lepak2 dulu. Then acara pertama... mandi kolam... hahahhaha. Kami ke Melaka bukannya nak jalan sangat, tp prefer duk hotel & mandi kolam... tu je... nak rehatttt...

Ni kat lobby hotel. Dik Nas kepenatan.
Time ni dah tak sabar nak mandi manda...

Time ni, Dina sangatttt seronok. Memula takut, lelama suka tak moh kuar kolam plakkk...


Imelda cool je. Boleh dia nak terlelap duk dalam nih... Mujur kami semua perasan

Time ni Imelda kena sakat dengan uncle2 nya...

Kami semua...

Time ni Irdina nak masuk kolam lagi. Tu uncle2 nya nak bergambar...

Irdina & Imelda with CT :D

Ok, nanti sambung part 3 plak ya...