Wednesday, July 7, 2010

** "NEW" LOOK **

Ni cerita saja - saja je...
Ok ke kalau rambut ku gini???

Hahahah masa amik gambar ni kat umah Kak G / Filza... Lepas snap trus MMS kat ayah & mama sbb masa tu depa g jenjalan... Ayah sampai tak kenal anaknya... hahahhah..

Komen?? Sekian...

Friday, May 21, 2010

** IRDINA & IMELDA **

Ini pula kisah kakak-kakak iman, Irdina & Imelda. Alhamdulillah, kakak2 Iman semua sayang pada Iman. Asyik nak kissssssss Iman je... Nak tido ngan Iman la... memacam lah... Ni aksi2 kakak2 Iman sewaktu Iman nyenyak tido :D
Imelda sekarang ni senyummm je kalau nak amik gambar dia...


Mama & papa sayangggggggggggggggggggg semua!!!

Thursday, May 20, 2010

** MEGAT IMAN SHAH **

Salam,

Saja update gambar2 Iman... Moga menjadi anak yg soleh ya... Mama & Papa sayang Iman :D



Terima kasih.

Wednesday, May 19, 2010

** SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN - 16.04.2010 - 5th **

16hb April 2010 adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yg ke 5. Alhamdulillah, syukur di atas segala rezeki yang telah diberikan kepada kami. Terima kasih kepada NYA di atas segala dugaan & cabaran yang diberikan dalam tempoh ini. Semuanya mematangkan kami.

Alhamdulillah, kami dikurniakan seorang lagi cahayamata (yg ke 3) pada 21.04.2010 ; Megat Iman Shah. Mudahan rezeki kami murah lagi selepas ini.

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA MY BELOVED HUSBAND yang sangat banyak membantu :
1) dalam segala urusan terutama urusan anak2. TQ

2) sentiasa berada di sisi mama dikala mama bertarung nyawa untuk melahirkan anak2. Papa akan sentiasa berada di sisi mama walaupun mama warded bleeding hari tu. TQ

3) sentiasa membantu mama dalam menyelesaikan kerja2 rumah sapu rumah, sidai kain dan papa juga sering menolong mama di dapur.

Itu hanya antara nya sahaja. Papa sememangnya sangat banyak membantu mama. TQ TQ TQ TQ so much!

Kejap je masa berlalu... 5 tahun dah... Thank You for everything my beloved hubby. I LOVE YOU FOREVER!

Ya Allah Ya Tuhan Kami, KAU kekalkanlah perkahwinan kami ini hingga ke akhir hayat walaupun pelbagai cabaran yang bakal kami tempuhi... AMINNN...

Tuesday, May 18, 2010

** CERITA LAMA...HADIAH UTK PAPA **

Birthday Papa dah lepas lamaaaaaaaaaaaaaaaa dah iaitu 2.4.2010. Hadiah utk papa tetap ada lah walaupun mama sibuk. Masa bulan April tu mmg tgh sarat sangat dah. Balik kerja pun hari2 lewat.. hari2 sampai rumah jam 10 malam sbb duk fikir kan kerja yang harus diselesaikan sebelum bercuti 2 bulan kan. Ingat lagi, sampaikan bleeding duk siapkan kerja2 opis... Huh! Gilossss...

Bagi hadiah ni pun masa tgh warded hehehe. Gambar pun tak lah clear sgt. Hadiah ni utk papa supaya senang papa bawa masuk meeting terus update dalam ni... so, mama bagi papa NETBOOK... itu je...
Korang ngok lah snap pun masa kat hospital... ekekeke...
TO PAPA : HAPPY BIRTHDAY YA. LOVE U FOREVER!

Sekian...

Sunday, May 16, 2010

** PAPA YANG SANGAT BAIK HATI **

Yeayyyyyy.... alhamdulillahhhh... rezeki Megat Iman Shah...



TQVM papa. Sbb papa belikan bouncer idaman mama... FP - Newborn to toddler rocker :D Senyum lebor mamanya. Maklumlah, bouncer2 FP ni antara idaman mama sejak dari 1st baby lagi. Tp tak kesampaian... Alhamdulillah, rezeki itu ada. So, papa bli bouncer ni dengan Irdina kat The Curve ptg tadi...(amboiiii sampai The Curve... jauh btol)
TQ TQ TQ very much papa! I LOVE YOU!

Thursday, May 13, 2010

** ANAK-ANAK MAMA & PAPA **

Salam,

Saja nak update gambar anak2. Snap hari ni...


Ni Imelda
Skng ni kalau pegang HP je dia akan senyummmm
Maknanya kena snap 1 utk dia...
Ni pula Irdina
Skng mmg payah nak amik gambar dia.
Mesti nak tutup muka.
Tp yg ni ok plak...

Ni Iman.
Tido je... biasa lah... Baby...
Alhamdulillahhh... tak berjaga malam.
Tido je... kalau pampers penuh pun dia tidoooooooooo je...


Ni papa & anak2 nya...
Irdina, Imelda & Iman...

Ok itu je...

Sunday, May 9, 2010

** ALHAMDULILLAH... DAH SELAMAT **

Salam kepada semua,
Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi dari blog ni, hari ni ada cerita gembira. Pada 21hb April 2010 yang lepas, dah selamat pun bersalin utk sekian kalinya.. heheh alhamdulillah, kali ni BOY lah...
Proses bersalin kali ni lain benor. Maklumlah induce sbb khuatir baby besar dan tak boleh bersalin normal. Kalau boleh dr. tak mau bedah-bedah nih. So, pada 20hb April tu serah diri je kat dr. untuk di induce.
Lepas induce jam 4 petang 20hb April tu mmg tak rasa sakit pun. Tp husband mmg setia menunggu di labour room tu. Tau2 je lah, dlm labour room tu ada kerusi saja. So, mmg husband tidor duduk je. Tp tak sanggup nak ngok husband gitu, dalam jam 2 pagi gitu mmg suh husband balik je lah sbb tak rasa nak bersalin lagi rasanya.
Esok nya... 21hb April, dr datang dan pecahkan air ketuban dalam jam 9 pagi gitu. Sakit yg boleh control mula jam 11 pagi. Time tu mmg masih boleh control.. di selang - seli minum air Zam-zam yg dibekalkan oleh mama. Tp mula jam 12 mmg contraction yg "power" datang lah kan.... minum lagi air zam-zam jadinya kekerapan contraction tu ada. Jam 1.14 ptg selamat melahirkan...
Tp mmg benarrrr lah... sakit induce ni lain macam btol. Masa Imelda dulu tak lah sesakit gini... boleh releks je ketawa2...tp kali ni mmg totally lain.... tambah plak ni boy. Jadinya mmg terasa "seketul" je keluar dari perut.... huhuhu...
Alhamdulillah, semuanya selamat. Syukur kepadaNYA... Jadi, BOY kami ni di beri nama MEGAT IMAN SHAH BIN MEGAT NOORSHANI

Dikesempatan ini, nak ucapkan Jutaan terima kasih kepada my beLOVEd husband yang telah banyak bersusah-payah sepanjang proses kelahiran IMAN.. tq and I LOVE U FOREVER!!!
Selain itu diucapkan juga ribuan terima kasih kepada kedua Ibubapa serta mertua dan adik-beradik di atas doa kalian.
Pada rakan2 juga tidak dilupakan. Terima kasih di atas doa dan ucapan tahniah dari kalian semua...
TQVERY MUCH TO ALL!!!
Ini MEGAT IMAN SHAH (3.39kg - masa lahir)

Ok itu saja...

Wednesday, March 31, 2010

** BELI BAJU **

Salam,

Bersua kembali. Tp kali ni nak cerita berkenaan belian online ku.. Heheh lamaaaaaa sgt dah tak beli online.
Smalam beli online. Geeeraaammmm ngok baju2 kat sini http://missallysya.blogspot.com/ Jadi terussssssss rembat 3 helaiiii... (1 dress, 2 kafan tops)
Sangat puas hati. Actually dah banyak kali membeli kat kedai ni. Dulu Kak Aishah & Azizi (owner) jual handbeg skng ni dah berkembang dah perniagaannya so mereka jual baju. And baju2 sangat niceeeeeeeeeeeeee...

Alhamdulillah, so far membeli di sini http://missallysya.blogspot.com/ tak pernah lagi mengecewakan. Korang sure nak tau apa yg daku rembat... Ini dia... TQ Kak Aishah sbb kirimkan gambar2 nih :D


Dress... ni mmg sah2 labuh lah kan. Tp ku bli juga... Hahaha
Nengok lah nanti rezeki utk sapa baju nih. Hahaha
Bli dan bagi org kah???

Bernice Kaftan Top Akan ku melaram lepas bersalin.. hahaah

Ok tu je. Korang kalau nak baju2 ni, lawati blog http://missallysya.blogspot.com/ Hari2 jam 8 pagi akan upload stock baru. Mana2 yg duk area Damansara, boleh lah ke kedai terus di : -

G-1-5, TAIPAN 2, JALAN PJU1A/3, ARA DAMANSARA, PJ. Call pun boleh korang g je terus kat blog tu eh..

Ok.. enjoyssssssss...

Saturday, February 13, 2010

** KOLAM MANDI **

Salam,
Kisah hujung minggu & kolam mandi. Dulu masa Irdina sorang, mmg kolamnya kecik je lah kan. Dah bocor pun kolam tu... Ni time Irdina duluuuuuu... heheh montel benor dia time nih!



Tapi sekarang ni, papanya belikan kolam yg BESAR PUNYA sbb Imelda boleh main sama. Besok2 pun ada adik Imelda pula boleh join. Heheheh... Memang sangat puas hati lah kolam nih. Siap segala benda mainan lagi. Bila dah terjun dalam kolam nih, kadang-kadang memang susah nak stop kan... Tambahan pula skng ni musim panas, so rasa nak berendammmm je lah...
Mandi kolam ni papa akan layan lah ujung minggu (thank you! love you!) waktu pagi atau petang. Mamanya di dapur masak lah kan... sbb lepas mandi kolam ni sureeeeeeeeeee lapooooo....
So, mandi kolam ni pun kena pakaikan swimming suit utk mereka. Kena ajar juga. Tak boleh togel2 gitu je... hahahaha. Bila nengok gambar2 ni seronok nengok sbb mereka sangat lah happy.

Mamanya tak join lah. Nengok2 je. Hai lah, nak bawa ke taman tema leceh plak rasa. Takpe lah, buat masa skng ni, kita mandi kolam ni ya dulu :D
Thats all...

Thursday, February 11, 2010

** CERITA LAMA : TASKA **

Salam all,
Lately mmg payah nak update blog. Tapi sebenarnya banyak je cerita nak di kongsi bersama.
Ok ni pun citer lama. Ini adalah Taska yang Irdina duduk sebaik sahaja kami pindah. Lokasinya memang strategic sangat sangat. Taska ini pula baru sahaja dibuka. Jadi masa daftar tu baru ada 10 org anak2 je.
Ni pula gelagat Irdina waktu petang. Selalunya kalau kuar opis 5.30, dalam 6.30-6.45 sampai lah Rawang. Mmg seronok lah Irdina dapat main kat luar waktu petang dengan kakak & abang kat situ. Kalau hujan, mmg duk dalam rumah je lah...

Tapi Irdina hanya duduk di Taska tersebut selama 2 bulan je. Mulai Jan 2010, Irdina & Imelda kami hantar ke rumah pengasuh.

Takpelah, mana2 pun anak2 mama duduk, mama nak kalian sihat & happy selalu. Sekarang ni alhamdulillah, mereka sangat ok bila duduk bersama pengasuh.

Jutaan terima kasih kepada pengasuh Irdina & Imelda kerana menjaga / mengasuh mereka dengan baik sekali. Semoga Tuhan melindungi & memelihara akak sekeluarga.

Sekian.

Tuesday, February 9, 2010

** ROMPERS??? LAGIK??? HIKHIKHIK **

Salam,

Ni rompers yg latest ya... tp bukan semua rompers2 ni daku yang punya ya... hehehehe... BTW, TQ kepada Diyana... Suke!!!


Diyana : http://www.dydyanabiz.blogspot.com/

Itu je...

Friday, February 5, 2010

** ROMPERS... LAGI.. SAJA JE **

Salam,

Ni selingan lagi... saja je... Selamat menjamu mata. Sejak post topic ni, ramai pula yang tanya beli di mana...
So, kali ni... sesiapa saja teringinkan rompers2 ni, boleh YM terus kepada Diyana YM beliau terus : nordiyana81@yahoo.com
Tp perlu diingatkan, rompers2 ni semua pilihan Diyana, kiranya saya dapat & terima je corak & warna yang dipilih oleh Diyana... saya hanya nyatakan utk boy / girl saja...


Kepada Diyana, TQ TQ TQ TQ TQ again ya... Cantiksss dah nih...

Wednesday, February 3, 2010

** SELINGAN... ROMPER BABY **

Alhamdulillahhhh...

Akhirnya, dapat juga romper ni... Last dah membeli belah utk baby ni :D Tp beg pakaian pun tak packing lagi utk buh dlm keta.... :D Insyaallah, mudahan semuanya dipermudahkan...

TQ to Diyana.. I sangat suka ok! Hahahah... tak cerewet sangat bab baju2 ni. Pernah order dah dengan Diyana ni, hanya inform kaler dan patern saja. So far mmg tak mengecewakan!
TO DIYANA... THANK YOU SO MUCH YA!
Kalau korang nak bli kain, layari Blog Diyana ni ya...


Itu je :D

Tuesday, January 26, 2010

** LAST DAY DI TASKA SHAZ 30.10.09**

Salam kembali...
Huh! Setelah sekian lama tak sempat2 nak update blog nih, akhirnya berjaya juga sambung.. Maaf kepada semua yang setia menunggu :D
Ok, di bawah ni antara gambar2 terakhir Irdina & Imelda di Taska Shaz tu. Last day tu, kami belikan KFC saja utk jamuan skit2. Sangat sedih nak tinggalkan Taska Shaz ni kerana semua teacher2 nya baik2... sangat baik. TQ kepada semua teacher. Di Taska ini juga Irdina banyak belajar benda2 baru seperti membaca doa makan, solat, Alif Baa Taa & ABC. Alhamdulillah, Dina dah pandai baca pada ketika umur Irdina 2 tahun setengah. Sekali lagi TQ kepada semua teacher Taska Shaz.
Imelda pula, menurut kata teacher2 di Taska Shaz ni mmg sangat mudah di kendalikan. Tak banyak ragam. Cukup makan & tido, kira setel dah tuh. TQ TQ TQ TQ. Pada hari akhir tu, mamanya menitik juga air mata. Maklumlah, di tempat baru nanti, belum tentu kita jumpa Taska yang elok & ngam dengan kita....
Tp itu lah hakikat kehidupan / cabaran yang perlu dihadapi. Ada atau tiada taska... baik @ buruk pun taksa baru nanti, kami sekeluarga kena hadapi juga. Tak selamanya kita dapat yang baik dan tak selamanya kita dapat yang kurang baik. Dan yang pasti, tak selamanya kita perlu bergantung dengan mama dan ayah (kerana mama & ayah nak jaga juga cucu mereka ni, tp tak pernah terlintas nak susahkan mereka)walaupun mereka masih berkemampuan untuk menjaga cucu2 mereka. Kerana bagi diri ni, biarlah ibu dah ayah berehat & mendekatkan diri kepadaNYA. Cukup2 lah mereka telah menjaga kita dari kecil hingga besar... kerana yang penting kita kena berusaha, doa & tawakal.

Ok itu saja. Sambung nanti cerita di taska bari di Rawang ya :D