Tuesday, January 26, 2010

** LAST DAY DI TASKA SHAZ 30.10.09**

Salam kembali...
Huh! Setelah sekian lama tak sempat2 nak update blog nih, akhirnya berjaya juga sambung.. Maaf kepada semua yang setia menunggu :D
Ok, di bawah ni antara gambar2 terakhir Irdina & Imelda di Taska Shaz tu. Last day tu, kami belikan KFC saja utk jamuan skit2. Sangat sedih nak tinggalkan Taska Shaz ni kerana semua teacher2 nya baik2... sangat baik. TQ kepada semua teacher. Di Taska ini juga Irdina banyak belajar benda2 baru seperti membaca doa makan, solat, Alif Baa Taa & ABC. Alhamdulillah, Dina dah pandai baca pada ketika umur Irdina 2 tahun setengah. Sekali lagi TQ kepada semua teacher Taska Shaz.
Imelda pula, menurut kata teacher2 di Taska Shaz ni mmg sangat mudah di kendalikan. Tak banyak ragam. Cukup makan & tido, kira setel dah tuh. TQ TQ TQ TQ. Pada hari akhir tu, mamanya menitik juga air mata. Maklumlah, di tempat baru nanti, belum tentu kita jumpa Taska yang elok & ngam dengan kita....
Tp itu lah hakikat kehidupan / cabaran yang perlu dihadapi. Ada atau tiada taska... baik @ buruk pun taksa baru nanti, kami sekeluarga kena hadapi juga. Tak selamanya kita dapat yang baik dan tak selamanya kita dapat yang kurang baik. Dan yang pasti, tak selamanya kita perlu bergantung dengan mama dan ayah (kerana mama & ayah nak jaga juga cucu mereka ni, tp tak pernah terlintas nak susahkan mereka)walaupun mereka masih berkemampuan untuk menjaga cucu2 mereka. Kerana bagi diri ni, biarlah ibu dah ayah berehat & mendekatkan diri kepadaNYA. Cukup2 lah mereka telah menjaga kita dari kecil hingga besar... kerana yang penting kita kena berusaha, doa & tawakal.

Ok itu saja. Sambung nanti cerita di taska bari di Rawang ya :D