Saturday, February 13, 2010

** KOLAM MANDI **

Salam,
Kisah hujung minggu & kolam mandi. Dulu masa Irdina sorang, mmg kolamnya kecik je lah kan. Dah bocor pun kolam tu... Ni time Irdina duluuuuuu... heheh montel benor dia time nih!



Tapi sekarang ni, papanya belikan kolam yg BESAR PUNYA sbb Imelda boleh main sama. Besok2 pun ada adik Imelda pula boleh join. Heheheh... Memang sangat puas hati lah kolam nih. Siap segala benda mainan lagi. Bila dah terjun dalam kolam nih, kadang-kadang memang susah nak stop kan... Tambahan pula skng ni musim panas, so rasa nak berendammmm je lah...
Mandi kolam ni papa akan layan lah ujung minggu (thank you! love you!) waktu pagi atau petang. Mamanya di dapur masak lah kan... sbb lepas mandi kolam ni sureeeeeeeeeee lapooooo....
So, mandi kolam ni pun kena pakaikan swimming suit utk mereka. Kena ajar juga. Tak boleh togel2 gitu je... hahahaha. Bila nengok gambar2 ni seronok nengok sbb mereka sangat lah happy.

Mamanya tak join lah. Nengok2 je. Hai lah, nak bawa ke taman tema leceh plak rasa. Takpe lah, buat masa skng ni, kita mandi kolam ni ya dulu :D
Thats all...

Thursday, February 11, 2010

** CERITA LAMA : TASKA **

Salam all,
Lately mmg payah nak update blog. Tapi sebenarnya banyak je cerita nak di kongsi bersama.
Ok ni pun citer lama. Ini adalah Taska yang Irdina duduk sebaik sahaja kami pindah. Lokasinya memang strategic sangat sangat. Taska ini pula baru sahaja dibuka. Jadi masa daftar tu baru ada 10 org anak2 je.
Ni pula gelagat Irdina waktu petang. Selalunya kalau kuar opis 5.30, dalam 6.30-6.45 sampai lah Rawang. Mmg seronok lah Irdina dapat main kat luar waktu petang dengan kakak & abang kat situ. Kalau hujan, mmg duk dalam rumah je lah...

Tapi Irdina hanya duduk di Taska tersebut selama 2 bulan je. Mulai Jan 2010, Irdina & Imelda kami hantar ke rumah pengasuh.

Takpelah, mana2 pun anak2 mama duduk, mama nak kalian sihat & happy selalu. Sekarang ni alhamdulillah, mereka sangat ok bila duduk bersama pengasuh.

Jutaan terima kasih kepada pengasuh Irdina & Imelda kerana menjaga / mengasuh mereka dengan baik sekali. Semoga Tuhan melindungi & memelihara akak sekeluarga.

Sekian.

Tuesday, February 9, 2010

** ROMPERS??? LAGIK??? HIKHIKHIK **

Salam,

Ni rompers yg latest ya... tp bukan semua rompers2 ni daku yang punya ya... hehehehe... BTW, TQ kepada Diyana... Suke!!!


Diyana : http://www.dydyanabiz.blogspot.com/

Itu je...

Friday, February 5, 2010

** ROMPERS... LAGI.. SAJA JE **

Salam,

Ni selingan lagi... saja je... Selamat menjamu mata. Sejak post topic ni, ramai pula yang tanya beli di mana...
So, kali ni... sesiapa saja teringinkan rompers2 ni, boleh YM terus kepada Diyana YM beliau terus : nordiyana81@yahoo.com
Tp perlu diingatkan, rompers2 ni semua pilihan Diyana, kiranya saya dapat & terima je corak & warna yang dipilih oleh Diyana... saya hanya nyatakan utk boy / girl saja...


Kepada Diyana, TQ TQ TQ TQ TQ again ya... Cantiksss dah nih...

Wednesday, February 3, 2010

** SELINGAN... ROMPER BABY **

Alhamdulillahhhh...

Akhirnya, dapat juga romper ni... Last dah membeli belah utk baby ni :D Tp beg pakaian pun tak packing lagi utk buh dlm keta.... :D Insyaallah, mudahan semuanya dipermudahkan...

TQ to Diyana.. I sangat suka ok! Hahahah... tak cerewet sangat bab baju2 ni. Pernah order dah dengan Diyana ni, hanya inform kaler dan patern saja. So far mmg tak mengecewakan!
TO DIYANA... THANK YOU SO MUCH YA!
Kalau korang nak bli kain, layari Blog Diyana ni ya...


Itu je :D

Tuesday, January 26, 2010

** LAST DAY DI TASKA SHAZ 30.10.09**

Salam kembali...
Huh! Setelah sekian lama tak sempat2 nak update blog nih, akhirnya berjaya juga sambung.. Maaf kepada semua yang setia menunggu :D
Ok, di bawah ni antara gambar2 terakhir Irdina & Imelda di Taska Shaz tu. Last day tu, kami belikan KFC saja utk jamuan skit2. Sangat sedih nak tinggalkan Taska Shaz ni kerana semua teacher2 nya baik2... sangat baik. TQ kepada semua teacher. Di Taska ini juga Irdina banyak belajar benda2 baru seperti membaca doa makan, solat, Alif Baa Taa & ABC. Alhamdulillah, Dina dah pandai baca pada ketika umur Irdina 2 tahun setengah. Sekali lagi TQ kepada semua teacher Taska Shaz.
Imelda pula, menurut kata teacher2 di Taska Shaz ni mmg sangat mudah di kendalikan. Tak banyak ragam. Cukup makan & tido, kira setel dah tuh. TQ TQ TQ TQ. Pada hari akhir tu, mamanya menitik juga air mata. Maklumlah, di tempat baru nanti, belum tentu kita jumpa Taska yang elok & ngam dengan kita....
Tp itu lah hakikat kehidupan / cabaran yang perlu dihadapi. Ada atau tiada taska... baik @ buruk pun taksa baru nanti, kami sekeluarga kena hadapi juga. Tak selamanya kita dapat yang baik dan tak selamanya kita dapat yang kurang baik. Dan yang pasti, tak selamanya kita perlu bergantung dengan mama dan ayah (kerana mama & ayah nak jaga juga cucu mereka ni, tp tak pernah terlintas nak susahkan mereka)walaupun mereka masih berkemampuan untuk menjaga cucu2 mereka. Kerana bagi diri ni, biarlah ibu dah ayah berehat & mendekatkan diri kepadaNYA. Cukup2 lah mereka telah menjaga kita dari kecil hingga besar... kerana yang penting kita kena berusaha, doa & tawakal.

Ok itu saja. Sambung nanti cerita di taska bari di Rawang ya :D

Friday, October 30, 2009

** IMELDA DAH SETAHUN @ 30hb OKT 2009 **

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ni 30hb Okt 2009 genap setahun usia Putri Imelda Sofea. Dan pada tarikh ini juga adalah tarikh terakhir Imelda berada di TASKA SHAZ kerana kami akan berpindah ke Rawang pada esok hari. 2 gambar di atas adalah gambar terakhir Imelda di Taska Shaz tu.

Alhamdulillah, sepanjang 10 bulan Imelda di sana, semua ok malah kata teacher2 nya, amat mudah mengendalikan Imelda. Tp mmg Imelda mudah pun dijaga. Tak banyak ragam. Teacher2 Imelda memanggilnya dengan nama singkatan "MEDA" hehehe.

Ok tu je. Nak cerita lagi pasal hari perpisahan kami semua dengan TASKA SHAZ tu tp untuk entry akan datang ya. (Adeiii... air mata dah berlinangannnnn dah nihhhh.. nak nagis ingatkan TASKA SHAZ tu sbb semua teacher2 nya sangat baik hati, rasa tak sanggup nak berpisahhhhh :(()

Sangat sedeyyyy....

Ok jumpa entry akan datang ya...

Wednesday, October 28, 2009

** TQ HUBBY, LOVE YOU FOREVER!!! **

Salam kembali,

Lamaaaaaaa sungguh tak cerita dalam ni. Maklumlah, skng ni tgh sibuk skit. Insyaallah, this Saturday kami akan berpindah (akhirnya :D)
Tp skng ni nak say TQ to my beloved hubby... love u bebeh!!! Sbb : -
1) Setiap malam hubby akan uruskan anak2 (tukar baju, buat susu & tidokan). Kiranya kalau mamanya balik mmg lepas isya' tu dah kuyu je mata. Selalu hubby akan sampai rumah jam 9 mlm. Terus disiapkan anak2 semua. Mamanya mmg tak pernah lah nak hirau sgt bab2 mandi & tukarkan baju anak2 ni. Sbb tu semua mmg hubby buatkan :D Kalau hubby penat baru mama buat :D Tu yang sayanggggg tuh! heheeh
2) Kalau ada baju dalam mesin basuh yang dah selesai di mesin, jika berkelapangan hubby akan tolong sidaikan. Tp pg tadi sangat terkejut sbb baju yang banyak dan berlambak dalam mesin basuh dah tersidai elokkkkkk je oleh hubby. TQ!
3) Baju dalam dryer pun hubby tolong kuarkan. Pagi tadi nengok dah ada dalam baldi :D Balik ni senang mamanya lipat je :D
4) Memandangkan this weekend nak pindah, so tiap kali lepas balik kerja, hubby akan terussss pack barang2 mana yang patut dan ketepikan. Eeemmm.. dah 2 hari berturut2 ni lepas balik kerja je, hubby trus ngemas... mamanya??? dah tido :D


Dengan itu, rasa sayangggg ni dah makin bertambah-tambah dengan keprihatinan hubby ku itu. TQ TQ TQ TQ! LOVE YOU FOREVER!


Ni papa kisss imelda. Tu kisss gerammmm hehehe

Itu je :D

Tuesday, October 6, 2009

**GAMBAR RAYA**

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua pengunjung blog. Masih tidak terlambat lagi kan? Mana2 yang dah berpuasa 6 tu syabas diucapkan :D Insyaallah mudahan diterima olehNYA.


Saja nak kongsi gambar raya yang tak seberapa ni. Letak sikit je lahhhh :D


SELAMAT HARI RAYA!!! YEAYYYYY...

Monday, October 5, 2009

** PART 3 : RUMAH...RUMAH...RUMAH... **

Salam,
Selingan skit pasal rumah... hehehe kami masih belum pindah2 lagi sbb nya payah plak nak apply cuti untuk pindah ni. Jadi setiap minggu kami angkut lah barang sikit2 dan kemas lah sikit2 mana yang mampu :D
Last Saturday sofa tahun lepas dah sampai :D Sbb apa tahun lepas? Sbb masa beli tu rumah tak siap lagi. So simpan kat factory dulu sampai rumah siap. Dalam masa yg sama, boleh juga bayar sofa secara ansuran tanpa interest... Itu yang best. TQ Fella Design :D
Rumah ni semua papa yg kemas.. mamanya duk lepak2 je ngan anak2... heheh tak larat seyyyy!!!! Papa TQ, we love you so much!
So, gini lah rupanya :D Alhamdulillahhh, syukur padaNYA. TQ ALLAH!
*Heheh Imelda tu skng sibuk nak berdiri, sbb tu yg sibuk je duk depan TV tuh... adeiii...


Meja makan tu dah berumur 4 tahun :D alhamdulillah. Masih elok. Ada 6 kerusi (2 buh tepi tu) TQ ayah sbb ayah yg hadiahkan sbg hadiah kahwin kami dulu :D

Itu je...

Tuesday, September 8, 2009

** CERITA PENDEK **

Hari ni 8 Sept 09 merupakan tarikh yang bermakna buat kami. Sbb????


Tarikh di mana En. Megat interview di PETRONAS. Pagi tu mohon doa pada tuhan agar segalanya dipermudahkan dan semoga dapat lah jawatan nih. Mudahannn...


Dalam tahun ni, rasa sangat syukurrrrrrr pada NYA kerana DIA telah memakbulkan doa ku. Alhamdulillahhh... 1) Aku mohon doa padaNYA agar suami dapat bertugas di HQ so that dapatlah kami ke tempat kerja sekali. Maklumlah esok2 kami akan berpindah ke RAWANG. Jadi eloklah biar 1 kereta ke tempat kerja. Jimat skit lah. 2)Aku mohon agar bulan puasa ni aku dapat puasa penuh dan tuhan makbulkan juga. Time solat subuh pagi ni pun aku nangissssss tanda syukur & gembira... Semoga kami tabah dalam semua dugaan MU yang tuhan ku... so, esok 1st checkup. Alhamdulillahhh. En. Megat pun gembira... Syukurrrrr....


TQ ALLAH!

Saturday, September 5, 2009

** PART 3 : HOLIDAY KAT MELAKA **

Next day.. Pagi kami breakfastttt.. Wajib lah... Time ni Imelda & Irdina tak mandy lagi.. heheh.. masyemmm... Lepas breakfast tak sure nak g mana. Kami mmg tak plan nak jalan2 sbb cuaca panasssss terikkkkk... Irdina pula tak kebah dari demamnya...
Tp sbb dah plan lama holiday ni, so kena "on" juga lah... Oh ya, on 2nd day ni pun pepagi Atok & CT dah berangkat ke Terengganu sbb ada urusan kerja. So tinggal kami adik beradik je...


Bersambunggg.....

Tuesday, September 1, 2009

** PART 2 : HOLIDAY KAT MELAKA **

Salam,

Sambung balik part 2. Bila dah sampai Melaka trus check in dan lepak2 dulu. Then acara pertama... mandi kolam... hahahhaha. Kami ke Melaka bukannya nak jalan sangat, tp prefer duk hotel & mandi kolam... tu je... nak rehatttt...

Ni kat lobby hotel. Dik Nas kepenatan.
Time ni dah tak sabar nak mandi manda...

Time ni, Dina sangatttt seronok. Memula takut, lelama suka tak moh kuar kolam plakkk...


Imelda cool je. Boleh dia nak terlelap duk dalam nih... Mujur kami semua perasan

Time ni Imelda kena sakat dengan uncle2 nya...

Kami semua...

Time ni Irdina nak masuk kolam lagi. Tu uncle2 nya nak bergambar...

Irdina & Imelda with CT :D

Ok, nanti sambung part 3 plak ya...