Sunday, April 26, 2009

SELAMAT BERJUANG PERWIRA KU...

Perwira (Saloma)

Perwira...
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang
Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku.....


Selamat berjuang ya papa... moga papa peroleh kejayaan. Didoakan papa sentiasa bersemangat dalam berjuang!!!


Sebelum berjuang, peralatan ni amat perlu... untuk mempertahankan diri..


Ni senapangnya... wakakaka cesssss!!! Papa ni memang buat lawak. Rupanya minat baru papa skng ni "BERJUANG" MAIN PAINTBALL plakkkkkkkkkk... (ni sbb gara2 tak dapat PS3 lagi) Sebenarnya terasa tertipu juga. Memula papa bawa balik senapang ni kompius jap... "bila plak laki aku ada lesen pegang pistol besar ni???" haih! belek punya belek... cet!!! senapang tipuuuuuuu... sungguh daku tertipu...

So skng ni setiap Sabtu yg tak bekerja, papa akan layan game ni. Giler ah dia punya barang2...


Senapang nya
(dah add memacam tuh)

Ni "peluru" dia... hikhik

Ni gaya "peluru" dipasang...
Berat sehhhh!!!

Ni plak gaya papa nak pergi ber"perang"...
Ada gaya tak???

Ok, itu je. Kali ni tiap Sabtu papa akan bawa kami anak beranak g main paintball ni. Tp mama request main kat Desa Waterpark lah sbb sementara papa "berperang", mama leh lepak2 kat taman tema air tu....

All the best papa!!! I LOVE YOU!

Friday, April 24, 2009

KISAH ADIK... PUTRI IMELDA SOFEA

Haih, kalau sebelum ni kisah kak long, kali ni pula kisah adiknya ; Imelda. Alhamdulillah, Imelda mmg sangat sangat sangat senang untuk dikendalikan. Mudah sangat. Terima kasih ya sayang...
Mudah sbb mmg tak banyak kerenah. Lapar ke, bosan ke, demam ke... diammmm je dia. Tp lately tak larat nak layan Imelda asyik hisap jari.. waaaaa... jangan lah nanti tak lawa laaaa...
Kalau diberi susu dia menolak... last2 nak lelan tido mmg lah hisap jari... lepas dah lena je, cepat2 mama tarik jari tu...

Ni memula.. elok je main2... senyum2.. ok je...Hah! Dah start dah... pastu terus lena...


Yang ni pun sama... musti mau hisap jari.. adeii laaa...
Muka tu habis merah2 sbb air liur dia...


Hah! Ni plak kat Taska Shaz.
Masa ni demam... ada rupa macam anak Jepun kah???

Sekali nengok mmg lah macam anak Jepun... tp bukannn.. saya anak Malaysia... anak Megat Noorshani & Noor Azura...
Itu je...

Wednesday, April 22, 2009

KISAH KAK LONG IRDINA

Salam.


Kali ni cerita pasal Kak Long Irdina. Haih! Ni lah aksi2 Irdina setiap hari. Menunggu papa balik dari kerja. Selalu papa akan sampai dalam jam 7.45 mlm. Sementara tunggu papa, Irdina akan layan TV dengan adiknya Imelda...


Mana papa?
Masih setia kat pintu lagi.. main tarik2 langsir plak. Mujur tak "roboh" langsir tu...

Mama, papa mana?

Haih, papa lewat lagi. So baring dulu ngan adik... Imelda...
Mama! Papa... papa... papa...
Ni memamg tugas Kak Long hari2. Akan tolong papa masukkan baju ke baldi.

Adeii... macam berat je gaya nya tu... hehehe


Huh! Sampai juga kat baldi.. Nah! Kak Long akan masukkan bebetul dalam baldi seperti yg papa ajarkan padanya...

Upahnya... heheh main2 dengan papa...


Itu lah rutin harian Kak Long Irdina. Memang tugas dia lah untuk tolong papa masukkan baju dalam baldi. Kadang2 belum sempat papa buka baju pun, kak long dah minta...

Hai lah ... Irdinaaaa.... Irdinaaa...

Monday, April 20, 2009

PART 2 : RUMAH... RUMAH... RUMAH...

Salam kembali,

Lama rasanya tak citer pasal rumah. Last Saturday kami sekeluarga (hehe selalunya pergi dengan husband) pergi nengok rumah. Kali ni kami stay dari petang sampai ke malam. Papa nak nengok keadaan rumah di waktu malam katanya. So ok lah kan. sementara tu kemas memana yang patut.

Ni keadaan di siang hari. Sofa lum ada lagi ya :D


Ni kabinet yang baru beli. Nak buh pinggan idaman ni.
Huh beli pinggan2 ni setahun yang lepas.

Taraaa... dah siap susun. Belah kiri tu yg beli sendiri, belah kanan hadiah khawin 4 tahun lepas.Papa yang kasi idea susun gini.

Sementara tu papa & irdina pasang safety gate.
1 kat bawah. 1 lagi kat atas.
Ni pula keadaan rumah kami bila waktu malam.
Mak aih! Terang gilerrr.. itu yg papa suka...
Siap sekali pasang 1 langsir atas bantuan papa.
Ni pula bilik study papa.
Papa, ni nak study ke layan game/movie??? eerrkkk???
TV tu nanti plannya nak di gantung.
Kerusi study lum sampai lagi... adeii...

Ni koleksi kereta dari shell & juga tin/botol coca-cola yang unik bentuknya.
Semua tu masih ada airnya lagi. Papa cakap dia takkan minum.
Heheh terselit Gundam di situ. dah siap cantum ya...
Ok, ni kabinet dapur. Eeemm... kisahnya dapur ni lewat skit leh siap sbb kami ni banyak songeh. Hahahh memacam minta. So ni sikit je dulu. Yg lain masih dalam pembikinan. Takat ni mmg puas hati... insyaallah...

Keadaan di waktu malam.
Kabinet ni lum siap lagi.

Ok, itu je dulu takat ni. End this week kami akan tidur di rumah ni sbb Sabtu & Ahad ada kenduri kahwin anak jiran kami. Eeemm... rasa nak buat "bunga pegang" untuk pengantin lah. Nak tanya papa dulu...

Sunday, April 19, 2009

KAK LONG IRDINA KURANG SIHAT

Alahai, Kak Long Dina tak sihat dari hari Jumaat. Hari Jumaat tu masa amik dari taska ok je mama nengok. Then kami lepak kat rumah pengasuh Irdina (Kak Liza / Mama Liza) sementara tunggu papa balik dari kerja. Papa cakap lewat balik.
Masa duk menunggu tu kami makan ramai-ramai macam biasa. Lepas je makan, tiba2 Irdina muntah... muntah air saja... air susu yg dia minum & makanan yg dia makan tadi. 2 - 3 kali juga Dina muntah2. Adei la... papanya balik lewat plak. Lepas muntah dina terberak plak... cirit-birit...
Trus call papa dan inform keadaan dina. Fuh takleh jadi, kena hantar klinik. Then kami hantar je klinik. Dina mmg tak meragat sgt kalau tak sihat. Dia diam je. Mmg tak banyak kerenah.

Irdina masa kat klinik


Bila diperiksa gitu, Dina jadi gini sbb makan ubat antibiotik yang kuat. Menurut doktor tersebut, ada sesetengah antibiotik memang memberi kesan. Ubat antibiotik yang Dina makan tu untuk mengurangkan sakit telinga yang dialaminya sebelum ni. Mmg dia ada mengadu sakit telinga, so bila check ada sikit nanah dalam telinga Dina. Alahaiii kesian plak anak mama sorang ni. Tp bilik check kali kedua, dah beransur pulih. Alhamdulillah. So dina tak makan dah ubat tu. Skng ni ubat cirit - birit plak...
So, dalam weekend ni mmg Dina tak makan pun. Tggu esok hantar taska, kalau tak makan juga, memanglah papanya kena antar Dina ke hospital...


Ni lah gaya Irdina tido.


Moga Kak Long Irdina cepat sihat ya. Boleh main2 dengan papa & adik Imelda.Mama & papa sayanggg Irdina...