Sunday, August 2, 2009

** PORTABLE HARD DISK **

Salam,

Tak moh banyak cerita... semalam En. Megat blikan daku nih. Dah lama nak benda ni. Amik ko... 500 GB trussss Nak simpan benda sendiri2 dlm ni so PC opis clear lah. TAK KAN KU SIMPAN DATA KERJA dalam ni... heheheh

TQ to my BELOVED HUSBAND

Yahoooooooooooooo

Saturday, August 1, 2009

** RINGSLING VS. BABY POUCH **

Salam kembali,

Lama tak update blog. Sibukkkk sangat skng ni dan akan tambah sibukkkkk... Mmg tak sempat nak jengah. Ni pun jengah kejap lepas anak2 dah tido.

Kisahnya pasal ringsling lah. Saja test benda alah ni. Pinjam pun dari Fiza (Delima PCM) tq ya Fiza pinjamkan kejap... heheh nak bli trus tp rasanya kena test dulu. Mmg ok sgt benda ni. Tp bila dah tarik utk kemaskan kedudukan anak tu, banyak plak lebihan kainnya sampai berjela2. Adeiii....


Ni ringsling

Rasanya nak bli tp kena bli stail lain lah. Call Kak Sally heheheh sbb rasa nak bli yg stail mcm yang kak sally pakai tuh. Tp semua nengok keadaan dulu... 1 lagi tu namanya Baby Pouch

Ni baby pouch

So, ari tu g Midvell, telah ku sarungkanlah ringsling ni. Mmg mudahhhh dan selesa. Tp sbb kan berjela plakkk tu yang rasa nak bli stail lain...

Dukung Irdina guna ringsling
(Fiza, mujur tak koyak ringsling tuh, heheheh)

Imelda yang demam dalam buggy
Kakinya musti gitu... staillll

Papa yang sedang membelek2 sesuatu...
Weekend ni sangat best lah sbb jalan dari pagi sampai petang. Mulai Ogos ni papa akan bekerja di HQ. So, takdelah lagi kerja hari Sabtu & Ahad... Yahoooo... Tp benda la in plakkkk yang menghantui kami... adoiiiiii

Apa2 pun kami syukurrrr... TERIMA KASIH YA TUHANKU

Tuesday, July 21, 2009

** RAMBUT DAH PANJANG **

Alhamdulillah.. ni idaman mama Irdina. Nak suh anaknya berambut pjg. Bila rambut pjg kena sentiasa basuk dan di sisir rapi.. Ni ada beberapa gaya Irdina bila berambut panjang...

Lepas bergurau ngan adik.. jadi gini...


Lepas mandi, selalu mamanya buh baby oil kat kepala...
(elesss malu lak Dina)


Ni plak gaya kalau tak buh baby oil...
Maka anak rambut tu akan memasuki mata Dina
dan Dina akan ngamok...


Ni lah ghopanya bila dah diikat cantik... tp masih tak buh baby oil.
Tu ngamok tak mau masuk umah.. nak main kat luar lagi...
Tapi selalunya pun mama & papanya akan makesure rambut Dina di sisir rapi supaya tak nampak berserabai... Papa tak suka anak2 nya beserabai. Rambut Imelda pun dalam proses nak "bela" gak. Tak mau gunting. Tp nampak gayanya rambut Imelda tu kasar skit dari rambut Irdina ni...

Takpe, asalkan berambut... hikhikhik....

Monday, July 20, 2009

** LENTIK & PANJANG **

Tadi belek2 si Imelda sementara menyusukannya... mmg sedar dah lama bulu mata imelda ni lentik dan panjng lah. Kalau Irdina bulu mata dia panjang tp tak lentik... heheh Imelda ni mcm sama plak dengan sepupunya.. Nas... tu lelaki tp bulu matanya lebattttt & lentikkk... daku pun geram!!!

imelda

Photobucket

Photobucket


Eeemmm... lentikkah??? Panjang kah???

** MAMA BERSAMA KIERAN & FAFAU **

Alkisahnya mama ku semalam lunch dengan kawan dia kat Nasi Ayam kat Melawati. Pastu tetiba ada plak minah & mamat ni ada buat apa tah kat situ. So dengan pantasnya mama ku snap & cuci...

Siap!!!

Sunday, July 19, 2009

** WEDGES... WEDGES... WEDGES **

Yahhhooooo... dapat wedges juga akhirnya. Huh, lamaaaa teringin kasut ni. Akhirnya dapat juga :D Tq to my hubby :* sbb blikan utk i heheheh. Last Saturday kami ke PAVILION mmg sememata nak bli kasut ni kat TANGS. Mmg lah sangat best dan terletak. Maklumlah kaki ku ini mmg kecik. Kalau Vincci pun saiz 3 or 4 tp itu pun bukan semua sesuai. So bila sampai kat sana trus meluru ke MARTINA PINK... mmg best! Saiz paling kecik lah kan... heheh. Korang sesapa yang saiz kecik tu mmg ku syorkan kasut dari MARTINA PINK nih. Sungguh selesa! Isnin mmg ku akan melaram kasut nih...

TQ HUBBY!



Yang ni plak bli masa Jcard kat MidVell ari tu. Swimming suit Irdina. Ogos nanti insyaallah, kami 1 big family nak bercuti ke MELAKA... ada org sponser hotel...
Yang ni plak brooch. Sangat puas hati. 5 brooch tu RM75 je tp mmg bli direct di Korea lah. Huh, kalau kat Malaysia ni 1 brooch tu RM75 ( dah g nengok dahhh) Ni kirim kat boss yang ke Korea bebaru ni. Boleh jadi buah rantai juga... Mujur boss tak kena H1N1... Alhamdulillahhh Yang rantai tu boss kasi kat staff dia... TQ BOSS

Thursday, July 16, 2009

** PEMPOMERS **

Hahah... tergelak je bila first time dengan perkataan "PEMPOMERS" ni. Sebenarnya, perkataan ni datang dari anak buahku dah telah disampaikan oleh ayahnya kepada ku.... Gelakkkk dibuatnya. "Pempomers" ni sebenarnya adalah "Transformer"
Jadi, semalam papa ke toysrus tu bli menda alah ni rupanya... Tp fursttt sbb Automus Prime selalu sold out!!! Jadi papa tak puas hati, terus order kat toysrus. So len kali kalau stock sampai depa will call papa to collect lah.

Skng ni papa dah ada 2 ni... Bumble Bee & Megatron


Tamat...

Wednesday, July 15, 2009

** BERBUKA DI KLCC **

Salam,

Tadi berbuka di KLCC. Tak plan pun. Sebenarnya memula tu nak belanja ADIK & RENN sempena mereka hari ni dan esok kat pizza. Pastu tetiba En. Megat ajak ke KLCC makan steak plakk... huh! Apa lagii.. lajuuuuu je lah kan :D
Makan kat San Francisco Steak House. Mmg best lah. Lembuttt je dagingnya...
TO ADIK & REEN, HAPPY BIRTHDAY YA! MOGA PJG UMUR & MURAH REZEKI. JGN TINGGAL SOLATSSS!!!

Ni dalam keta to KLCC


Kat KLCC dah. Lihatlah adikku lebih besarrr dariku.. hehehe


Ni tgh makan. Imelda ngamok nak tidooo.. Mujur Dina ok.

Ok tu je. Tak dapat nak snap bnyk. Sampai je kat trus order. Order sampai IMELDA mula melalak... Jadi takde apa yg sempat nak rakam lagi.. huhuhu..
Mama pun makan cecepat sementara papa tggu imelda. Then papa plak makan... Pastu papa singgah toysrus. Huh! Anak ngamok, tp nak juga ke toysrus tuh... Tp imelda tak ngamok lama, kejap je. Buggy jalan je dia senyap & tido....
Thatssss all....

** SEKOLAH IRDINA **

Salam,

Macam biasa, lepas balik kerja terus amik Dina & Imelda di Taska Shaz ni. Dina ni peel dia kalau mama & papa dia takde, ok je dia :D Tapi kalau dia nampak je Mama & Papa nya, melompat lah dia menuju ke pintu. Dalam masa sama, kawan2 Dina pun akan ke pintu juga lah kan? Tp Dina mmg marah lah kalau kawan2 dia ikut... siap cakap "NI DINA NYE! NI DINA NYE!!!!" (sambil menolaklah kawan2 dia tu, huh ganasss btol anakku itewww) Pastu kalau kawan dia tak ke tepi, maka nangislah Dina... adeiii.. Kiranya bila mama & papa Dina amik dia, tak siapa pun leh datang lah. Selalu mmg ramai je anak2 berkerumun kalau mak ayah amik anak2. Tak kirah lah mak ayah sapa pun, pasti anak2 lain akan berkerumun....


Ni skolah Irdina... TASKA SHAZ

Dina bila diintai releksss je ngok TV dgn teacher SHAZ...


Tu je.

** ALHAMDULILLAH **

Syukur alhamdulillah, selamat dah posa 2 hari bulan REJAB. Hari ni masuk hari ke-3. Sungguh mengantokkkk... sbb? pagi dalam 4 pagi dah bangun then tak tido2 dah. Pastu sahur dan bersiap kekerja. 7 kena gerak dah. kalau tak parking full!
Pastu skng ni dah ngantokkk... Karang time lunch kena lelapkan mata. Katau tak mmg lah kepala akan pening...

Sejak kebelakangan ni tetiba plak ghajin nak bertouchup skit sebelum ke opis. Ye lah, brg2 mmg ada cuma kadang tu mcm kemalasan pun ada...Sebelum ni touch up juga tp tak banyak la. Kiranya ni banyak la touch up nye... hehehehe. Ok lah kan? Tp taklah pandai sgt pun... sikit2 tu boleh lah.... Pastu sejak touch up ni ramai lak tegur mata ku ini... adeiii... kalau tegur biasa takpe, ni boleh siap belekkk lagi mataku ini dedekat! Teringat plak dulu ada skali boss tegur... "Azura, why your mata so cantik?" Hahahahaah gelak aku.. padahal pakai celakkk je...
So, Ok ke ginih???

**Hahah ni kes teruja nak update tetiba bila baca blog si shiemz tuuuuuu... heheeh

Monday, July 13, 2009

** PART 3 : RUMAH... RUMAH... RUMAH **

Salam,

Insyaallah, hari ni puasa. Org lain dah banyak hari puasa di bulan REJAB tp diriku baru nak mula... Haih! Lambat! So, sambil panaskan lauk, sambil update citer :D
Lama rasanya tak update pasal rumah ni :D KC dah lama siap sebenarnya, tp kami yang tak sempat nak jengah.Lately busy dengan kerjaaaa saja... Jadi smalam kami jengah lah. Alhamdulillahhhh syukur sangat sbb siap seperti yang dimahukan :D. Hob, hud & sink termasuk dalam kos KC tu (excluding paip kat sink tuh je :D ). Malas nak cari. Orderrr saja... Tp biasalah, kenalah sediakan RM lebih.

Jadinya lepas dah ngok semua dapur2 ni, terussss kami order wardrobe pula. Huh! ku takkan masuk umah kalau takde wardrobe sbb nya baju terlalu banyakkkkk. Ada wardrobe mudah kami pilih baju. Insyaalllah, dalam masa 1 minggu siap lah wardrobe tu pula. Yang penting kena ada fulussssss... (hai... fulusss lagiiiiii)

Korang kalau nak masuk umah baru mmg sah sah sah sah sah lah kena sediakan RM. Maksudnya kenalah menyimpan lebih awal. Tu pun kalau nak semua ready sebelum masuk rumah lah kan? Kumpul lah RM so baru lah dapat apa yang diidamkan, Insyaallahhhh.. Semua ni pun hasil penat lelah bersama En. Suami yang terchinta (I LOVE U SO MUCH!)

So, kami plan (plan lagi) nak pindah lepas wardrobe siap dan sebelum puasa menjelma. Insyaalahhh kalau tiada halangan lah... So, ni lah KC yang kami design sendiri. Korang abaikan lah penyapu tu ya. En. Megat snap time dia duk ngemas KC tu.. En. Megat yang lap2 KC tu... daku lepak je ngan anak2.. heheheh....

So, enjoyssssss!!!!

Sekian.

Sunday, July 12, 2009

**THE UNIQUE WEDDING PHOTO CONTEST**


The Unique Wedding Photo Contest
TEMPOH : 1 July 2009 hingga 27 July 2009



Syarat-syarat

1. Terbuka kepada semua blogger tegar

2. Uolls diwajibkan menjadi Follower blog e-caR NazRin aka ibuEiymann serta add link blog ini dalam blog list uolls - Done!

3. Sila tempek gambar di atas sebagai banner di sidebar blog masing2..banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini
gune link ni: http://ecarnazrin.blogspot.com/2009/07/unique-wedding-photo-contest-sticky.html - Done!


4. Sila buat special entry contest ini dan upload 1 keping gambar perkahwinan anda yang ter UNIK / UNIC / UNIQUE.. pada gambar tersebut sila nyatakan:-

Nama uolls & suami/isteri: (full/nick name) : Megat & Azura
Tarikh Tunang : 21hb Ogos 2004
Nikah : 16hb Apr 2005
Bersanding : 17hb Apr 2005


5. Sila jawab 2 soalan wajib:

i) kenapa uolls rasa gambar yang dipilih itu UNIK/UNIC/UNIQUE..??
Sbb momment yang di"capture" masa ni menunjukkan kami memanggil seseorang. Tp sungguh tak sangka photographer boleh snap aksi nih. Mata kami tepattttt plak tuh... Mmg kami tak berapa nak makan sangat time tu sbb sibuk mata duk nengok sapa yang hadir. Kalau ada member nak balik, kami akan gamit supaya datang pada kami untuk berjumpa. Maklumlah, time makan tu mmg tetamu segan nak kacau.

ii) kenapa uolls suka membaca blog e-caR NazRin aka ibuEiymann??
Dapat blog e-car Nazrin aka ibuEiymann ni pun gara2 terjah juga. Hehehe bila jumpa blog ni lagi rasa best sbb Ibu Eiymann ni berusaha dengan sungguh untuk bf anak2 nya itu. Sbb saya juga salah seorang ibu yang bf anak2 ku itu sampai 2 tahun saja. All the best! Suka bila ada ibu yang berusaha BF anak2 selama mungkin.

6. Pastikan di dalam entry uolls ada dinyatakan link2 tersebut (no link back will be disqualified):link blog ini: http://ecaRNazRin.blogspot.com/link contest ini: http://ecaRNazRin.blogspot.com/2009/07/unique-wedding-photo-contest-sticky.html - Done!


7. Setelah siap entry tersebut, sila tinggalkan URL-link-contest-uolls di ruangan comment pada entry ini sebagai tanda uolls SAH menyertai contest ini..ini juga memudahkan para juri membuat edisi terjah ke blog uolls - Done!

Ok tu je....

Saturday, July 11, 2009

** IMELDA YG KUAT MAKAN **

Salam,

Imelda mmg kuat makan. Kalau suap makan dia lambat sesaat pun dia dah ngamuk. Kalau boleh kita ni suap dia tanpa henti... adoi laaa... sama macam Irdina dulu. Mmg kuat makan.

Jadi ni saja buh gambar imelda tgh makan :D Mmg lah kuat makan. Suap tak boleh lambat skitttt... Pernah juga terjadi bila Imelda nak makan dan dalam masa sama nak tido... Jadinya makan sambil lelap mata! Ada skali tu, lepas abis je makanan dalam mulut, terusssssss lena!!! Fuh! Memacam Imelda ni...


Lepas makan, trussssss lenaaaa.....

Kaka Irdina pula, main-main. Emm.. kadang tu time Imelda makan Dina pun nak makan juga. Eeemmm... suapkan je lahhhh...

Dina, senyummm...
Sekian...

Friday, July 10, 2009

** IRDINA PAKAI SLIPAR **

Salam,

Ni aksi Irdina pakai kasut. Bila papanya nak bantu dia marah tak kasi. Nak buat sendiri juga... Time buka slipar pun nak buka sendiri.. Alhamdulillahhh, akhirnya berjaya... :D

Korang nengok lah tuh, kusyuk btol nak pakai slipar. Mamanya snap pun tak sedar. Kalau tak sure Dina marah time mamanya snap nih... heheheh


Thats all....

Thursday, July 9, 2009

** PIPI IMELDA **

Salam,

Korang nampak tak pipi Imelda ni? Tu gara2 mamanya tak pantang makan. Belasah je makan benda yang takleh makan..

Tp, tu duluuuuuuuuuuu... skng muka Imelda dah ok. Mamanya belasah je makan semua benda dan alhamdulillah ok dah Imelda ni.

Tambahan pula tiap kali siapkan Imelda ni, papa aku lumurkan 1 badan Imelda dengan lotion baby... heheh TQ YA PAPA.


Tu je....

** PURSE UTK. MAMA KU **

Salam all,

Semalam alkisahnya aku MC... sbb sakit mata :( mmg takleh je nak buka mata belah kanan ni... Merah juga mata ni. Alhamdulillah now dah ok. Semalam juga En. Megat cuti... cuti dari Rabu to Jumaat (esok) tp istrinya kerja... So, semalam lepas dah sidai baju, En. Megat ajak kuar. Katanya nak ngok wayang... hai lah... plan mmg nak ngok lagi skali citer Transformes tu. Tp bila sampai je kat kaunter tiket, tak jadi plak. So kami jenjalan ke Curve, Ikano & Midvel. Sebelum tu kami ke kedai paintball bli "peluru". Lepas tu kami ke The Curve. Jalan kat situ ter masuk lah GUESS ni. Belek2 barang semua ada sale. Sale sampai 60%. Belek2 purse ni teringat plak kat mama, sbb ma ada ckp dia mmg nak purse baru. Yg lama dah rosak. Then tanya En. Megat boleh ke bli ni, dia angguk :D tanda setuju.. Trussssss sambar 1 utk mama.... Korang rasa berapa RM nih after less??? Jawab, jawab... heheh
Hope mama suke...

Tuesday, July 7, 2009

** TAHNIAH DIN (SHAHA) **

Salam kembali,

Last Sabtu kami sekeluarga ke kenduri Along Shaz, si Shaha (Abg kpd Teacher Irdina). Shaha pula teman sekolah ku dulu. Alhamdulillah, bertemu jodoh jua akhirnya Shaha ni. Dan jodohnya pula dengan cat, itu lah jodoh namanya....

Kami datang dan makan dan balik...

To Shaz, so sorry ya sbb tak leh stay lama. Ada banyak tempat nak kena tuju lepas tu.

To Shaha, CONGRATULATION ya. Moga kekal ke akhirnya.

Enjoysssss....

TQ