Salam kembali,
Kisah anak2 lagi. Korang jangan bosan pula ya.. Mmg kisah anak2 lah yg buat kita sentiasa senyummmm.. hilang kekusutan :D
Kali ni kisah anak2 dara ku dengan beskal barunya. Semenjak abang kat rumah pengasuh ada beskal, kesian pula nengok anak2. Asyik duk pinjam beskal abang je. Jadi papanya pun membeli lah. Tp mama ingatkan terus pada papa kalau nak bli basikal, kena beli 2, kalau tak berebut. Kakak mmg stail tak boleh pinkam barang dia skit lah. Boleh nak pinjam, tp nanti dia akan sebut je.. "Itu kak nyeeeee" gitu lah. Jenuh juga sebenarnya skng ni nak bli barang, mesti nak bli dua... Tak pe, itulah pun duit kami bekerja dari pagi sampai malam, utk anak2 & kehidupan :)
Jauh juga kami cari beskal ni. Dari Rawang tp beli kat Selayang... Mujur harga ok & abang yg jual pun sangat ok.. Tq lah abang.. Macam biasa kakak nak "PINK" dan kakak pilih adiknya "PINK" juga. Tak kisah lah.. esok iman dah besar, guna je lah beskal pink nih.. hahaha
So, balik rumah petang tu mmg terus jalan lah beskal tu. Tengah hari buta pun kakak kayuh juga beskal... teruja... takpe.. biarkan lah. Penat dia berhenti lah tu... Petang pun sambung kayuh gak. Adik? Yes! Adik dah pandai kayuh. alhamdulillah, walaupun adik kayuh separuh2, tp takpe, lelama reti lah tu.
Ni gaya belah malam, nak juga kayuh beskal.. (mujur tak bawa ke tpt tido je beskal2 ni... hahaha) Irdina & Imelda kayuh dalam rumah dengan beskal baru mereka. Papa??? tgh layan burger.. hahahah


Apa2 pun nak ku ucapkan ribuan TQ kepada papa kerana berusaha juga mencari kedai beskal & beli utk anak2.. Skng ni Irdina & adik pun dah kayuhnya laju je... Irdina pegang sebelah tangan je.. huhuhuhu..