Sunday, May 31, 2009

WAREHOUSE PONEY

Kalau semalam ke PJ, Adidas... hari ni ke Serdang.. WAREHOUSE PONEY plak. Mmg plan utk beli baju raya je. Esok nak ke Hytex plak utk rembat baju basahan.
Kami ke sana dalam 12 t/h. Punyalah sesak jalan nak ke sana. Dengan org2 yang tak mematuhi lampu isyaratnya.. dengan yg potong "Q" nye... adeii.. bila sampai kat South City Plaza, mmg lengang je. Parking senang. Nak pilih baju pun senang.
So, ni je lah baju raya utk kededua putri kami... cukup lah, sikit je. pastu baju2 ni akan jadi baju basahan juga... hahahah

Ok, complete lah baju raya... baju kurung utk Irdina sedang "on the way".

Saturday, May 30, 2009

WAREHOUSE ADIDAS

Tadi lepas je papa balik keja, kami trus ke ADIDAS WAREHOUSE kat Atria PJ. Sampai sana dalam 6 petang. Takde apa nak cari pun sebenarnya. Just nak jalan2 je. Bila sampai sana mmg barang semuanya dah licin... boleh dikatakan licin lah sbb rata-ratanya semua tempat yang isi baju/kasut "licin".

So, kami pusing lah 1 round, papa berkenan kasut ni. Trus rembat. Lepas tu ada lak 1 baju kids tersadai kat tepi, rembat je lah. Benda dah ada... Not bad! Tak leh imagine kalau sampai awal, sure bnyk berhabis... heheheh

Ini kasut papa & baju Irdina.
Then kami dinner kat Muhibbah... Makan seafood...

Friday, May 29, 2009

FESYEN TUDUNG

Ok, kali ni pasal fesyen lagi... Tp skng ni fesyen tudung plak ya. Sekarang ni memang banyak je fesyen selendang (shawls). Kalau nak bli shawls cantik2 ni klik sini. So sini ada beberapa cara. Mama Irdina selalu juga pakai shawls ni guna stail yg pertama ni. Senang je!

Selamat mencuba ya!!!

FESYEN RAYA

Hahah puasa pun belum dah cerita pasal fesyen raya... tapi yang pastinya tentang diriku ini, puasa mmg tak tinggal sejak 3 tahun kebelakangan ini :D Huh! korang dah ganti puasa kah??? Sila ganti cecepat ya...

Last week member opis dah tembah baju raya dah... tapi kisahnya kainnya tu dah hampir setahun yg lalu (ni kes beli tp tak terhantar tempah lah nih) Then mlm tadi duk ngemas, dan terjumpa 2 pasang baju yang masih belum dijahit lagi :D hahahaa... so kat bawah ni saja nak kongsi fesyen2 raya (mungkin juga boleh utk nak buat baju tunang / nikah jika kena pada gayanya) Fesyen yang pertama ni menarik minatku.... Tempahan baju pula mmg dah biasa tempah kat UCU 013-208 0140
So, pilih lah ya...



Enjoy!!!!!!

PAPA DENGAN PAINTBALL NYA

Salam & morning,

Semalam papa bagitau yang dia ada mail gambar2 dia masa nak mula main paintball. 2 -3 kali papa bagi tau... hahahaha... petandanya suh update lah tuh :D Jadinya pagi ni trus je update lah.

Bila dilihat pada gambar2 ni kan, rata-rata yang dilihat semuanya badan tegap2 je nak main paintball ni. Tp papa je yg kecik.. hehehe sorry papa... Hujung minggu ni papa ada lawan main paintball ni... GOOD LUCK TO YOU PAPA!

Ok enjoysssss!!!!!

Ok tu je...

Wednesday, May 27, 2009

SABUN @ UNILEVER

Salam kembali,

Eeemm... asal akhir bulan je, Uniliver akan buat jualan sabun ni. Jadi mmg diriku ini tak ketinggalan lah utk membelinya sbb mmg guna pun sabun2 tu. Jualan selalunya akan dibuka pada jam 9 pagi kat LG opis dan selalunya akan berakhir dalam jam 12th (bergantung kepada stock) Huh! pernah sekali terlepas membeli sabun ni. Datang jam 11 pagi dah habissss... Mantap seh jualannya...

So ni adalah suasanya bulanan di LG yg penuh dgn kotak2 sabun...


Ni adalah pakej yang di tawarkan.
RM20 & RM30
Berbaloikah???

Tuesday, May 26, 2009

DORA - PLAY A SONG BOOKS

Hahah.. Ni belian terbaru untuk Irdina... Sbb Dina suka DORA ni. Tq ye CHIK


HEBAHAN UMUM

Salam to all,

26 Mei 2009 7.30 PM @ Astro Oasis

Hebahan umum untuk semua. Sesiapa yang mempunyai siaran Astro bolehlah menonton program dari Dr Hj Ridzwan Bakar. Dapatkan tip-tip menjadi Tetamu Allah diusia muda. Dapatkan juga koleksi buku ini.
Jangan ketinggalan!

Monday, May 18, 2009

NURSING PILLOW & CD

Yeayyy... dah terima bungkusan yang dikirim... Ni semua kes belian melalui internet... heheh

1) Nursing pillow. Beli dari "Sell It Fast Baby Stuff" RM25 jer.... Kecik comey je. Suai lah untuk ku ini... TQ Suffina!

2) Ni plak CD rembat kat Ibuaz... murah2 gak. 1 unit RM25 (include insert). Tq Ibuaz!!!
Itu je shopping & sales utk hari ni... TQ ya!

SHOPPING WITH ATOK & CT

Salam,

Semalam shopping kat tpt sama, Ikea. Atok nak bli "blind" sbb kena pindah rumah plakkk... Leceh ah jahit langsir ni. Buh je "blind" ni siap! :D

Dina macam biasa lah, berlari ke sana-sini. Pastu nampak belon plak. Huh! Mamanya suh ckp sendiri ngan papa nak "Lelon" tu... Hahah dapat juga... "Lelon" ni RM5 aduhhh...

Macam biasalah, adik dalam buggy, tak banyak kerenah. Time lapo, susu.. then tido... Lepas dah membeli belah tu kami minum sebelum balik kat Kluang Station...


Imelda... dah bangun dari tidur...
Leks je, main2 dlm buggy...

Ni dia... Irina berlari2 dengan "Lelon" mengejar papanya...

Bila dah dahaga, nak minum lah kan?


Mata berkaca.. baru lepas nangis... Papa sakat dia.... hahahah
Atok & CT yang keletihan.. Letih sbb pindah rumah

Balik je rumah trus pasang blind tu... Siap!

Sunday, May 17, 2009

MR. 'P' TELAH KEMBALI...

Haahah, akhirya, Mr. "P" telah kembali menyerang setelah hampir 3 tahun menghilang... Mujur ok je... alhamdulillahhh...

Selamat kembali Mr. "P"... hehehe

Saturday, May 16, 2009

SHOPPING & WINDOW SHOPPING

Minggu ni bawa anak2 jalan2 lagi. Tp dedua hari g tpt yg sama je. Sabtu gi ngok brg2 paintball papa then ke Ikano/The Curve.
Memula ke kedai paintball papa. Papa nak service "senapang" dia. Sambil tunggu, Irdina main/bergurau dengan Imelda. Gelak Imelda tuh!


Sementara tu juga papa ronda keliling kot2 ada brg baru nak tambah...
Macam biasa, Irdina akan follow papanya...


Ok, senapang dah siap service. Jom balik...


"Dina tggu kejap ya, papa nak amik car. Hujan ni..."
Tp macam biasa, dina tak diam nye. Musti mau nangisss nak ikut papa... (mengantok nak tidor pun ya gak tu)
Then kami makan-makan.
Imelda dalam Buggy je.

Minuman dah sampai. Dina ni belasah je air apa pun yg kami order...Huh! Dahaga sgt tuh!


Then kami ke MPH beli buku A B C utk dina.
Sibuk sangat nak bawa.
So papa suh bawa gaya gini.
Adeiii Gelakkkkk ngok gelagatnya.

Hah, memula sukalah dia...
Berlari-lari dengan gaya gitu...

Beg plastik jatuh pun, angkut gak cara lain.
Janji Dina yang bawa...

Time ni dah penat..
Dina marah mamanya yg duk sibuk rakam aksinya itu.
Pastu apa lagi... nangis nak susu & dukung...
Hahah last2 mamanya juga bawa buku Dina tu... :P

Tp, bila sampai rumah je, Dina sibuk ngan buku barunya itu...

Kalau jalan dengan anak2 ni mmg kena banyak sabar dengan kerenah dia. Kalau tak sabar mmg tak berjalanlah gamaknya.... Duk umah dendiam je... Tp, rasa bersyukur kerana Papa amat memahami keadaan kami. Walau anak2 buat hal pun, papa akan tetap teruskan jalan2.
TQ SO MUCH PAPA... WE'LL ALWAYZZZ LOVE YOU!