Sunday, February 20, 2011

** PLAN TAHUN INI **

Tahun ni banyak pasangan angan2 :) Takpe, bak kata Fadr, angan2 itu adalah free... hehehe Tp angan2 yg paling nak ku jadikan kenyataan adalah :

MENGHIAS BILIK TIDUR IRDINA & IMELDA MENGIKUT CITARASA MEREKA

Apa yang mereka ingin kan? Dah semestinya kaler pink! Girls = Pink Jadi, untuk merealisasikan impian tersebut lah plan ini menjadi plan tahunan kami (gilerrr sampai setahun!). Yap! Setahun sbb listnya banyak dan buat biar bersungguh. Apa yg nak di buat????

1) Katil single putih 2 sets (tp papa mcm nak stail lain)
2) Almari sedia ada di cat putih
3) Wall paper dengan cartoon kegemaran mereka yg ada kaler pink!
4) Cat dinding pink / purple (masih dlm pemilihan)
5) Lampu syiling tukar kepada bentuk yg lebih menarik
6) Pasang aircond - DONE!
7) Lamp (floor / table)
8) Carpet
9) Mirror (stand / wall)
10) Meja kecik sbg penambah seri :) - DONE


Dalam masa sama kena cari bedsheet jugak tuh! Dan lain2 brg yang akan difikirkan dari masa ke semasa. Eeemmm... banyakkkk tuh! Sbb tu ianya menjadi acara tahunan kami. Hope menjadi kenyataan.. hehheheh. Jadi, angan2 kami nak decor spt (gambar dari internet) :



So.. apa angan2 korang? Plan plan plan... ;)

Saturday, February 12, 2011

** TAPAK TANGAN **

Bertemu kembali,

Haaa.. kali ni citer pasal Irdina... Kali ni kakak belajar tampal2 di sekolahnya. Simple :) Ni hasil Irdina..


*Teacher Atie, nama Irdina tu silap.. patutnya "Putri Irdina Sofea" heheheh



Mata kakak tu kuyuuuu je... heheheh
Ok itu je :)

Thursday, February 10, 2011

** APO NIH? **

Hahaha.. ilang ngantok kejap terjumpa gambar ni...

Apakah tujuan nya ni?? Adoiii laaaa... memacam kan?


Pic dari : http://dornob.com/bizarre-bathroom-sink-fixtures-strange-or-sexy/

TQ

** RL... RUGBY...OLD NAVY... **

Salam kembali,
Kali ni citer pasal shopping online (hehehe tq ya papa sbb kadang papa yg tolong dahulukan RM)
Haih! Takde apa sangat nak cerita. Sebenarnya lately terlalu asyikkkk lah membeli belah kat Fadr di FB Elmeera Butik itu... Sungguh lah berbaloi. Ye lah ni pun sapa yg dah biasa bli online lah. Pada yg tak biasa tu mmg susah skit lah nak membeli online ni kan? Apa2 pun bagi diriku ni, membeli online ni lebih mudah :) Jenis kain dan ukuran semua telah dinyatakan. Pilih2 je lah...

So, ni desc. kat FB Elmeera tu : -

Welcome to Elmeera's little online boutique~ where everyone can enjoy their favorite designer merchandise at a reasonable price. Our product listed are 100% authentic n imported from USA :))
Pls contact us at:fadilah_ar@yahoo.com 012-5546901

So, Fad akan update web2 yg tengah sale. Kadang tu kalau rezeki murah sgt mmg sangat berbaloi. And now Fad masih lagi open order utk RL & Rugby ;)

Antara yg telah ku borong sebelum ini : -





Hahah itu antaranya sahaja :) Ada banyakkkkkkkkkkkkkkk lagi yg ku dah borong sebenarnya. Yg bestnya boleh bayar 2 kali (standard lah, 50% deposit and balance bila brg dah sampai Malaysia). Tp boleh je kalau nak bayar FULL..
Ok, apa lagi??? Layarilah FB - Elmeera's Boutique's sekarang! Dan jangan lepaskan peluang keemasan ;)

Tata :)

Wednesday, February 9, 2011

** ANGAN2 & IMPIAN **

Salam all :),

Tajuk tu macam lagu Raja Ema tu je kan? Hahahah alhamdulillah, tahun baru ni rezeki kami sekeluarga bertambah. Syukur dan terima kasih TUHAN !

Bila rezeki tu bertambah, mulalah sibuk duk pasang angan2 / impian... kiranya ada je benda nak ditambah.. hehehe. Alahai, pasang je impian ni... saja suka suki :) tak banyak pungggggg...

A) Impian pertama dan utama, nak persiapkan bilik Putri2 ku itu... gambar sebagai pembakar semangat.. ekekek.. Rasa memacammmmm sgt nak buat... Kiranya ni jadi impian tahunan lah sbb nak siapkan pun bukan boleh sekelip mata, kena slow2 agar puas hati.




B) Impian seterusnya. Bukan lah kata tamak haloba atau berlagak atau nak menunjuk.. tapi disebabkan rezeki itu ada, makan impian utk menambah tu ada lah. Hahahah impian nak mendapatkan rumah yg berkolam renang.. Dalam gambor ni kolam renang dia kat belah belakang rasanya.. hahahahah.. tp itu lah impaian yg ke 2 ni.. Rumah berserta kolam renang berserta guard! C) Dan... impian seterusnya... hehehehe. Mudah nak hangkut barang. Tp yg ni macam lambat je lagi kot sbb yg ada masih muat kami ber 5 yg kecik molek.. hahahahaa
D) Taraaaaaaaa... aci tak? Berimpikan utk nak tambah lagi for this year.. means to be deliver by this year :) sbb???? Haih! Dah nak meningkat usia dah ni rugi kalau tak menambah lagi. Esok dah tak larat memacam kompilasi plak... Ini pun impian jugaaaa.... Hahaha adakah daku tamak haloba????? (nengok baby ni teringan Iman kuuu)
Hik hik hik... itu je rasanya impian dan angan2 ku tahun baru 2011 ni. Semoga TUHAN mengkabulkan impian2 ini.. Insyaallah, perlulah berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNYA.
Nota : Gambar2 di atas sumbernya dari internet :)

Tuesday, February 8, 2011

** IRDINA DI SEKOLAH LAGI **

Hi semua,


Kisah Irdina ke sekolah lagi ni... Time ni masih berbaju biasa lg. Dan masa ni Irdina belajar mewarna dan mamanya sangat terkejut dengan kebolehan Dina yang pandai mewarna. Sbb nya kalau kat rumah dia mmg suka mewarna tp sangat comot! Huh! Tp kali ni mmg sangat sangat sangat sangat lah lawaaaa... Keep it Up Dina! Caya lah anak mama ni...



Lawa kakak Irdina warnakan sbb serata je :)




Jumaat Dina berbaju kurung :) Heheheh sopan dan ayu gitu...
Bekalan roti :)



Ops! Gelang tu mama lupa nak buka la plakkk..
Mujur tak hilang...

So far mmg Dina seronok g sekolah. Tp ada kalanya dia mengadu penat. Ye lah, 6.30 dah bangun mandi segala sampai lah jam 12.30 gitu baru balik. Pernah satu hari Dina mengadu dengan papa : -

Dina : Papa, kakak tak mau g school lah hari ni.
Papa : Kenapa?
Dina : Kakak penat la. Besok kakak g school eh?
Papa : (Hanya mampu tersenyum)

Hahahh bijakkk btol! "Hari ni" tu adalah hari Jumaat.. Dah kalau besok? Tak ke Sabtu? sabtu mmg lah sekolah pun.. Hadoii... Bijaks sungguh!

Ok tu je :)

** 2011 **

Salam kembali,
Azam tahun baru : -
Cuba utk update cerita sendiri dalam ni sekerap mungkin :) Heheheh Insyaallahhh
Ok, cerita pertama tahun 2011 ni pasal sekolah lah. Irdina tahun ni dah 4 Tahun.. Jadi kami hantarnya ke sekolah tadika area rumah je. Alhamdulillah, so far sangat ok dan dina paling menonjol. Haih! Jadi ketua kelas dahhhh... Ni hari pertama Irdina, sampai paling awal 7.15 pagi dengan rakannya itu. Balik paling lewat jam 12.30 gitu. Oh ya.. sekolah bermula jam 8 pg - 12 tgh hari je. Yuran setahun dalam RM850 gitu. Yuran bulanan RM120 and transport RM15. Tahun depan kena kira double sbb Imelda pulak akan masuk 4 tahun :) Takpe, asalkan mereka dapat belajar dengan baik. Insyaallah. Hari pertama Irdina belum pakai uniform sbb tailor Tadika tu silap jahit. Kesian juga pada Teacher Hayati sbb 2 - 3 kali reject gara2 jahitan tak kemas.


Ini antara nya : -


Hari pertama tak banyak benda pun buat. Sesi suai kenal dan main2 je dulu sementara menunggu tambahan pendaftaran pelajar baru.

Ok, nanti sambung lagi :)

** LAMA SANGAT TAK UPDATE **

Salam,

Lama sangat tak update.. banyak je cerita sebenarnya... lately bz... sangat bz... so skng ni cuba untuk menghapdate cerita... takde apa pun. Banyak kisah anak2 :)
Ok jumpa lagi dengan cerita2 ku nanti... Insyallah... :)

*Gambar sbg pembakar semangat je.. hahahah