Friday, April 29, 2011

** INI PERMULAAN **

As Salam korang,


Ini permulaan. Dan kami masih baru bermula. Terima kasih atas sokongan kalian! TQ TQ TQ!


** IMELDA **

Ini anakanda ke dua kami Putri Imelda Sofea. Kisahnya Melda ni mudah cry lah. Sikit2 cry, sikit2 cry... :( Tp yang paling best Melda ni dia manja.. dari segi tingkah laku mahupun kata-kata.. Dan Melda sangatlah pandai bawa diri. Sbb.. pesen main sorang2, tidur pun ikut sempat mana landing je..


Tapi paling tak tahan.. Imelda sukaaaa menyakat! Tak kira lah sakat kakak atau Iman... adei..


Permata hati kami

Putri Imelda Sofea

*pic by Hilmi Jaafar

TQ Pak Lang :)

Tuesday, April 26, 2011

** ALHAMDULILLAH **

Alhamdulillah, berkat kesabaran serta dorongan dari pelbagai pihak, akhirnya kami berjaya juga meneruskan usaha dan cita2 untuk membuka 1 perniagaan kecil dengan menjual pakaian kanak2. Setakat ini masih di peringkat permulaan. Kami mengalu - alukan cadangan serta komen dari kawan2 untuk mempertingkatkan lagi mutu jualan kami. Insyaallah...
Sebagai permulaan, layarilah :



Segala pertanyaan / cadangan sila mail kepada : -


TQ di atas sokongan semua!

Thursday, March 10, 2011

** SEDETIK LEBIH **

Morning!

Tengah buat kerja ni dengar lagu "Sedetik Lebih" ni berulang kali... Haih dah sampai lebam aku putar ini lagu! YES! Sure ramai yg minat lagu ni kan? Sureeee punyaaaaa...
Dan pada ketika dengar lagu ni pada mulaaaaa dulu.. tak fikir lain dah... "Boleh nyanyi time show.. terutama sekali Wedding Show... and Yes! Time Potong kek... atau Time Pengantin berjalan masuk menuju ke pelamin... Emmm... Arrghhh!!! Aku berangannnnnnnnn pepagi ni..
And rasanya mmg masa2 tu yg sesuai... Insyaallahh.. So ada sesapa nak hire me? Hahahahaha (Mode : Perasan sekejap!)
And bawah ni gambar diambil dari web OH BULAN... Cuba korang nyanyi lagu Sedetik Lebih ni dan feelllllll skali ngan gambar ni...
APA YG KORANG GAMBARKAN???
TO HUBBY... EN MEGAT NOORSHANI...
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya



Jiwangggggg kejap!

Sunday, February 20, 2011

** PLAN TAHUN INI **

Tahun ni banyak pasangan angan2 :) Takpe, bak kata Fadr, angan2 itu adalah free... hehehe Tp angan2 yg paling nak ku jadikan kenyataan adalah :

MENGHIAS BILIK TIDUR IRDINA & IMELDA MENGIKUT CITARASA MEREKA

Apa yang mereka ingin kan? Dah semestinya kaler pink! Girls = Pink Jadi, untuk merealisasikan impian tersebut lah plan ini menjadi plan tahunan kami (gilerrr sampai setahun!). Yap! Setahun sbb listnya banyak dan buat biar bersungguh. Apa yg nak di buat????

1) Katil single putih 2 sets (tp papa mcm nak stail lain)
2) Almari sedia ada di cat putih
3) Wall paper dengan cartoon kegemaran mereka yg ada kaler pink!
4) Cat dinding pink / purple (masih dlm pemilihan)
5) Lampu syiling tukar kepada bentuk yg lebih menarik
6) Pasang aircond - DONE!
7) Lamp (floor / table)
8) Carpet
9) Mirror (stand / wall)
10) Meja kecik sbg penambah seri :) - DONE


Dalam masa sama kena cari bedsheet jugak tuh! Dan lain2 brg yang akan difikirkan dari masa ke semasa. Eeemmm... banyakkkk tuh! Sbb tu ianya menjadi acara tahunan kami. Hope menjadi kenyataan.. hehheheh. Jadi, angan2 kami nak decor spt (gambar dari internet) :



So.. apa angan2 korang? Plan plan plan... ;)

Saturday, February 12, 2011

** TAPAK TANGAN **

Bertemu kembali,

Haaa.. kali ni citer pasal Irdina... Kali ni kakak belajar tampal2 di sekolahnya. Simple :) Ni hasil Irdina..


*Teacher Atie, nama Irdina tu silap.. patutnya "Putri Irdina Sofea" heheheh



Mata kakak tu kuyuuuu je... heheheh
Ok itu je :)

Thursday, February 10, 2011

** APO NIH? **

Hahaha.. ilang ngantok kejap terjumpa gambar ni...

Apakah tujuan nya ni?? Adoiii laaaa... memacam kan?


Pic dari : http://dornob.com/bizarre-bathroom-sink-fixtures-strange-or-sexy/

TQ

** RL... RUGBY...OLD NAVY... **

Salam kembali,
Kali ni citer pasal shopping online (hehehe tq ya papa sbb kadang papa yg tolong dahulukan RM)
Haih! Takde apa sangat nak cerita. Sebenarnya lately terlalu asyikkkk lah membeli belah kat Fadr di FB Elmeera Butik itu... Sungguh lah berbaloi. Ye lah ni pun sapa yg dah biasa bli online lah. Pada yg tak biasa tu mmg susah skit lah nak membeli online ni kan? Apa2 pun bagi diriku ni, membeli online ni lebih mudah :) Jenis kain dan ukuran semua telah dinyatakan. Pilih2 je lah...

So, ni desc. kat FB Elmeera tu : -

Welcome to Elmeera's little online boutique~ where everyone can enjoy their favorite designer merchandise at a reasonable price. Our product listed are 100% authentic n imported from USA :))
Pls contact us at:fadilah_ar@yahoo.com 012-5546901

So, Fad akan update web2 yg tengah sale. Kadang tu kalau rezeki murah sgt mmg sangat berbaloi. And now Fad masih lagi open order utk RL & Rugby ;)

Antara yg telah ku borong sebelum ini : -





Hahah itu antaranya sahaja :) Ada banyakkkkkkkkkkkkkkk lagi yg ku dah borong sebenarnya. Yg bestnya boleh bayar 2 kali (standard lah, 50% deposit and balance bila brg dah sampai Malaysia). Tp boleh je kalau nak bayar FULL..
Ok, apa lagi??? Layarilah FB - Elmeera's Boutique's sekarang! Dan jangan lepaskan peluang keemasan ;)

Tata :)

Wednesday, February 9, 2011

** ANGAN2 & IMPIAN **

Salam all :),

Tajuk tu macam lagu Raja Ema tu je kan? Hahahah alhamdulillah, tahun baru ni rezeki kami sekeluarga bertambah. Syukur dan terima kasih TUHAN !

Bila rezeki tu bertambah, mulalah sibuk duk pasang angan2 / impian... kiranya ada je benda nak ditambah.. hehehe. Alahai, pasang je impian ni... saja suka suki :) tak banyak pungggggg...

A) Impian pertama dan utama, nak persiapkan bilik Putri2 ku itu... gambar sebagai pembakar semangat.. ekekek.. Rasa memacammmmm sgt nak buat... Kiranya ni jadi impian tahunan lah sbb nak siapkan pun bukan boleh sekelip mata, kena slow2 agar puas hati.




B) Impian seterusnya. Bukan lah kata tamak haloba atau berlagak atau nak menunjuk.. tapi disebabkan rezeki itu ada, makan impian utk menambah tu ada lah. Hahahah impian nak mendapatkan rumah yg berkolam renang.. Dalam gambor ni kolam renang dia kat belah belakang rasanya.. hahahahah.. tp itu lah impaian yg ke 2 ni.. Rumah berserta kolam renang berserta guard! C) Dan... impian seterusnya... hehehehe. Mudah nak hangkut barang. Tp yg ni macam lambat je lagi kot sbb yg ada masih muat kami ber 5 yg kecik molek.. hahahahaa
D) Taraaaaaaaa... aci tak? Berimpikan utk nak tambah lagi for this year.. means to be deliver by this year :) sbb???? Haih! Dah nak meningkat usia dah ni rugi kalau tak menambah lagi. Esok dah tak larat memacam kompilasi plak... Ini pun impian jugaaaa.... Hahaha adakah daku tamak haloba????? (nengok baby ni teringan Iman kuuu)
Hik hik hik... itu je rasanya impian dan angan2 ku tahun baru 2011 ni. Semoga TUHAN mengkabulkan impian2 ini.. Insyaallah, perlulah berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNYA.
Nota : Gambar2 di atas sumbernya dari internet :)

Tuesday, February 8, 2011

** IRDINA DI SEKOLAH LAGI **

Hi semua,


Kisah Irdina ke sekolah lagi ni... Time ni masih berbaju biasa lg. Dan masa ni Irdina belajar mewarna dan mamanya sangat terkejut dengan kebolehan Dina yang pandai mewarna. Sbb nya kalau kat rumah dia mmg suka mewarna tp sangat comot! Huh! Tp kali ni mmg sangat sangat sangat sangat lah lawaaaa... Keep it Up Dina! Caya lah anak mama ni...



Lawa kakak Irdina warnakan sbb serata je :)




Jumaat Dina berbaju kurung :) Heheheh sopan dan ayu gitu...
Bekalan roti :)



Ops! Gelang tu mama lupa nak buka la plakkk..
Mujur tak hilang...

So far mmg Dina seronok g sekolah. Tp ada kalanya dia mengadu penat. Ye lah, 6.30 dah bangun mandi segala sampai lah jam 12.30 gitu baru balik. Pernah satu hari Dina mengadu dengan papa : -

Dina : Papa, kakak tak mau g school lah hari ni.
Papa : Kenapa?
Dina : Kakak penat la. Besok kakak g school eh?
Papa : (Hanya mampu tersenyum)

Hahahh bijakkk btol! "Hari ni" tu adalah hari Jumaat.. Dah kalau besok? Tak ke Sabtu? sabtu mmg lah sekolah pun.. Hadoii... Bijaks sungguh!

Ok tu je :)

** 2011 **

Salam kembali,
Azam tahun baru : -
Cuba utk update cerita sendiri dalam ni sekerap mungkin :) Heheheh Insyaallahhh
Ok, cerita pertama tahun 2011 ni pasal sekolah lah. Irdina tahun ni dah 4 Tahun.. Jadi kami hantarnya ke sekolah tadika area rumah je. Alhamdulillah, so far sangat ok dan dina paling menonjol. Haih! Jadi ketua kelas dahhhh... Ni hari pertama Irdina, sampai paling awal 7.15 pagi dengan rakannya itu. Balik paling lewat jam 12.30 gitu. Oh ya.. sekolah bermula jam 8 pg - 12 tgh hari je. Yuran setahun dalam RM850 gitu. Yuran bulanan RM120 and transport RM15. Tahun depan kena kira double sbb Imelda pulak akan masuk 4 tahun :) Takpe, asalkan mereka dapat belajar dengan baik. Insyaallah. Hari pertama Irdina belum pakai uniform sbb tailor Tadika tu silap jahit. Kesian juga pada Teacher Hayati sbb 2 - 3 kali reject gara2 jahitan tak kemas.


Ini antara nya : -


Hari pertama tak banyak benda pun buat. Sesi suai kenal dan main2 je dulu sementara menunggu tambahan pendaftaran pelajar baru.

Ok, nanti sambung lagi :)

** LAMA SANGAT TAK UPDATE **

Salam,

Lama sangat tak update.. banyak je cerita sebenarnya... lately bz... sangat bz... so skng ni cuba untuk menghapdate cerita... takde apa pun. Banyak kisah anak2 :)
Ok jumpa lagi dengan cerita2 ku nanti... Insyallah... :)

*Gambar sbg pembakar semangat je.. hahahah

Wednesday, December 1, 2010

** BUTTONS YANG CUTE **

Hahaha tetiba mode nak menjahit plak... tak lah. Tgh buat kerja tetiba teringat plak kain baju kat umah yg tak sempat sidai pagi tadi... gara2 bangun lewat!!! Harusss pagi ni naik roler coster lah kan? Takpe la, balik kang alamatnya masuk dryer je lah baju2 ku itu... SIAP!

Tp bukan nak citer pasal baju, nak citer pasal button... yup! Butang baju anak ada juga lah yg dah tertanggal.. terutama baju tido.. sbb duk ulang baju tu je.. (entah bila nak bli lagi baju tido kat sini http://diannadreamwear.blogspot.com/)

Kisahnya, butang baju anak2 ni banyak nya dah tercabut.. bila dah tercabut, baju pun asing siap2. Mmg kena cari butang & jahit semula sbb bajunya mmg masih elok lagi. Jadinya, terbeleklah butang2 cute ni (tp tak sesuai ngan baju tido anak2 tu) Jadinya cuci mataaaaa juga... Cute je button2 ni... kalau korang kenan, silalah terjah sini http://buttonsdotcom.blogspot.com


Bila nengok button ni, macam nak tukar je baju anak2 yg ada button tu.. hahahaah

** HIASAN OLEH CIDA **

Tetiba mood pengantin plak... heheh tp ni semua gambar lama dan semua ni hiasan dari tangan Cida (Djariartz THE WEDDING PLANNER) dan pada ketika hadir di majlis ni, diri ini hanya lah seorang tetamu kecil sahaja.. hahah poyos je ayat... tak lah, kebetulan masa majlis ni Cida sewa sekali dengan PA System & DJ, so termasuk lah pakej ku sekali dalam tu.


Mmg best lah bekerja dengan Cida! TIP TOP ok... so kalau korang nak tanya apa saja about Wedding, boleh tanya dia.. DJ & PA System include dalam pakej Cida sekali...


So bawah ni pelamin

(pada ketika itu, skng ni org dah sibuk pelamin stail lain dah)

To Cida, keep up the GOOD work ok ;)

Tuesday, November 30, 2010

** HARI-HARI USHA **

Eeemmm... hari-hari usha blog ni http://www.mykiddyplace.com/ tp setakat usha je la.. Geram plan negngok bebaju dia.. Bukan apa skng ni mmg tak membeli belah kat mall dah untuk anak2, hanya online je. Mmg tak sempat dah nak ke mall dengan askar2 ni... kang baju ke mana, anak2 kemana.. baik lah bli online je. Ni duk usha2 sbb baju basahan anak2 pun dah lusuh2 semua.. eeeemmmm...
Ni antara yg berkenan di hati... semua dalam web tu cantik2 je...
RM45, RM49, RM39 & RM52 (ikut turutan gambar)

Tp paling berkenan yg bawah skali ni... sabarrr ye.. nanti2 lah membeli...

Sunday, November 28, 2010

** MARI MINUM TEH SETIAP PAGI **

Baca tajuk je macam bunyi bawa penyakit je kan? Tp jangan salah sangka, entry ni kepada tuan punya blog ni yg kurang gula dalam badan! OMG! Saya kurang gula??? Rasanya macam dah makan benda manis2 dah selalu.. tp bacaan 2.9 je.. Siap doc suh makan gula2 banyak2...Patut lah sentiasa macam nak pitam je.. haihhh...
Jadi skng ni mmg pepagi amalkan minum teh je. Kalau tawar / pahit akan ku suh si pembuat air tu maniskan air Teh tu...

*Gambar sekadar hiasan

Pepagi breakfast teh tarik dengan nasi / english breakfast!

Friday, November 26, 2010

** IMAN DAH DUDUK **

Yeay.. Iman dah boleh duduk... tp jangan salah sangka ya. Iman duduk pun dalam bumboo seat ni. Alhamdulillah, masih elok lagi. Seat ni kami bli masa Irdina... now near 4 years! Dan masih elok untuk digunakan :)
Seat ni kira memudahkan juga sbb kadang mmg lengoh juga nak pegang Iman ni :) Lihat lah aksinya...
Ni dia Iman yg sihat!Ops!
"Mama ni.. malu la Iman"
Perkara yg tak boleh lupa bila kami nak angkat Iman.. mestiiiiiiiiiiiiii seat tu terangkat sekali.. paha Iman tersangkuttttt daaaaa...
Takpe, asalkan Iman sihat!