Sunday, March 15, 2009

HARI YG. MEMENATKAN & JUGA SEDIH...

Salam...

Fuh! hari yang memenatkan (penat ke???) pagi dah bangun. jam 7 dah siap sidai baju. Irdina dah bangun then nengok cartoon. Imelda masih tidur. Lepas sudah sidai baju, ngemas rumah skit then mandikan dina. Keluar g bli breakfast... hai... tak pernah2 bli roti canai ada no giliran, pg tadi ada plakkkk no giliran. Ramai org benor. tp hahah silap nombor plakkk. Patutnya giliran 63, tp bila org kedai panggil no 53, selamberrrr je amik roti canai.. mujur empunya nombor tak marah... selamatttt.Alah, bukan banyak pun oder nya, 3 keping je :D

Lepas breakfast, ngemas rumah jam. Imelda dah bangun pun. Kesian anak mama tu, diammm je dia. So disebabkan dia diam, mamanya cecepatlah mengemas rumah. Mandikan Imelda pastu dia tido balik.

Selalunya hari Sabtu mmg akan ke Rawang nengok rumah yg dalam progress. Tp ari ni mmg tak g lah hujan dan rasa penat pula. Jadinya ambil ke sempatan sesiapkan langsir utk rumah tu. Siapkan apa je... masukkan cangkuk besi kat langsir je :D langsir dah bli ready je kat Jakel masa sale ari tu.

After lunch, jam 2.30 kami semua tido. MEmasing penat sgt. Jam 4.30 baru bangun.. fuh! sungguh lamaaaa... mandikan anak2 then terus ke rumah ayah nak ambil brg2 utk di bawa ke Rawang esok. Angkat sikit2 juga bebarang yg boleh masuk keta.

Yg menyedihkan bila sampai umah ayah... :(( abis album kawinku di makan anai2. Gambar2 yg belah bawah album dah mula dikunyah oleh anai2 tu. Mujur album mahal tak kena lagi. Tp tetap sedih, ye lah, album khawin kan? So, papanya me"loading" brg masuk kereta, manakala mamanya duk menyelesaikan album yg digigit anai2 tu... wwaaaaa.. sedeyyy... makan ribu semua album tu... Huh! ada hikmah juga berkeras nak ambil brg. hari ni. Kalau tunggu2 lagi, mau nya tinggal debu je nanti.

Jam 12 sampai umah & ngemas lagi (tak habis2 mengemas). Mesin kain & lipat kain. Kerja opis yg di bawa balik dah siap! Siap semak je :D 1 fail tu ok but another fail sgt lah tak ok... Isnin kena kasi staff baiki balik...

Dan..... lepas lipat kain, ni baru ada peluang nak update blog & nak baiki skit blog lagi satu tu... jual baju kanak2 lah..

Ok, itu je hari ni. Daaaaaa

Friday, March 13, 2009

HARI YANG MEMBOSANKAN

Salam utk. semua,

Huh! Hari ini hari yang cukup membosankan di pejabat. Bosan sbb kena check report yg sangat sangat sangat memeningkan kepala... tp nak buat camna, kena check juga. Eeeee.. tak sabar nak balik jumpa family... hujung minggu plak tu.

Syukur sgt hari ni kerana penjualan baju tidur kanak-kanak terjual dengan cepatnya.. best! permulaan perniagaan yang cukup memberangsangkan. Hahaha baru je upload new stock lewat malam semalam, then ari ni tinggal 4 pasang je... Boleh ke Dianna Dream Wear utk cuci2 mata. Memana berkenan boleh rembat! Hai.. rasanya stock kena update every week ni, baru best! Nak kena inform Kak Na nampaknya...

Gambar 2 ni antara baju dari DIANNA DREAM WEAR
Image Hosted by ImageShack.us


Cerita pasal Imelda plak.. alahai kesian sgt sgt sgt kat anak mama sorang ni. Mukanya dah mula merah2 gara2 mamanya makan telur. Nampaknya mama tak boleh makan masakan berasaskan telur lagi lah ni. Habis naik "ekzima". Samalah dulu macam Irdina, mmg kena jauhkan makanan jenis ni. Kalau tala juga alamatnya menggaru lah si Irdina tu...

Imelda lagi... kesian anak mama. Main sorang2 je dia malam tadi bila mama siapkan kerja2 rumah. Alih2 dah tido :( Kebetulan malam tadi papanya ada kerja malam pula, jadinya mmg lah tiada siapa yang melayan. Kakaknya Irdina layan Mickey Mouse. Selalunya, kalau papa ada, mmg papa akan layan kedua2 Putri nya itu....

Ok lah... nampaknya kerja2 check - menge'check' ni harus di bawa balik rumah. Tak daya nak nengok dah. Fikir nak balikkk je ni. Kalau tak bawa balik, mmg kat umah tak lena tido plak duk fikirkan kerja2 yang tak sudah...

Ok tu saja utk setakat ini. Nak mengemas utk baliksss... mata dah mula mengantukkkk....

Thursday, March 12, 2009

SALAM UKHUWAH

Salam sejahtera utk. semua,

Hehehe telah sekian lama memerhatikan blog / web / fp kawan2, dan terlihat blog my beloved sister yg cun tu, tiba2 tergerak je nak buka/buat blog sendiri. Tapi kena slow2 lah sbb tak reti sgt. bab blog-memblog ni. Ini pun masih baru lagi.

Apa yang nak dikongsi di sini bukan lah ada apa sgt. Mungkin blog ini akan menjadi sebahagian daripada teman berbicara... ye lah, kot nak lepas geram / tension / sedih / gembira... semua di sini... Insyaallah, mungkin blog ni tak lah selalu di update macam kawan2 lain.. bila ada cerita rasanya baru nak update..

Jadinya untuk permulaan, inilah dulu hasil blog ku ini.. nak bubuh gadgets lelebih pun tak boleh. Haruslah bubuh yg mana boleh dilihat oleh author je....

Ok... itu je sebagai permulaan sebuah blog ku ini...