Thursday, February 11, 2010

** CERITA LAMA : TASKA **

Salam all,
Lately mmg payah nak update blog. Tapi sebenarnya banyak je cerita nak di kongsi bersama.
Ok ni pun citer lama. Ini adalah Taska yang Irdina duduk sebaik sahaja kami pindah. Lokasinya memang strategic sangat sangat. Taska ini pula baru sahaja dibuka. Jadi masa daftar tu baru ada 10 org anak2 je.
Ni pula gelagat Irdina waktu petang. Selalunya kalau kuar opis 5.30, dalam 6.30-6.45 sampai lah Rawang. Mmg seronok lah Irdina dapat main kat luar waktu petang dengan kakak & abang kat situ. Kalau hujan, mmg duk dalam rumah je lah...

Tapi Irdina hanya duduk di Taska tersebut selama 2 bulan je. Mulai Jan 2010, Irdina & Imelda kami hantar ke rumah pengasuh.

Takpelah, mana2 pun anak2 mama duduk, mama nak kalian sihat & happy selalu. Sekarang ni alhamdulillah, mereka sangat ok bila duduk bersama pengasuh.

Jutaan terima kasih kepada pengasuh Irdina & Imelda kerana menjaga / mengasuh mereka dengan baik sekali. Semoga Tuhan melindungi & memelihara akak sekeluarga.

Sekian.

No comments: