Saturday, May 16, 2009

SHOPPING & WINDOW SHOPPING

Minggu ni bawa anak2 jalan2 lagi. Tp dedua hari g tpt yg sama je. Sabtu gi ngok brg2 paintball papa then ke Ikano/The Curve.
Memula ke kedai paintball papa. Papa nak service "senapang" dia. Sambil tunggu, Irdina main/bergurau dengan Imelda. Gelak Imelda tuh!


Sementara tu juga papa ronda keliling kot2 ada brg baru nak tambah...
Macam biasa, Irdina akan follow papanya...


Ok, senapang dah siap service. Jom balik...


"Dina tggu kejap ya, papa nak amik car. Hujan ni..."
Tp macam biasa, dina tak diam nye. Musti mau nangisss nak ikut papa... (mengantok nak tidor pun ya gak tu)
Then kami makan-makan.
Imelda dalam Buggy je.

Minuman dah sampai. Dina ni belasah je air apa pun yg kami order...Huh! Dahaga sgt tuh!


Then kami ke MPH beli buku A B C utk dina.
Sibuk sangat nak bawa.
So papa suh bawa gaya gini.
Adeiii Gelakkkkk ngok gelagatnya.

Hah, memula sukalah dia...
Berlari-lari dengan gaya gitu...

Beg plastik jatuh pun, angkut gak cara lain.
Janji Dina yang bawa...

Time ni dah penat..
Dina marah mamanya yg duk sibuk rakam aksinya itu.
Pastu apa lagi... nangis nak susu & dukung...
Hahah last2 mamanya juga bawa buku Dina tu... :P

Tp, bila sampai rumah je, Dina sibuk ngan buku barunya itu...

Kalau jalan dengan anak2 ni mmg kena banyak sabar dengan kerenah dia. Kalau tak sabar mmg tak berjalanlah gamaknya.... Duk umah dendiam je... Tp, rasa bersyukur kerana Papa amat memahami keadaan kami. Walau anak2 buat hal pun, papa akan tetap teruskan jalan2.
TQ SO MUCH PAPA... WE'LL ALWAYZZZ LOVE YOU!

Thursday, May 14, 2009

CANTIK TAK?

Petang amik anak2 lewat skit sbb kuar opis lewat.. Smpai taska je ngok rambut dina dah di tocang rapii... cantik tak? Hahaha... mama Irdina pun tak rajin nak buat sbb rambut Dina ni nipis dan halussss sangat (ke mamanya yg tak reti???)


Tara... tocang rapi, 4 trus!!!
Ngan Irdina & Imelda


Kalau lambat balik dari taska je Dina sure nangis...

Ok... jom balikkk....

BAJU CHIFFON & CROCS

Salam kembali,

Haih! Rajin plakkkkk nak update ni... skng ni duk fikir nak berniaga je. Saja suka. Hahahh ada gak org nak berniaga ni saja suka ek? Bukan nak untung pun, sbb suka-suka je. Jadi kali ni saja try je jual baju gini. Baju tu dibuat dari kain chiffon. Lengannya ala-ala baju mcm CT tu lah. Kain nya plak satin. Nak bli sepasang boleh, nak bli asing-asing pun boleh. Saiz-saiz nya mcm baisa lah 36, 38, 40 etc... Kalau korang minat leh tanya. Harga? Sure korang nak tau harga kan? RM130 je utk sepasang (x-clude shipping).Kalau dapat murah lagi akan ku inform...Tp semua nya sementara stock masih ada ya... Ni ada sikit gambar. TQ to Sarah sbb jadi model... Ada potensikah diriku ini utk berniaga? Hahahah...
Yang ni kaler itam siap linning chiffon.
Saiz 36 (kechik macam diriku juga)
Ijau


Ijau gak
(tp yg ni takde linning, boleh pakai inner / tube)
Kainnya yg kat sebelah tu...
(SOLD)

Kasut corcs ni plak dah dapat. Tq kepada Ayien. Yeyy!!! Sukeeeee!!! Yang kaler purple macam nak kasi mama je tp mama ku muat kah???


Ok tu je... semuanya pasal shopping!!! Happy shopping to all!

Wednesday, May 13, 2009

CD - ONE SIZE POCKET DIAPER

Salam,
Lama juga duk aim CD ni. Selama ni duk survey harga 1 CD musti RM35++ belum masuk insertnya...Pastu tetiba sepupu sms kata dia jual CD ni. Murah2 boleh la... (hahaha biasalahkan, nak murah dan berbaloi). So, trus rembat CD ni 5 pcs. Harga 1 RM25 skali ngan insert. Beli yg stail ni senang skit, boleh adjust kecik besarnya....
Kalau korang nak dan berkenan, sila ke Blog Ibuaz ni ya. Mmg harga yang mampu milik :D. Lepas ni kalau ada lagi nak rembat lagi 5. Yg ni nak try kat Imelda dulu. Kurang2 nya boleh reduce beli pampers :D



Masa nak beli CD ni pun tanya dulu pada Ibuaz tuh. Hahah panjang berjela keterangannya. Puas hati sbb saya faham cikgu :D
Tq kepada Ibuaz.

Tuesday, May 12, 2009

IRDINA SOLAT ZOHOR

Salam,

Hahah baca tajuk je musti mau senyummmm.. Ye betul tu. Jam 3 petang tadi dapat sms dari Teacher Shaz berbunyi...

"Dina solat Zohor tadi :)"


Alahai... senyum lebor mamanya pun. Bila dah ramai-ramai solat, lagi seronoklah Irdina nak ikut. Kalau kat rumah pun time mamanya nak solat, kena bentang 1 sejadah untuk Dina... tak main kongsi-kongsi nih.

Eloklah tu Dina. Kecik2 kalau nak ikut dah bagus. Bila dah sampai masa perlu solat Dina kena solat. Kalau Dina tinggal solat, mama & papa akan sebat tapak kaki Dina. Ingat tu!

Ni lah gaya Dina solat tadi...

Semoga Putri Irdina Sofea akan mejadi anak yang solehah serta selalu mendoakan kesejahteraan mama & papa... INSYAALLAH...

Friday, May 8, 2009

TAHNIAH CIK LAN!

Tahniah...

Heheh... ye Tahniah kepada Pakcik ku yang telah dinaikkan pangkat. Alhamdulillah... rezeki. Selama ni Cik Lan kerja berlainan unit dengan anak buahnya ni. Pastu, transfer sana, transfer sini... alih2 duk 1 unit dah skng ni. Tak kisah lah, masa kerja, buat cara kerja lah kan? Takde apa yang nak di kepohkan pun...

Tapi yang lelebihnya orang lain la plak. Bila Cik Lan naik pangkat duk 1 unit denganku, haih.. semua sibuk lah duk bercakap sana-sini. Sungguh tak suka bila org tau CIk Lan tu pakcik ku. Selama ni pun mmg kami tak cakap pun pertalian kami. Tp ada sesetengah yang dah tau tu, abislah duk cerita...

Biaq p lah.. asal mereka bahagia... :D


Ni gaya BOSS...

Hai Cik Lan, bila nak belanja makan nih? Heheheh

Moga Cik Lan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Kerja di unit baru ni amatlah mencabar sekali. Tapi itu semua yang akan buatkan kita tambah pengalaman.. Elesss... macam CIk Lan tak pernah duk unit ni je kan??

To Cik Lan... ALL THE BEST!!!!

Sunday, May 3, 2009

JALAN-JALAN @ KLCC

Salam kembali,

Nampaknya dah lama sungguh tak menulis di sini. Kali ni kisah kami sekeluarga ke KLCC sempena Labour Day bebaru ni. Ye lah, bawa anak2 jalan2. MMg dah lama tak bawa anak2 berjalan ni.. almost 3 months! Mamanya pun naik bosan duk umah tiap kali ujung minggu. Bukan lah duh umah semata, tp duk menjengah rumah kami nun di sana. Skit lagi nak siap. Tp tak sure plak nak pindahnya bila. Tunggu papa je bagi arahan :D Kalau papa kata "Ok, jom pindah" ikut je :D

Ni aksi Kak Long Irdina dlm Isetan. Masuk2 je Isetan tu, ada tempat mainan, apa lagi.. trus lah dia duduk dan main. Papa pula ronda tempat lain dengan Adik Imelda. Dah abis mama snap gambar ni semua, baru guard dtg kasi warn... takleh amik ggambar. Eeemmm... takleh amik gambar eh? Mama pun tak tau. Yang pasti mama sempat rakan aksi anak mama sorang ni tgh main... Memang kyusuk sungguh dia main. Suruh senym pun buat tak tauuuuuu je....


Bila dah penat duk rondah dalam KLCC, kami kuar pula lepak kat depan air pancut... Cadangnya nak bawa dina main kat taman permainan, tp disebabkan lewat keluar dari KLCC tu tak jadi lah. Lepak je kat sini...



Asyik gambae Dina & papa je... mama pun nak juga... Huh buat tak tau je Dina...

Adik duk dalam buggy je. Tu adik duk asyik nengok pokok bergoyang...

Ok.. last... ngan papa...

Ni aksi Dina dalam KLCC.. adeii teleng plakkk kepala nak nengokkk....


Ok tu je. Bila on the way back, tetiba papa cakap... "I tak suka sebenarnya g KLCC, tak banyak kedai" Adeii... ni papa yg nak jalan atau nak bawa anak2 jalan? Hahahah takpe lah papa, lain kali kita g tempat yang banyak kedai ya... Apa2 kami kami ucapkan terima kasih pada papa sebab sudi bawa kami jalan2 walaupun papa penat bekerja pada belah paginya...

WE LOVE YOU PAPA!!!