Showing posts with label PAPA. Show all posts
Showing posts with label PAPA. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

** SEDETIK LEBIH **

Morning!

Tengah buat kerja ni dengar lagu "Sedetik Lebih" ni berulang kali... Haih dah sampai lebam aku putar ini lagu! YES! Sure ramai yg minat lagu ni kan? Sureeee punyaaaaa...
Dan pada ketika dengar lagu ni pada mulaaaaa dulu.. tak fikir lain dah... "Boleh nyanyi time show.. terutama sekali Wedding Show... and Yes! Time Potong kek... atau Time Pengantin berjalan masuk menuju ke pelamin... Emmm... Arrghhh!!! Aku berangannnnnnnnn pepagi ni..
And rasanya mmg masa2 tu yg sesuai... Insyaallahh.. So ada sesapa nak hire me? Hahahahaha (Mode : Perasan sekejap!)
And bawah ni gambar diambil dari web OH BULAN... Cuba korang nyanyi lagu Sedetik Lebih ni dan feelllllll skali ngan gambar ni...
APA YG KORANG GAMBARKAN???
TO HUBBY... EN MEGAT NOORSHANI...
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya



Jiwangggggg kejap!

Tuesday, February 8, 2011

** IRDINA DI SEKOLAH LAGI **

Hi semua,


Kisah Irdina ke sekolah lagi ni... Time ni masih berbaju biasa lg. Dan masa ni Irdina belajar mewarna dan mamanya sangat terkejut dengan kebolehan Dina yang pandai mewarna. Sbb nya kalau kat rumah dia mmg suka mewarna tp sangat comot! Huh! Tp kali ni mmg sangat sangat sangat sangat lah lawaaaa... Keep it Up Dina! Caya lah anak mama ni...



Lawa kakak Irdina warnakan sbb serata je :)




Jumaat Dina berbaju kurung :) Heheheh sopan dan ayu gitu...
Bekalan roti :)



Ops! Gelang tu mama lupa nak buka la plakkk..
Mujur tak hilang...

So far mmg Dina seronok g sekolah. Tp ada kalanya dia mengadu penat. Ye lah, 6.30 dah bangun mandi segala sampai lah jam 12.30 gitu baru balik. Pernah satu hari Dina mengadu dengan papa : -

Dina : Papa, kakak tak mau g school lah hari ni.
Papa : Kenapa?
Dina : Kakak penat la. Besok kakak g school eh?
Papa : (Hanya mampu tersenyum)

Hahahh bijakkk btol! "Hari ni" tu adalah hari Jumaat.. Dah kalau besok? Tak ke Sabtu? sabtu mmg lah sekolah pun.. Hadoii... Bijaks sungguh!

Ok tu je :)

Saturday, October 30, 2010

** WITH LOVE **

Salam...


Kali ni entry dengan beloved hubby... Ni masa makan2 di hotel... Lepas opis siapkan kerja yg kena ikut dateline, kami zassssssss ke hotel berhampiran. Time ni kami berdua je.. Terima kasih juga pada pengasuh sbb tunggu anak2 (hari2 pun pengasuh tunggu anak2 sampai jam 9 malam)

Tapi... kenapa plak nampak lain je hubby ku itu? Errrkkk...



I LOVE YOU!

Sunday, August 1, 2010

** RUTIN PAPA **

Salam,
Lamaaa rasanya tak update kan? Lately sangat busy... busy di opis... busy di rumah... Tp kat umah tu busy buat kerja rumah je sbb anak2 papa yang setelkan semua.. Mama cuci tangan :D
Ni rutin papa. Tiap kali balik kerja macam biasa lah, papa siapkan anak2... Mama selesaikan hal2 rumah... mesin kain, sidai kain (tp ni kekadang papa gak) & lipat. Pastu kemas2 rumah skit lah. Tu je...
TQ TQ TQ TQ Papa di atas pertolongan ini. Papa mmg sangat bertanggungjawab.
I LOVE U PAPA!




Iman sleep... Lepas kakak2 selesai, giliran Iman pula...

Sekian.

Tuesday, May 18, 2010

** CERITA LAMA...HADIAH UTK PAPA **

Birthday Papa dah lepas lamaaaaaaaaaaaaaaaa dah iaitu 2.4.2010. Hadiah utk papa tetap ada lah walaupun mama sibuk. Masa bulan April tu mmg tgh sarat sangat dah. Balik kerja pun hari2 lewat.. hari2 sampai rumah jam 10 malam sbb duk fikir kan kerja yang harus diselesaikan sebelum bercuti 2 bulan kan. Ingat lagi, sampaikan bleeding duk siapkan kerja2 opis... Huh! Gilossss...

Bagi hadiah ni pun masa tgh warded hehehe. Gambar pun tak lah clear sgt. Hadiah ni utk papa supaya senang papa bawa masuk meeting terus update dalam ni... so, mama bagi papa NETBOOK... itu je...
Korang ngok lah snap pun masa kat hospital... ekekeke...
TO PAPA : HAPPY BIRTHDAY YA. LOVE U FOREVER!

Sekian...

Sunday, May 16, 2010

** PAPA YANG SANGAT BAIK HATI **

Yeayyyyyy.... alhamdulillahhhh... rezeki Megat Iman Shah...



TQVM papa. Sbb papa belikan bouncer idaman mama... FP - Newborn to toddler rocker :D Senyum lebor mamanya. Maklumlah, bouncer2 FP ni antara idaman mama sejak dari 1st baby lagi. Tp tak kesampaian... Alhamdulillah, rezeki itu ada. So, papa bli bouncer ni dengan Irdina kat The Curve ptg tadi...(amboiiii sampai The Curve... jauh btol)
TQ TQ TQ very much papa! I LOVE YOU!

Thursday, May 13, 2010

** ANAK-ANAK MAMA & PAPA **

Salam,

Saja nak update gambar anak2. Snap hari ni...


Ni Imelda
Skng ni kalau pegang HP je dia akan senyummmm
Maknanya kena snap 1 utk dia...
Ni pula Irdina
Skng mmg payah nak amik gambar dia.
Mesti nak tutup muka.
Tp yg ni ok plak...

Ni Iman.
Tido je... biasa lah... Baby...
Alhamdulillahhh... tak berjaga malam.
Tido je... kalau pampers penuh pun dia tidoooooooooo je...


Ni papa & anak2 nya...
Irdina, Imelda & Iman...

Ok itu je...

Saturday, February 13, 2010

** KOLAM MANDI **

Salam,
Kisah hujung minggu & kolam mandi. Dulu masa Irdina sorang, mmg kolamnya kecik je lah kan. Dah bocor pun kolam tu... Ni time Irdina duluuuuuu... heheh montel benor dia time nih!



Tapi sekarang ni, papanya belikan kolam yg BESAR PUNYA sbb Imelda boleh main sama. Besok2 pun ada adik Imelda pula boleh join. Heheheh... Memang sangat puas hati lah kolam nih. Siap segala benda mainan lagi. Bila dah terjun dalam kolam nih, kadang-kadang memang susah nak stop kan... Tambahan pula skng ni musim panas, so rasa nak berendammmm je lah...
Mandi kolam ni papa akan layan lah ujung minggu (thank you! love you!) waktu pagi atau petang. Mamanya di dapur masak lah kan... sbb lepas mandi kolam ni sureeeeeeeeeee lapooooo....
So, mandi kolam ni pun kena pakaikan swimming suit utk mereka. Kena ajar juga. Tak boleh togel2 gitu je... hahahaha. Bila nengok gambar2 ni seronok nengok sbb mereka sangat lah happy.

Mamanya tak join lah. Nengok2 je. Hai lah, nak bawa ke taman tema leceh plak rasa. Takpe lah, buat masa skng ni, kita mandi kolam ni ya dulu :D
Thats all...

Wednesday, October 28, 2009

** TQ HUBBY, LOVE YOU FOREVER!!! **

Salam kembali,

Lamaaaaaaa sungguh tak cerita dalam ni. Maklumlah, skng ni tgh sibuk skit. Insyaallah, this Saturday kami akan berpindah (akhirnya :D)
Tp skng ni nak say TQ to my beloved hubby... love u bebeh!!! Sbb : -
1) Setiap malam hubby akan uruskan anak2 (tukar baju, buat susu & tidokan). Kiranya kalau mamanya balik mmg lepas isya' tu dah kuyu je mata. Selalu hubby akan sampai rumah jam 9 mlm. Terus disiapkan anak2 semua. Mamanya mmg tak pernah lah nak hirau sgt bab2 mandi & tukarkan baju anak2 ni. Sbb tu semua mmg hubby buatkan :D Kalau hubby penat baru mama buat :D Tu yang sayanggggg tuh! heheeh
2) Kalau ada baju dalam mesin basuh yang dah selesai di mesin, jika berkelapangan hubby akan tolong sidaikan. Tp pg tadi sangat terkejut sbb baju yang banyak dan berlambak dalam mesin basuh dah tersidai elokkkkkk je oleh hubby. TQ!
3) Baju dalam dryer pun hubby tolong kuarkan. Pagi tadi nengok dah ada dalam baldi :D Balik ni senang mamanya lipat je :D
4) Memandangkan this weekend nak pindah, so tiap kali lepas balik kerja, hubby akan terussss pack barang2 mana yang patut dan ketepikan. Eeemmm.. dah 2 hari berturut2 ni lepas balik kerja je, hubby trus ngemas... mamanya??? dah tido :D


Dengan itu, rasa sayangggg ni dah makin bertambah-tambah dengan keprihatinan hubby ku itu. TQ TQ TQ TQ! LOVE YOU FOREVER!


Ni papa kisss imelda. Tu kisss gerammmm hehehe

Itu je :D

Thursday, July 16, 2009

** PEMPOMERS **

Hahah... tergelak je bila first time dengan perkataan "PEMPOMERS" ni. Sebenarnya, perkataan ni datang dari anak buahku dah telah disampaikan oleh ayahnya kepada ku.... Gelakkkk dibuatnya. "Pempomers" ni sebenarnya adalah "Transformer"
Jadi, semalam papa ke toysrus tu bli menda alah ni rupanya... Tp fursttt sbb Automus Prime selalu sold out!!! Jadi papa tak puas hati, terus order kat toysrus. So len kali kalau stock sampai depa will call papa to collect lah.

Skng ni papa dah ada 2 ni... Bumble Bee & Megatron


Tamat...

Wednesday, July 15, 2009

** BERBUKA DI KLCC **

Salam,

Tadi berbuka di KLCC. Tak plan pun. Sebenarnya memula tu nak belanja ADIK & RENN sempena mereka hari ni dan esok kat pizza. Pastu tetiba En. Megat ajak ke KLCC makan steak plakk... huh! Apa lagii.. lajuuuuu je lah kan :D
Makan kat San Francisco Steak House. Mmg best lah. Lembuttt je dagingnya...
TO ADIK & REEN, HAPPY BIRTHDAY YA! MOGA PJG UMUR & MURAH REZEKI. JGN TINGGAL SOLATSSS!!!

Ni dalam keta to KLCC


Kat KLCC dah. Lihatlah adikku lebih besarrr dariku.. hehehe


Ni tgh makan. Imelda ngamok nak tidooo.. Mujur Dina ok.

Ok tu je. Tak dapat nak snap bnyk. Sampai je kat trus order. Order sampai IMELDA mula melalak... Jadi takde apa yg sempat nak rakam lagi.. huhuhu..
Mama pun makan cecepat sementara papa tggu imelda. Then papa plak makan... Pastu papa singgah toysrus. Huh! Anak ngamok, tp nak juga ke toysrus tuh... Tp imelda tak ngamok lama, kejap je. Buggy jalan je dia senyap & tido....
Thatssss all....

Friday, July 3, 2009

** RAWATAN 1 BADAN **

Salam kembali,

Aduhhh... lately badan sesakit. Belasahh badan buat kerja tak ingat donia... hahaah... Pastu semalam dah tak larat sangat nak menahan kesakitan ini, maka dengan itu saya telah meminta En. Megat membelanjakan saya untuk memanjakan badan ini di Euro Sense Hub di Wangsa Maju. Alahhh... berdepan dengan Restoran Amy Search tu lah... HUB ni tepi sekali. Masuk2 dari bulatan kecik tu mmg nampak lah HUB nih...Jadinya, En. Megat telah membelanjakan daku untuk berurut di sini sebanyak 8 kali. 1 sesi RM100 selama 1 jam (standard lah tuh kan) tp dia ada buat promotion....Fuh! Best! Smalam 1st urut dan rasa segarr skit...... Kalau korang nak memanjakan diri boleh ke sana ya. Tel : 03 41423236/7

Sementara menunggu bilik disiapkan

Minum Tea dulu... Ni coffee bar nya...
Ni laluan nak ke bilik mengurut.

Gambar bilik tak sempat snap. Tak larat dah sbb nak urut sesangat dah niiiii....To my husband.......

TQ darling sbb bawa g urut semalam. I LOVE YOU FOREVER!

Thursday, June 11, 2009

**IRDINA DI HOSPITAL**

Salam kembali,

Minggu ni minggu yang mencabar kami lagi. Hai lahhh.. Dina demam tak kebah2. So terus papa bawa Dina ke hospital check lagi (b4 that dah 2 klinik dah g pun, ubat pun nak habis dah makan tp tak bebaik juga) Amik darah...tp kena tahan ward! Sbb darahnya tak stabil. Alahaiiii Dina, b4 this masa mama ngandungkan adik dalam 7 bulan gitu, Dina warded perkara sama ni juga...
Ok, takpe lah. Asal sihat seperti biasa dah syukur. So, papa yang tunggu & bermalan di hospital bersama Dina (tq so much my husband, LOVE YOU terlalu banyak membantu dalam hal2 anak. Kadang mama goyang kaki je.. hehehe). Bilik penuh plak, tp after lunch baru dapat bilik yg ada 2 katil. So semalam papa tak mau dok hospital, boring katanya (walaupun bilik tu dah ada TV, tp ye lah... hospital...) Jadi papa & Dina balik malam tadi lepas Dina dah diberi ubat segala. Hari ni hingga Ahad, Dina perlu berulang-alik ke hospital utk diberi ubat. Papa juga yang akan bawa Dina.
Petang semalam lepas mama kerja trus amik Imelda di taska. Lepas maghrib kami 2 beranak ke hospital. Mujur hospitak dgn rumah dekat je. Hospital ni juga tpt mama bersalinkan Dina & Imelda...

Imelda bila di agah.


Then kami ke hospital Dina tidor. Kesian anak mama sorang ni.. kurusss...
Batok-batok...

Gaya kakak rindu ngan adiknya.
Asyik berguarauuuu je Dina.
Sayu plak ngok 2 beradik ni...
Habis Dina gomol2 Imelda

Lepas puas bergurau, dedua tido.
Mama bergambar ngan anak2
Papa balik umah, mandi kejap
(padahal kat bilik tu ada je bilik air, rumah juga selesa. Mujur dekat)

Pagi tadi jam 7 Dina dah ke hospital amik ubat dengan papa. Karang jam 2 ptg dan last jam 9 mlm. Semua papa uruskan...
TQ SO MUCH PAPA! Moga papa sihat selalu & semoga Dina cepat sembuh....