Saturday, June 20, 2009

**PART 2 - BIRTHDAY PARTY**

Alhamdulillah, akhirnya segala yang kami rancangkan semuanya berjalan lancar pada hari kejadian... semalam lah :D Jumaat 19hb Jun 2009. Syukur alhamdulillah, walaupun boss2 sema terpaksa haidr important meeting pagi tu, tp beliau sempat masuk kejap untuk memberikan sedikit ucapan.... TQ BIG BOSS!!!

Emm... semua ok... sangat ok dan sangat enjoy! Kebetulan pula system down, jadi kami dapatlah me"release"kan tension. Ye lah, maklum je kami ni unit yang selalu dikejarrrrr vendorrrr... Hahahah mmg tak de masa nak bersuka-ria gaya gini.

Aku? Mmg terasa sangat penattttt bila sampai rumah. 1 badan lengoh... sendi segala lah. Dah lah hari tu pikul D200 seharian. Sampai habisssss batt dibuatnya. Fuh! Puas hati lah dapat amik ngan D200... sangat best! Tp D200 tu bukan aku punya daaaa.. D200 tu EMY yang punya. Hahah aku entah bila nak ada D D ni bagai... haah Skng ni pun masih rasa lengohhh tangan ku ini. Lengoh gilerrrr kat bahu aku nihhh.. mcm nak tercabut!

So, korang enjoysss lah antara gambar pada hari tersebut. Tak mampu lah nak buh semua. Jenuh ada 500+++ (tp mcm biasa lah, tak semua jadi :P)

AJK yang sporting giler!
TQ Guysss!!!
( Ada 2 org takde, sbb kursus tp dah siap snap kat PART 1 duk siapkan belon)

Sebelum mula, ada yg dah bergambar
Eeemmm, ada pantun yang aku sediakan pada hari tu.. Ada lebih 10 /20 rasanya. Pantun untuk setiap menu pun ada disediakan. Pantun2 tu kami lekatkan berdekatan dengan menu. Nanti PART 3 akan ku bubuhkan pantun2 tu.


Ni depa duk baca pantun.


Ni dah nak mula makan.
Korang nak tau 3 org jejaka ni adalah antara 4 jejaka je yg ada kat tpt kami.
Lain semua pompuan...
Pastu 2 kontrak staff tu dah nak tamat plak
Yg nak terbang tu Fisha yang tgh pregnant... she so happy!!!


Time ni tgh nyanyi lagi Memori Tercipta (Shila OIAM2)
Giler sedih... aku pun nangissss


Ucapan dari kontrak staff, Zety (menitik air mana)

2 jejaka yang bakal meninggalkan kami... :(

Last but not least, depa bergabar dengan hadiah yg kami bagi.
Sporting gilerrr memasing time nih!


Aku yang penatttttt
Penat siapkan segala
Penat dukung D200

Apa2 pun mmg puas hatiiiiiii dengan majlis tersebut. Sangantberjalan lancar dan sangat sangat sangat gumbira!!!

Will miss you all guysss! Moga korang dapat kerja tetap ya lepas nih... :(

Thursday, June 18, 2009

**PART 1 - BIRTHDAY PARTY**

Salam kembali,

Lama rasa tak update. Busy dengan report pun ya, busy dengan nak prepare birthday party pun ya. Mmg btol, kat opis unit ni mmg ada nak makan2 time Quarter. Tp guna budget kami sendiri... heheh mmg lah kan. Kali ni tetiba pila terpilih utk menyiapkannya tp kali ni ada 3 in 1 lah. Maksudnya dalam 1 majlis ada 3 perkara yang diraikan serentak iaitu : -

1) Birthday lah (kiranya kakitangan yg b'daynya pada bulan Apr, Mei & Jun ni diraikan)
2) Jamuan perpisahan utk staff kontrak
3) Perpisahan jugalah kepada salah seorang staff di sini yang telah dinaikkan pangkat.

Huh! Bila dah kena jadi AJK tu, maklum je lah. Kami ni kat mmg tiap quarter akan busy se busy busy nya... Tp utk majlis ni, kami AJK gagahkan juga nak menyiapkan semuaaaa ni.

Macam biasa, kali ni kami pilih tema PURPLE & PUTIH. Jenuhhhhh nak dapatkan belon kaler ni je. Tapi akhirnya dapat juga lah. Sangat lah puas hatiiiiii. Jadinya sepanjnag seminggu ni mmg prepareeeeeeee je lah. Sbb majlisnya Jumaat 19hb Jun 2009 ni...

Tempatku yg bersepahhh
Belon dah sampaiii...


Sesi meniup belonnn
Berjaya meniup 100 belon dlm masa 2 hari.
Well Done to all!

Masa untuk menggantung

Hahahah nak gantung belon pun siap posing!

Taraaaaa... siapppp!!!

Meja hidangan pun disiapkan juga dgn hiasan.

Tak lupa... ni hadiah yg bakal diberi nanti.
Pembalut pun purple juga lah!

Di samping menyiapkan perkara2 di atas tu, eeemmm... kepala ni juga pening memikirkan pantun. Dan... aku berjaya menyiapkan pantun yang dikehendaki. Ada kira2 20 rangkap pantun juga yang ku sediakan. Mana taknya, 8 je utk kontrak staff tu. 1 utk yang naik pangkat, pastu lebih nya pantun utk setiap hidangan yang disediakan dan ada juga pantun yang diselit dalam teks MC. Huh! Gilerrr ah! Akan ku sertakan pantun tu ya... Aku pun tak sangka sampai banyak tu aku siapkan pantun. Tp puas hati sbb hasil kerahan idea ku sendiri.....

Ok nanti sambung PART 2 plak ya...

Monday, June 15, 2009

**BORONG KAIN & MEMASAK**

Salam kembali,

Rasa lama plak tak menulis di sini... heheh. Nak citer pasal shopping lagi :D Biasalah kan? Shopping tu = perempuan :D

Last Friday sempat terjah SOGO & AKED kat Jalan TAR nun di sana. Kami ni walaupun hari Jumaat, tp lunch hour tetap 1 jam sahaja. Tapi pada Jumaat lepas dapat pelepasan dari boss seawal 11 pagi dah gerak untuk "membeli-belah". Korang jangan salang sangka ek, beli-belah untuk opis juga sbb this Friday ada party skit. Jadi kami2 yang pergi ni adalah AJK lah kiranya.

Skng ni kan fesyen kain chiffon 2 meter 2 meter lagi kain biasa je (tak tau nama kain apa). Jadinya mmg kami kena beli 8 pasang lah untuk diberikan kepada rakan kerja kami. Harga? Huh! Di luar jangkaan ku. Yelah sbb beli sampai 16 pasang kan? Huh! Korang rasa lah berapa harga untuk sepasang yg aku dapat hari tu? Cuba teka... hehehhe


Ni dia lambakan kain2 tersebut.
3 je aku nye lain semua nak kasi sbg hadiah.
Beg Elle RM59 dari harga RM170

Weekend sahaja mama Irdina & Imelda ni sempat masak. Kalau hari lain mmg lah beli saja. Itu pun kalau kami rasa nak makan. Sabtu papa bawa ke Restoran Ikan Sungai... mmg lah sedapppppp....Hari Ahad mama nya masak skit. Jam 10 dah masuk dapur, 11.30 siap... Kena siap awal sbb 11.30 nak ngok Busana@TV9, then 12.30 ngok Melodi@TV3.

Pagi tu dalam jam 10 gitu dapat sms dari MamaTisya katanya citer "GUGU GAGA ERRA" tu akan ada ulangan jam 1.30@Atsro Ria.. TQ MamaTisya ya sbb sms... Mmg yg siara Selasa lepas tak ingat langsung masanya.... Jadi, apa lagi... mmg terus2 lah mama Irdina ni ngadap TV. Kain baju mmg dah siap sidai semalam lagi. Jadi mmg takde masalah... Releksssss je lah lepas memasak...

Taraaa... menu hari Ahad.
Kari Udang, Drument & Pedal goreng
Sayur Goreng

Sekali papa makan 2 pinggan daaaa.. hehehe maklumlah penat berjuang :D Main PAINTBALL laaaa...

Ok layan je lah topic kali ni...

Thursday, June 11, 2009

**NEW STOCK BAJU TIDUR**

Hi all,

Ni ada new stock baju tidor kat blog Lovely Sleepwear. Gambar bawah ni ada lah utk saiz 2 (sesuai utk 1-2 tahun). Details ukurannya, sila ke Lovely Sleepwear ya. Stock utk saiz lain ada dlm blog itu. Kalau ada memana berkenan, boleh roger kat Dianna (empunya blog, i ni sleeping partner je.. heheh kononnn) atau boleg Gtalk ngan saya di cutenye226@gmail.com

Tq kepada En. Saiful di atas gambar2 ini.

Selamat bershopping!!!

**IRDINA DI HOSPITAL**

Salam kembali,

Minggu ni minggu yang mencabar kami lagi. Hai lahhh.. Dina demam tak kebah2. So terus papa bawa Dina ke hospital check lagi (b4 that dah 2 klinik dah g pun, ubat pun nak habis dah makan tp tak bebaik juga) Amik darah...tp kena tahan ward! Sbb darahnya tak stabil. Alahaiiii Dina, b4 this masa mama ngandungkan adik dalam 7 bulan gitu, Dina warded perkara sama ni juga...
Ok, takpe lah. Asal sihat seperti biasa dah syukur. So, papa yang tunggu & bermalan di hospital bersama Dina (tq so much my husband, LOVE YOU terlalu banyak membantu dalam hal2 anak. Kadang mama goyang kaki je.. hehehe). Bilik penuh plak, tp after lunch baru dapat bilik yg ada 2 katil. So semalam papa tak mau dok hospital, boring katanya (walaupun bilik tu dah ada TV, tp ye lah... hospital...) Jadi papa & Dina balik malam tadi lepas Dina dah diberi ubat segala. Hari ni hingga Ahad, Dina perlu berulang-alik ke hospital utk diberi ubat. Papa juga yang akan bawa Dina.
Petang semalam lepas mama kerja trus amik Imelda di taska. Lepas maghrib kami 2 beranak ke hospital. Mujur hospitak dgn rumah dekat je. Hospital ni juga tpt mama bersalinkan Dina & Imelda...

Imelda bila di agah.


Then kami ke hospital Dina tidor. Kesian anak mama sorang ni.. kurusss...
Batok-batok...

Gaya kakak rindu ngan adiknya.
Asyik berguarauuuu je Dina.
Sayu plak ngok 2 beradik ni...
Habis Dina gomol2 Imelda

Lepas puas bergurau, dedua tido.
Mama bergambar ngan anak2
Papa balik umah, mandi kejap
(padahal kat bilik tu ada je bilik air, rumah juga selesa. Mujur dekat)

Pagi tadi jam 7 Dina dah ke hospital amik ubat dengan papa. Karang jam 2 ptg dan last jam 9 mlm. Semua papa uruskan...
TQ SO MUCH PAPA! Moga papa sihat selalu & semoga Dina cepat sembuh....

Wednesday, June 10, 2009

**MEMBELI KAIN**

Hahahahah,
Skemaaaaa je tajuk kali ni. Tp itulah hakikatnya. "Ompompuan" mmg tak lepas dari aktiviti beliannya.. hahahahah....Jadi, belian kali ni mmg jauhhhh... Jauh nunnnn dari seberang. Kain ni dari VIETNAM. Mmg lama teringin nak kain cotton ni. Dapat juga buat raya kali ni. Tq kepada Diyana PCM kerana telah berusaha untuk menjadikan impianku menjadi kenyataan... hahahah
Yanaaaaaaaaaaaaaa... TQQQQQQQ... baca tau blog aku nih... hehehe
Tapi nak mintak tolong korang pilihkan, yang mana sesuai utk dina antara kain yg bunga purple dan sebelahnya tu.
Photobucket
TQ

Tuesday, June 9, 2009

**FATHER'S DAY CONTEST**

Father's Day Contest anjuran MAMATISYA.



contest ni bermula pd 1 June-10 June 2009

contest ni akan di tutup pukul 2pm on 10 June 2009

keputusan akn diumumkn pd 11 June 2009

Syarat2nya adalah seperti berikut:
1. Add blog MamaTisya di bloglist anda dan menjadi FOLLOWER MamaTisya serta upload FATHER'S DAY CONTEST as a banner di blog anda.
2. Buat entry khas ngan tajuk FATHER'S DAY CONTEST & upload gmbr anak anda bersama ayah/daddy/bapa/babah/walid/abi/papa masing2. Sertakn perkara2 berikut:

Nama ayah & anak
Umur anak (tiada had umur )
citer la skit psl gmbr yg dipilih dan dh ada plan ke nk celebrates kt mn?
3.Dalam entri itu pastikan anda mention dan link ke MamaTisya(no link back will be disqualified).Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini, nanti senang MamaTisya nk view entry korang.

4. Pemenang akn dipilih berdasarkn gambar yg menarik & melambangkn kasih syg seorang ayah kepada anak.Keputusan juri adalah muktamad.Hanya 2 pemenang akn dipilih.

INI GAMBARNYA...

Nama Papa : Megat Noorshani
Nama anak : Putri Irdina Sofea
Gambar ketika hendak pulang dari Langkawi tahun lepas. Irdina mmg manja pada papanya. Semua perkara musti mau ada papa...


Nama Papa : Megat Noorshani

Nama anak : Putri Imelda Sofea

Gambar ketika papa baru balik dari kerja. Papa mmg akan trusssss main2 ngan imelda dulu. Then tukar pampers / baju tido... Kemudian papa baru mandi.

Heheh macam biasalah, mamanya mmg tak mandikan / tukarkan pampers putri2 papa ni. Mmg sedari awal papa yang buat semua. Mama akan buat semua tu jika papa tiada je... (tp selalunya mama akan tggu juga hingga papa ada, hehehe. Tq ya papa :*)

Sebenarnya mmg banyakkkkkkkk gambar papa dengan putri2 nya. Ni juga sebagai tambahan papa bersama kedua org putrinya sejurus lepas balik kerja...

Itu je. Tq MamaTisya atas contest ni!

Saturday, June 6, 2009

**NAK KASI HADIAH KAT KORANG.... "BLOGGER"**

Salam semua,

Peraduan "TEKA UMUR" telah bermula (refer sticky mode) Silalah teka umur anak2 kami berpandukan 2 gambar yang diberi pada ruang tersebut. Kiranya umur Irdina & Imelda time gambar tu di ambil lah.. heheeh teka ya...

Peraduan ni saja suka diadakan sempena b'day ku pada 22hb Jun 2009 ni. 2 hadiah utama serta cenderahati akan diberikan dan..... ni hadiahnya. Hahaha memula minta papa sponser 2 jer, tp papa belikan 5 utas jam tangan. Rezeki korang lah weiii...


Apa2 pun nak ucapkan TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA TO MY BELOVED HUSBAND DI ATAS HADIAH2 INI... I LOVE YOU... Muhasss....

So? Apa tunggu lagi... JOM TEKA!!!

Friday, June 5, 2009

** DULU KECIK, SKNG DAH BESAR SKIT **

Hahahah, akhirnya berjaya juga nak mem"besar"kan column blog ku ini. Itu pun setelah berjaya memahami TOTURIAL CEERA ni. Memang sangat sangat sangat berguna blog beliau ni. Tau blog ni pun sbb Azaja yang kasi tau :D
Sebenarnya Ceera kasi tau camna nak buat 3 column, tp daku godek2 dan faham2 maksud HTML tu then main "try & error" je edit... Blasah jugaaa... tapi jadikkkkkk!!! USAHA TANGGA KEJAYAAN! So, best lah skit nak menulis banyak2... Yahhoooooooooooooooo. So, kalau sesapa nak pelbagaikan blog korang, refer lah CEERA tu ya.
TQ CEERA!

Thursday, June 4, 2009

** CUCI JAMBAN **

Pertama-tama sekali nak minta maaf pada YANA sbb lambat benor den nak selesaikan TAG dia ni. Ni pun sbb ternampak namaku di dlm blog nya itu.

Moh le jawab ye :D

1) BILA KALI TERAKHIR CUCI TOILET?
Setiap kali mandi musti sental bilik air. Haih, takleh ngok bilik air kotor skit nanti geli nak masuk. Kalau korang nak tau, den ni mmg sensitif bab bilik air ni. Kalau g bilik air umah org sure intaiiiii je dulu sebelum terjah. Kalau x selesa, mmg ah tak guna. Maaf ya...

2) PENCUCI APA YG DIGUNAKAN?
Wajib guna pencuci bilik air dari cosway. Sbb tu kalau ada offer je, rembat 2-3 set trus. Ye lah, selalunya cosway jual stail buy 2 & get another 1 less price kan? so mmg rembat selalunya 3 set buat stock. Kadang ada juga kasi mama & kakak nana. Pencuci cosway tu sangat best sbb tak perlu sental beriyyaaaa....

3) DALAM 1 MINGGU, BERAPA KALI MOP LANTAI?
Huh!!! Soklan ak hengat! Seminggu sekali yo den mop, iaitu uung minggu. Yellah, wanita berkerjaya kan? Mmg je weekdays tak sempat.

4) APA TUGAS TERAKHIR ANDA SEBELUM MENJELANG MALAM?
Amik anak-anak kat taska

5) APA MENU HIDANGAN MAKAN MALAM PALING SIMPLE?
Burger jer

6) MINUMAN SELALU DIBUAT WAKTU PAGI
Nescafe... wajibbbbb...

7) SEBELUM TIDO APA YG AKAN DILAKUKAN?
Yg pastinya sebelum tidor kena siapkan beg anak2 ke taska supaya esoknya ak kelam-kabut

8) HARUS JAWAB TAG
Haruskah aku menTAG kawan2 ku? Takperlulah ya...

TO YANA, tq ya TAG aku. Maknanya daku masih lagi dalam ingatanmu....

Kepada sesiapa saja yang telah menTAG diriku ini, harap dapatah kalian inform ku di sini. Kadang mmg tak sempat je nak terjah blog korang tabahan internet sgt lah tidak memuaskan di opis tu... semuanya kena block! Tensi!!!

TQ

** CD DAH SAMPAI **

Yeayyy...

CD dah sampai. Ada new stock kat KEDAI IBUAZ. Sila hubungi IBUAZ kalau sesapa nak bli. Murah je RM25 utk CD+Insert (tp excluding pos ya)


Selamat membeli...

** IRDINA PUN DEMAM **

Isnin baru-baru ni cuti. Saja cuti sbb tak apply lagi cuti gantian Hari Wesak masa bulan 5 hari tu. Lepas pergi membeli-belah di HYTEX tu, dapat call dari Taska Shaz menyatakan Irdina & Imelda demam.
Jadinya, sejurus selepas membeli belah tu, trus ke Taska nengok Irdina & Imelda. Lepas kasi Irdina makan ubat, elok je dia. Then bawa Irdina jalan ke Jusco AU2 utk main2 lah. Main belon besor ni... RM 5 per entry untuk umur 2 tahun ke atas. Mulanya akak tu minta try dulu takut2 dina takut lah kan, eeemmm... mmg ya pun Dina takut main kat sini sbb dia selalu je jatuh dan dia tak dapat nak imbang badan lagi. Maklumlah, anak2 yang lain main lompat2, so mmg lah benda alah tu bergoyang... Apa lagi.. melalak lah Irdina... hahah trus keluar dari situ. Mmg patut pun akak tu tak minta bayar dulu...


Disebabkan Irdina tak mau makan hari tu, so bawak lah dia ke A&W dan dina makan kentang je... puas dah pusing Jusco tanya apa dia nak... semua geleng kepala "amau" katanya. Last2 A&W je lah.
Then minta "lelon" sbb Dina nak main sambil makan2 :D.
Gaya Dina bila "lelon" terlepas dari tangannya. Heheheh

Then ada 1 sudut kat A&W tu ada sorang budak ni duk menyelesaikan masalah mainan yang kotak2 ada banyak warna tu (alahh.. yg ada dlm blog shana tu lah). Senang je dia selesaikan blok2 tuh. Kejap jer. Terrorrrrrrrr lah bagi aku budak ni. Lepas dah selesai, then kawan dia rombak balik, then dia selesaikan semua... gilerrr ah!!!
Dah selesai makan semua, kami 2 beranak balik trus amik adik Imelda...

** IMELDA DEMAM LAGI **

Anak mama demam lagi... Ni Imelda yang demam malam tadi... Tengah malam tadi ok dah, tp demam balik pagi ni.... Hai lah, demam nak pandai apa tuh???

Saya Imelda yang sedang demam... huhu
Moga Imelda cepat sembuh ya...

Wednesday, June 3, 2009

** IMELDA WITH AUNTIE SUE **

Huh!
Semenjak internet problem ni, maleh btol nak melayari web2 kegemaran ku. Tp tetiba tadi tergerak nak buka 1 topic kat PCM ni (walaupun asyik lah bengong, refresh berkekali) tetiba jumpa gambar ni :D

Gambar ni di ambil masa kat umah parents Ayien sempena birthday anaknya, JAY.. TQ SUE! Anakku bermata bolat!!!!
Putri Imelda Sofea with Untie Sue

Monday, June 1, 2009

WAREHOUSE HYTEX

Huh! Minggu ni rasa mcm minggu shopping je, hari2 shopping. Tp shopping takat warehouse boleh lah layan. Tadi je Hytex Warehouse di Kepong. Kebetulan cuti... SO pagi ikut papa g kerja sama-sama... Dan seawal 9.45 dah sampai :D Tggu kejap kat luar sementara papa pantau kawasan situ. Ye lah mmg dah stail kerja luar ni ada je lah nak cari kerjanya...



Tu dia... papa masuk dulu.. hehehe
Ni keadaan dalamnya.
Kali ni buka 1 pintu je... GATE 3

Kali ni Hytex tak berapa syok lah kalau nak compared ngan last year. Tp ok lah utk buat baju basahan je... So, ada

Ok tu je.. minggu ni minggu shopping!!!

NAK UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PAPA SBB PAPA YANG BELANJA KESEMUA WAREHOUSE KALI INI.

TQ PAPA WE LOVE YOU!