Friday, July 3, 2009

** RAWATAN 1 BADAN **

Salam kembali,

Aduhhh... lately badan sesakit. Belasahh badan buat kerja tak ingat donia... hahaah... Pastu semalam dah tak larat sangat nak menahan kesakitan ini, maka dengan itu saya telah meminta En. Megat membelanjakan saya untuk memanjakan badan ini di Euro Sense Hub di Wangsa Maju. Alahhh... berdepan dengan Restoran Amy Search tu lah... HUB ni tepi sekali. Masuk2 dari bulatan kecik tu mmg nampak lah HUB nih...Jadinya, En. Megat telah membelanjakan daku untuk berurut di sini sebanyak 8 kali. 1 sesi RM100 selama 1 jam (standard lah tuh kan) tp dia ada buat promotion....Fuh! Best! Smalam 1st urut dan rasa segarr skit...... Kalau korang nak memanjakan diri boleh ke sana ya. Tel : 03 41423236/7

Sementara menunggu bilik disiapkan

Minum Tea dulu... Ni coffee bar nya...
Ni laluan nak ke bilik mengurut.

Gambar bilik tak sempat snap. Tak larat dah sbb nak urut sesangat dah niiiii....To my husband.......

TQ darling sbb bawa g urut semalam. I LOVE YOU FOREVER!

Thursday, July 2, 2009

**IRDINA & IMELDA**

Saja nak buh gambar latest anak2 pada 16th June 09... Irdina & Imelda...

PUTRI IRDINA SOFEA

PUTRI IMELDA SOFEA

Irdina dengan sepupunya... Nadhiff & Nasrrazin


Sekian.

Tuesday, June 30, 2009

**TAHNIAH - KEPUTUSAN PERADUAN TEKA UMUR**

NI STICKY MODE

SESIAPA YANG MENANG TU PLS KASI ADD BY 4th JULAI 09 NI YA
KALAU TAK KIRA TAK DAPAT LAH...
Haih! Nak kasi hadiah nih. Tak mau kah???


Salam all,

Terror juga korang teka ek? Walaupun tiada yang dapat meneka dengan tepat untuk kedua-dua putri kami itu, maka En. Megat telah memilih peneka yang paling hampir lah. Walaubagaimana pun, sayang sangat sbb ada di antara peneka-peneka yang mmg meneka palingggggggg hampir, tp...... tak cukup syarat pula. Maka kira batal lah ya. Dah cakap dah kan kat korang heheeheh...

Ok, berikut adalah pemenangnya. TAHNIAH pada kalian. Saguhati pula En. Megat dengan sukahatinya memilih posting yang ke 6 & 22( yang cukup sayarat juga)... katanya sempena birthday ku pada 22 June... hehehe....SO, jangan lupa untuk copy & paste banner ni kat blog korang eh tanda kemenangan...


Yang tak menang, jangan marah ya. Semua ni suka2 saja. Terima kasih juga diucapkan kepada korang yang sangatttt sudi join peraduan ni. Sporting ah korang! Cayyyyoookkkk!!!!

*Nota : Kepada semua pemenang & penerima saguhati, minta mail pada zura alamat & no hp korang ke cutenye226@gmail.com

**HOT MAMA CONTEST**



HOT MAMA CONTEST ni anjuran QIS (PCM)

Wokeh! Join je sbb dlm bulan June (Birthday ku, mana tau menang)

Tarikh : 22 jun 09 hingga 7 July 09
Hadiah : Telekong bersulammm (Qis! Zura (shaniPCM)nak 1!!

Ni gambarnya...

Photobucket

Masa ni sedang mengandungkan Imelda, putri ke 2 ku. Ni tgh sarat sangat ni. 6 hari lepas gambar ini dirakamkan, aku pun bersalin dengan selamtnya :D

Kejadian di hari bersalinkan Imelda ni mmg takkan ku lupa sbb pada hari tersebut, ku gagahkan juga ke pejabat dengan memandu. Then dalam jam 10 pagi tu mmg ada rasa sakit selang 15 / 10 / 5 minit. Tu kiranya tanda awal lah tu. Eeemmm... tp jam 1 t/hari baru balik. Alhamdulillah, sepanjang pemanduan dalam 30 min tu, tak pula rasa sakit.

Sampai rumah, berehat jap. Sakit tu hilang plak. Then terasa nak tido, but b4 that ke bilih air dulu. Dah turun tanda rupanya. So, aku pun mandi dulu, makan then terus ke hospital.

Sampai di hospital doc check dah 4cm rupanya. Aku leh gegelak lagi time tuh. Warded then aku nak jalan ke ward, tp doc marah suh guna kursi roda... hahaha. 4.15 ptg tu masuk ward. Then 7.30 mlm selamat bersalin kan Imelda....Alhamdulillah syukur...

Itulah kisahku... Haih, panjang la plak...

**SHOPPING LAGI**

Salam kembali,

Last week macam minggu shopping je... Gilerrr ah! Nak kata dapat durian runtuh tak juga... tp beli sbb keperluan :D

Jadi, shopping kali ni adalah.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Taraaaaaaaa....

Ni bli masa warehouse my dear.

Ni car seat Imelda. Sama ngan Irdina.
Imelda tidoooo....
Gaya Irdina skng ni bila nak amik gambar.
Musti mau tutup muka / alihkan mukanya...

Ni tambahan tupperware.
Sangat puas hati sbb bli masa lelong.
Berbaloiiii

Ok tu je.. cuci mata je lah ya...

Saturday, June 27, 2009

REVLON & MOVIE

Salam kembali,

Penatttt nye. Dah selesai semua kerja rumah baru leh ngadap PC. Legaa... Anak2 dah tido baru lah boleh buat kerja rumah cepat2. So tadi dah selesai lipat kain, mop & sapu rumah... FUH! LEGAAA...

Hari ni coti... :D Sbb? Pergi ngok movie ngan en. suami :D citer TRANSFORMERS 2 ni. Sangat sangat sangat best!!! Tambahan pula duk kat GOLD CLASS hahah lagiii best! TQ ya darling sbb belanja movie ni :D Enjoy sangat. Anak2??? Ke taska lah.. :D Lepas abis movie, kami ke chow kit bli tambahan kelengkapan paintball lah... Ahad ni ada game. Bli kat Jalan Hj Taib tu.. fuh! Memacammmm aksi btol... buat golakkk yo...

Semalam lepas opis sempat lah ke REVLON WAREHOUSE. Mulanya teman member je, skali daku terjebakkkk skali membeli belah... Ok ah! Lipstik RM10 je mascara dll... Gilerrr dibuatnya. Tp bli sikit je lah sbb dah sampai ke sana..

Ni hasilnya....


Ok nite all!

Friday, June 26, 2009

** PERADUAN - TEKA UMUR **

PERADUAN NI TELAH DITUTUP YA....

KORANG JANGAN LUPA BUAT STICKY MODE YA..


SKNG DLM PROSES SEMAK JAWAPAN. TP SAYANG SBB ADA JAWAPAN YANG HAMPIR TEPAT (DAH BOLEH MENANG TAU) TP TAK TEPATI SYARAT...
KALAU SYARAT TAK CUKUP, KIRA BATAL YA (WALAUPUN JWPN BETOL)


Salam all,

Huh! Tiba-tiba bersemangat je nak buat "Peraduan" ni sejak melihat blog Mama Tisya buat contest. Oleh itu, bersempena dengan hari lahir ku pada 22 Jun ni, saja nak kasi korang hadiah (patutnya aku yg dapat hadiah kan?) Jadi mudah je, hanya teka umur Putri Irdina Sofea & Putri Imelda Sofea ni berpandukan gambar yang disertakan. Senangggggg bangat!

**TQ KEPADA SHIEMZ ATAS BANNER INI.**

Tempoh Peraduan : 6hb Jun 2009 hingga 26hb Jun 2009

Tarikh tutup : 26hb Jun 2009 @ 6 petang

Keputusan : 28hb Jun 2009

Juri : En. Suami (heheheh, tq sbb sponser hadiah)


Seperti biasa, peraduan ni juga ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Syarat2nya adalah seperti berikut (kalau syarat2 tak dipatuhi kira batal ya... heheeh):

1. Add blog Azura777 di bloglist anda dan menjadi FOLLOWER Azura777 (kiranya kenalah ada blog juga nih, ekekekek)

2. Upload banner peraduan ini di blog anda sebagai "STICKY MODE" (kalau takde stciky mode tak aci.... ekekek)Boleh belajar cara2 nak buat "STICKY MODE" di sini.

3. Pada "STICKY MODE" itu pastikan anda mention dan link ke Azura777 (no link back will be disqualified).

4. Then teka umur Putri-putri ku di bawah ni di ruang "comments" (kiranya korang tekalah umur anak2 ku itu ketika gambar itu diambil). Sorang peserta boleh teka 1 kali sahaja pada 1 comments sahaja. Maknannya korang takleh lah nak comments banyak-banyak kali. Kasi peluang pada org lain plak :D (macam teka kacang la plak kan?)

Sebagai contoh :
Irdina : 1 tahun 3 bulan (boleh juga dlm bulan sepenuhnya)
Imelda : 1 tahun

Jangan lupa tinggalkan valid e-mail dan juga nama selepas meneka untuk memudahkan urusan pemberian hadiah jika dipilih sebagai pemenang.

5. Hanya 2 Pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan tekaan yang tepat atau yang paling hampir. Bagi memeriahkan lagi peraduan ni, hadiah saguhati juga turut diberikan kepada yang bertuah.

6. Hadiah utk pemenang adalah merupakan sumbangan dari En.Suami.... taraaaaaaaa ni hadiahnya....




Gambar-gambar ini adalah pilihan En. Megat
(papa Irdina & Imelda)

Jadi, teka umur anak2 saya ketika gambar ini dirakamkan...
1) Putri Irdina Sofea (comey lagi Irdina time ni)
2) Putri Imelda Sofea (yang selalu je senyum)

Jadi, usah tunggu lagi. Jom ramai-ramai teka. Tak susah pun, teka je :D Rebutlah peluang ini. Bukan senang tau "birthday girl" nak kasi hadiah pada korang sempena birthday nya sendiri (walaupun hadiah tu sumbangan dari En. Suami)

ALL THE BEST!!!

*Nota kaki : Peraduan ini hanyalah suka-suka sahaja selain mengeratkan lagi silaturahim antara kita walaupun ada di antara kita yang mmg pun belum pernah berjumpa... Have FUN ya!

Thursday, June 25, 2009

**MODEL BERTUDUNG**


Gilerrr contest. Akan ku join contest segala ni sepena b'day ku bulan JUNE NI.

Contest yang di anjurkan oleh ummie mirahaziq.

Contest ni mula pada 17hb June 2009 hingga 30hb June 2009 (2pm)

Kalau nak tau details, korang klik kat side bar sebelah tu ya. Kalau menang kiranya hadiah kat aku gak lah sempena b'day ku bulan 22hb June hari tu... Ok, kita Enjoyyyyy...
Ni modelnya...(hahaha ada gaya kah :P)



Sekian.

Tuesday, June 23, 2009

**PELBAGAI CONTEST**


Salam,

Ya Allahhh banyak la plakkk contest-montest nih! Seronok plak rasa. Skng ni tgh nak join 2 contest nih... Kalau korang minat, klik kat banner kat side bar tu ya...

Aku nak hadiah Tudung & Telekung Sulam tuuuuu!!!!!
Jom laaaa....

Monday, June 22, 2009

**PART 5 - BIRTHDAY PARTY [Pantun - (iii)]**

Pantun yang berkaitan dengan majlis kami :

Sungguh berseri majlis ini
Dengan hiasan belon, riben dan hadiah
Terima kasih kepada si pemberi
Tanpa kalian mungkin tak meriah


Putih & purple adalah temanya
Berbaju kurung,ber blause semuanya bergaya
Jangan lah pula kalian terasa
Dengan sususan pantun yang kami sedia


Walaupun closing makin hampiri
Tetap ceria sesama sendiri
Maafkan kami dari committee
Sekiranya ada yg tidak puas hati


Bersyukur kami ke Hadrat Illahi
Di atas limpah semua rezeki
“Sepakat Membawa Berkat” itulah slogan kami
Sepanjang kami menyediakan majlis ini


Walaupun kami sibuk di PC
Kemeriahan majlis tetap dikongsi
3 Agenda dalam majlis ini
Semoga sentiasa terpahat di hati


AGAIN! TQ TO AJK!

**PART 4 - BIRTHDAY PARTY [Pantun - (ii)]**

Ni pula pantun untuk setiap menu yang dihidangkan pada hari tersebut :

Nasi lemak masak di office
Sungguh enak ditambah santan
Jagalah diri wahai gadis
eiring dengan rupamu yang manis rupawan


Sambal udang & Sambal bilis
Dimasak oleh Kak Naz & Kak Salamah
Makan lah kawan2 sampai habis
Janganlah sampai tidak menjamah

Ayam goreng & telur rebus pemberian Pn. Rohani
Sebagai penyeri breakfast kita pagi ini
Silap dan salah mohon diampuni
Agar tidak disimpan di hati


Timun yang segar dari Dahalan
Bilis & kacang dari Fazilah
Pengajaran yg baik jadi panduan
Untuk panduan dikala susah


Enak sekali hidangan mee kari
Sponser dari Cik Noridah & Kak Tip
Jangan lupa kami di sini
Ingatlah kami sentiasa di hati


Buahan manis dari Kak Wan
Lengkong pula pemberian Kak Nazimah
Kenanglah kami dalam ingatan
Agar silaturrahim sentiasa indah


Nexc & teh o kegemaran ramai
Disulami dengan kek secret recipe
Segala minuman sponser by ima
Ribuan terima kasih dari kami


TQ TO AJK!

**PART 3 - BIRTHDAY PARTY [Pantun - (i)]**

Ok, di bawah ni adalah pantun-pantun yang telah ku siapkan untuk majlis ni... Fuh! perah otak dalam masa 2 hari! Akhirnya berjaya!!!

Boleh lahhhh...

Ni pantun kepada kawan2 yang akan meninggalkan kami

Tinggal di Shah Alam jauh sekali
Hadir ke pejabat awal pagi
Lemah lembut baik budi pekerti
Cenderahati ini untuk Zati

Setiap pagi ke gerai Latip
Pergi bersama rakan karib
Walaupun contrak, tp kerja “up to date”
Segala report, sure “meet target”

Sikat & rambut tak dapat dipisahkan
Itu yang menjadi daya tarikan
Duduk disebelah emak kesayangan
Syirah adalah nama timangan

Baru bekerja dalam sebulan
Itu bukanlah sebagai alasan
Segala jurnal perlu disiapkan
Cik Zainah org yang di maksudkan

Suami di Penang anak pula di Kelantan
Masih kental menjalankan tugasan
Jurnal bulanan perlu diselesaikan
Agar Cost Center tidak menyalahkan

Hitam manis adalah kulitnya
Demam denggi pernah terkena
Pernah diragut suatu ketika
Itulah dia Nazatul Haniz orangnya


TMNET dahulu tempat lamanya
Input menginput adalah lumrah hidupnya
Seorang ibu yang cekal hatinya
Siapa lagi kalau bukan Norazuin namanya


Motor adalah teman sejati
Sebagai peneman utk ke opis
Duduk di sebelah Pn. Mahani
Dipersilakan Shahnaz utk cenderahati ini.


Dulu lewat tp skng dah awal
Sekali-sekali ada juga cuti
Jangan lah begitu wahai Shairazi Akmal
Kelak akan merugikan diri


TQ TO AJK!

**SELAMAT ULANG TAHUN**

Salam,

Hari ni hari lahir ku. Alhamdulillahhh... Moga TUHAN murahkan rezeki kami sekeluarga serta diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaMU. AMIN...

birthday Pictures, Images and Photos

Moga kami sekeluarga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki...

AMINNN...

Saturday, June 20, 2009

**PART 2 - BIRTHDAY PARTY**

Alhamdulillah, akhirnya segala yang kami rancangkan semuanya berjalan lancar pada hari kejadian... semalam lah :D Jumaat 19hb Jun 2009. Syukur alhamdulillah, walaupun boss2 sema terpaksa haidr important meeting pagi tu, tp beliau sempat masuk kejap untuk memberikan sedikit ucapan.... TQ BIG BOSS!!!

Emm... semua ok... sangat ok dan sangat enjoy! Kebetulan pula system down, jadi kami dapatlah me"release"kan tension. Ye lah, maklum je kami ni unit yang selalu dikejarrrrr vendorrrr... Hahahah mmg tak de masa nak bersuka-ria gaya gini.

Aku? Mmg terasa sangat penattttt bila sampai rumah. 1 badan lengoh... sendi segala lah. Dah lah hari tu pikul D200 seharian. Sampai habisssss batt dibuatnya. Fuh! Puas hati lah dapat amik ngan D200... sangat best! Tp D200 tu bukan aku punya daaaa.. D200 tu EMY yang punya. Hahah aku entah bila nak ada D D ni bagai... haah Skng ni pun masih rasa lengohhh tangan ku ini. Lengoh gilerrrr kat bahu aku nihhh.. mcm nak tercabut!

So, korang enjoysss lah antara gambar pada hari tersebut. Tak mampu lah nak buh semua. Jenuh ada 500+++ (tp mcm biasa lah, tak semua jadi :P)

AJK yang sporting giler!
TQ Guysss!!!
( Ada 2 org takde, sbb kursus tp dah siap snap kat PART 1 duk siapkan belon)

Sebelum mula, ada yg dah bergambar
Eeemmm, ada pantun yang aku sediakan pada hari tu.. Ada lebih 10 /20 rasanya. Pantun untuk setiap menu pun ada disediakan. Pantun2 tu kami lekatkan berdekatan dengan menu. Nanti PART 3 akan ku bubuhkan pantun2 tu.


Ni depa duk baca pantun.


Ni dah nak mula makan.
Korang nak tau 3 org jejaka ni adalah antara 4 jejaka je yg ada kat tpt kami.
Lain semua pompuan...
Pastu 2 kontrak staff tu dah nak tamat plak
Yg nak terbang tu Fisha yang tgh pregnant... she so happy!!!


Time ni tgh nyanyi lagi Memori Tercipta (Shila OIAM2)
Giler sedih... aku pun nangissss


Ucapan dari kontrak staff, Zety (menitik air mana)

2 jejaka yang bakal meninggalkan kami... :(

Last but not least, depa bergabar dengan hadiah yg kami bagi.
Sporting gilerrr memasing time nih!


Aku yang penatttttt
Penat siapkan segala
Penat dukung D200

Apa2 pun mmg puas hatiiiiiii dengan majlis tersebut. Sangantberjalan lancar dan sangat sangat sangat gumbira!!!

Will miss you all guysss! Moga korang dapat kerja tetap ya lepas nih... :(

Thursday, June 18, 2009

**PART 1 - BIRTHDAY PARTY**

Salam kembali,

Lama rasa tak update. Busy dengan report pun ya, busy dengan nak prepare birthday party pun ya. Mmg btol, kat opis unit ni mmg ada nak makan2 time Quarter. Tp guna budget kami sendiri... heheh mmg lah kan. Kali ni tetiba pila terpilih utk menyiapkannya tp kali ni ada 3 in 1 lah. Maksudnya dalam 1 majlis ada 3 perkara yang diraikan serentak iaitu : -

1) Birthday lah (kiranya kakitangan yg b'daynya pada bulan Apr, Mei & Jun ni diraikan)
2) Jamuan perpisahan utk staff kontrak
3) Perpisahan jugalah kepada salah seorang staff di sini yang telah dinaikkan pangkat.

Huh! Bila dah kena jadi AJK tu, maklum je lah. Kami ni kat mmg tiap quarter akan busy se busy busy nya... Tp utk majlis ni, kami AJK gagahkan juga nak menyiapkan semuaaaa ni.

Macam biasa, kali ni kami pilih tema PURPLE & PUTIH. Jenuhhhhh nak dapatkan belon kaler ni je. Tapi akhirnya dapat juga lah. Sangat lah puas hatiiiiii. Jadinya sepanjnag seminggu ni mmg prepareeeeeeee je lah. Sbb majlisnya Jumaat 19hb Jun 2009 ni...

Tempatku yg bersepahhh
Belon dah sampaiii...


Sesi meniup belonnn
Berjaya meniup 100 belon dlm masa 2 hari.
Well Done to all!

Masa untuk menggantung

Hahahah nak gantung belon pun siap posing!

Taraaaaa... siapppp!!!

Meja hidangan pun disiapkan juga dgn hiasan.

Tak lupa... ni hadiah yg bakal diberi nanti.
Pembalut pun purple juga lah!

Di samping menyiapkan perkara2 di atas tu, eeemmm... kepala ni juga pening memikirkan pantun. Dan... aku berjaya menyiapkan pantun yang dikehendaki. Ada kira2 20 rangkap pantun juga yang ku sediakan. Mana taknya, 8 je utk kontrak staff tu. 1 utk yang naik pangkat, pastu lebih nya pantun utk setiap hidangan yang disediakan dan ada juga pantun yang diselit dalam teks MC. Huh! Gilerrr ah! Akan ku sertakan pantun tu ya... Aku pun tak sangka sampai banyak tu aku siapkan pantun. Tp puas hati sbb hasil kerahan idea ku sendiri.....

Ok nanti sambung PART 2 plak ya...

Monday, June 15, 2009

**BORONG KAIN & MEMASAK**

Salam kembali,

Rasa lama plak tak menulis di sini... heheh. Nak citer pasal shopping lagi :D Biasalah kan? Shopping tu = perempuan :D

Last Friday sempat terjah SOGO & AKED kat Jalan TAR nun di sana. Kami ni walaupun hari Jumaat, tp lunch hour tetap 1 jam sahaja. Tapi pada Jumaat lepas dapat pelepasan dari boss seawal 11 pagi dah gerak untuk "membeli-belah". Korang jangan salang sangka ek, beli-belah untuk opis juga sbb this Friday ada party skit. Jadi kami2 yang pergi ni adalah AJK lah kiranya.

Skng ni kan fesyen kain chiffon 2 meter 2 meter lagi kain biasa je (tak tau nama kain apa). Jadinya mmg kami kena beli 8 pasang lah untuk diberikan kepada rakan kerja kami. Harga? Huh! Di luar jangkaan ku. Yelah sbb beli sampai 16 pasang kan? Huh! Korang rasa lah berapa harga untuk sepasang yg aku dapat hari tu? Cuba teka... hehehhe


Ni dia lambakan kain2 tersebut.
3 je aku nye lain semua nak kasi sbg hadiah.
Beg Elle RM59 dari harga RM170

Weekend sahaja mama Irdina & Imelda ni sempat masak. Kalau hari lain mmg lah beli saja. Itu pun kalau kami rasa nak makan. Sabtu papa bawa ke Restoran Ikan Sungai... mmg lah sedapppppp....Hari Ahad mama nya masak skit. Jam 10 dah masuk dapur, 11.30 siap... Kena siap awal sbb 11.30 nak ngok Busana@TV9, then 12.30 ngok Melodi@TV3.

Pagi tu dalam jam 10 gitu dapat sms dari MamaTisya katanya citer "GUGU GAGA ERRA" tu akan ada ulangan jam 1.30@Atsro Ria.. TQ MamaTisya ya sbb sms... Mmg yg siara Selasa lepas tak ingat langsung masanya.... Jadi, apa lagi... mmg terus2 lah mama Irdina ni ngadap TV. Kain baju mmg dah siap sidai semalam lagi. Jadi mmg takde masalah... Releksssss je lah lepas memasak...

Taraaa... menu hari Ahad.
Kari Udang, Drument & Pedal goreng
Sayur Goreng

Sekali papa makan 2 pinggan daaaa.. hehehe maklumlah penat berjuang :D Main PAINTBALL laaaa...

Ok layan je lah topic kali ni...

Thursday, June 11, 2009

**NEW STOCK BAJU TIDUR**

Hi all,

Ni ada new stock baju tidor kat blog Lovely Sleepwear. Gambar bawah ni ada lah utk saiz 2 (sesuai utk 1-2 tahun). Details ukurannya, sila ke Lovely Sleepwear ya. Stock utk saiz lain ada dlm blog itu. Kalau ada memana berkenan, boleh roger kat Dianna (empunya blog, i ni sleeping partner je.. heheh kononnn) atau boleg Gtalk ngan saya di cutenye226@gmail.com

Tq kepada En. Saiful di atas gambar2 ini.

Selamat bershopping!!!

**IRDINA DI HOSPITAL**

Salam kembali,

Minggu ni minggu yang mencabar kami lagi. Hai lahhh.. Dina demam tak kebah2. So terus papa bawa Dina ke hospital check lagi (b4 that dah 2 klinik dah g pun, ubat pun nak habis dah makan tp tak bebaik juga) Amik darah...tp kena tahan ward! Sbb darahnya tak stabil. Alahaiiii Dina, b4 this masa mama ngandungkan adik dalam 7 bulan gitu, Dina warded perkara sama ni juga...
Ok, takpe lah. Asal sihat seperti biasa dah syukur. So, papa yang tunggu & bermalan di hospital bersama Dina (tq so much my husband, LOVE YOU terlalu banyak membantu dalam hal2 anak. Kadang mama goyang kaki je.. hehehe). Bilik penuh plak, tp after lunch baru dapat bilik yg ada 2 katil. So semalam papa tak mau dok hospital, boring katanya (walaupun bilik tu dah ada TV, tp ye lah... hospital...) Jadi papa & Dina balik malam tadi lepas Dina dah diberi ubat segala. Hari ni hingga Ahad, Dina perlu berulang-alik ke hospital utk diberi ubat. Papa juga yang akan bawa Dina.
Petang semalam lepas mama kerja trus amik Imelda di taska. Lepas maghrib kami 2 beranak ke hospital. Mujur hospitak dgn rumah dekat je. Hospital ni juga tpt mama bersalinkan Dina & Imelda...

Imelda bila di agah.


Then kami ke hospital Dina tidor. Kesian anak mama sorang ni.. kurusss...
Batok-batok...

Gaya kakak rindu ngan adiknya.
Asyik berguarauuuu je Dina.
Sayu plak ngok 2 beradik ni...
Habis Dina gomol2 Imelda

Lepas puas bergurau, dedua tido.
Mama bergambar ngan anak2
Papa balik umah, mandi kejap
(padahal kat bilik tu ada je bilik air, rumah juga selesa. Mujur dekat)

Pagi tadi jam 7 Dina dah ke hospital amik ubat dengan papa. Karang jam 2 ptg dan last jam 9 mlm. Semua papa uruskan...
TQ SO MUCH PAPA! Moga papa sihat selalu & semoga Dina cepat sembuh....